6-0 Walcott run riot. Aku mengakui sebelum2 ni aku antara yang selalu mengkritiknya kaki lebih laju dari otak dan malam tadi Walcott telah membuktikan teori 'kepantasan keduanya2 mampu diselaraskan' dengan persembahan yang penuh tajam, mantap dan asetnya diperguna semaksima mungkin bagi mengkucar kacirkan defend Blackpool dan membuka ruang.Syabas Walcott. Jika konsistensi dapat dibina dan momentum diteruskan, pastinya lebih bagus lagi.Apa2 pun gol pertama itu memang class, Gol pasukan!!
Tidak keterlaluan aku katakan bahawa setelah Blackpool tinggal 10 orang di atas padang, perlawanan tersebut bagai menjadi match latihan buat Arsenal dan peluang untuk pemain2 diberi masa mengembalikan match fitness. Itulah sebabnya kita nampak skill2 yang menarik dan jarang dibuat orang seperti skill Mat Lob Vela dan tidak ketinggalan skill drop goal Chamakh. Boleh aku katakan, kalau kedudukan pada ketika itu kita ketinggalan atau masih buntu mencari jaringan, Chamakh akan diperkambing hitamkan dengan hebat. Tapi pada aku, aku tak begitu terkejut.Dia bukan seorang Eduardo. Kerana sebaik sahaja Arsenal menandatangani Marwan, aku tahu Wenger bukan pergi untuk seorang yang mampu menjaringkan banyak gol dan ketika di Perancis sekalipun rekodnya tidak begitu prolific di hadapan gawang, tapi Wenger ingin memnggunakan kelebihan Marwan sebagai aset fizikal, target man, team player yang boleh hold bola di atas sementara menunggu kehadiran rakan2 lain, kaki panajang dan larian2 yang mampu menarik defensive lawan keluar dari posisi membuka ruang pada rakan sepasukan lain.Itulah kelebihan teamwork yang ada pada Si Marwan Chamakh. Sayang dia mungkin boleh hat-trick tapi sumbangannya paling besar malam tadi adalah lariannya yang mendapatkan foul dan kad merah pada pemain Blackpool. Namun begitu, cara dia mendapatkan gol dengan tandukan tersebut juga bagus dan pasti menjadi kelegaan dan hadiah bagi kerja kerasnya malam tadi, Aku percaya, dari segi finishing, banyak lagi yang mampu dipelajari daripada RVP ketika sesi latihan nanti.
Menganai kepulangan kedua2 world cup finalist Fabregas dan RVP mereka masih lagi nampak belum sepenuhnya cergas tapi ia hanya berkaitan isu masa. Jangan bimbang, kurang sebulan lagi mereka mungkin akan dapat mencapai tahap yang diharapkan cuma ada kebimbangan dari segi kecederaan terutama RVP. Selain itu pemain yang terkenal dengan rekod kecederaan, Thomas Rosicky juga menunjukkan dia bakal menjadi orang penting bukan sahaja dalam dressing room tetapi juga di atas padang. Dengan persembahan memberangsangkan ,impact player ketika bertemu Liverpool, Rosicky terus tidak pandang ke belakang .Persembahannya malam tadi sebagai arkitek utama memang sempoi. Setelah ketiadaan Nasri, dan half fit Fabregas, Rosicky adalah senjata kreatif yang kita ada. Jadi semakin ramai yang boleh diharapkan semakin bagus untuk Arsenal. Paling membanggakan, dia mampu menghabiskan 90 minit perlawanan begitu juga dengan kapten Jack kita. Ada yang kata dia belum bersedia ,ada yang kata kehadirannya tiada sumbangan. Mungkin benar dia belum bersedia tetapi sebenarnya pendedahan yang diterima diambil dengan cukup baik. Setiap kali terlepas bola ada kesungguhan untuk merampas balik, ada niat untuk track back walaupun tidak banyak yang perlu dilakukannya untuk membantu Clichy malam tadi. Environment pembelajarannya dah betul malam tadi. Understudy kepada kekreatifan Rosicky manakala dilindungi Abang Diaby.
Pertahanan? tak banyak yang boleh diperkatakan kerana Blackpool kadang kala saja mengacah2 Almunia. Song kelihatan slumber di bahagian CB dan pada satu ketika nampak bosan jadi ingin membantu di bahagian atas.Sagna cover dengan cukup baik ada sesekali lariannya dari sebelah padang menutup ruang lawan membuat counter attack. Cuma kita perlu lebih menumpukan pada masalah asal iaitu meng'handle' crossing, itulah sebabnya Wenger tidak dapat lari dari menafikan kita masih lagi sedang dalam proses mencari signing yang boleh memberi command kepada bahagian pertahanan. Satu lagi aspek yang menarik untuk diperbincangkan adalah possession Arsenal. Pada satu ketika Arsenal mendominasi perlawanan dengan short pass dan attractive football sampailah ke dalam kotak penalti pun mereka masih pass pass dan terus pass ,segan menarik picu . Persoalan dari pengulas, adakah Arsenal ini overpass?
Mungkin, mungkin juga kerana terlalu asyik dengan falsafah Wenger ball pemain kita terlalu hendak mencari 'the perfect goal' dan terlupa menggunakan kebolehan semulajadi yang dimiliki masing2. Itulah yang dilihat berlaku pada segelintir seperti Rosciky contohnya, terkenal dengan sepakan padu maut tetapi sudah lama aku merindui agar dia lebih berani.Walaupun semalam ada sesekali percubaannya ke laut. Vela juga pada satu ketika mempunyai peluang merembat tapi memilih untuk pass ke tengah. Dan biasanya aku nampak pemain2 yang lapar/'hunger' ni adalah pemian2 yang sering dikritik seperti Denilson dan Diaby yang selalu jugak la nak try dari jarak jauh bagi membuktikan mereka tidaklah seteruk yang disangka.Itu hanyalah pandangan peribadi.
Orang mungkin kata hanya Blackpool.Tapi kita memerlukan kemenangan ini untuk keyakinan moral dan momentum. Permulaan baik untuk merasmikan pembukaan musim di rumah sendiri. Selepas ini Blackburn. Liverpool-Blackpool-Blackburn..Bunyinya bagai saling berkait.
Agi idup agi mengGunners!
Ahad, 22 Ogos 2010
Post Match : Teori Walcott
4:07 PTG
Gunners & Roses
4 ulasan:
gua nk dgr komen Hadee...
komen gua? oklaa tu..tp jgn nak happy sgt..blackpool kekurangan pemain pada awal perlawanan sekaligus bg peluang utk arsenal control game..jgnlah kite jd peminat af yg sentiasa ketagih pujian2 walhal byk lg kritikan yg perlu diutarakan untk memperbaiki sesuatu perkara..
(haha..hambik..kasi lg panas)
hadee, ko nak jadi mcm pengkritik american idol kan? cam simon cowell?
haha
haha..jangan jadi mcm kaduk naik junjung sudahla...& jgn jadi mcm media malaysia pun ok jugak..menang puji melambung, kalah kutuk kaw kaw...kui kui kui...
Catat Ulasan