Isnin, 19 Julai 2010

Wenger : Dudu , kini dan selamanya... tapi??


Kalau ianya benar, ia sesuatu yang menyedihkan tetapi direstui dengan penuh hormat. Ketika baru beberapa hari lepas Wenger keluar menyatakan Eduardo masih lagi berada dalam perancangannya, namun penarikan namanya pada saat2 akhir daripada senarai skuad bertemu Barnet menceritakan sebaliknya. Eddie atau nama gelarannya Dudu dikatakan dalam perjalanan keluar dari pintu Emirates demi kerjaya yang lebih berpeluang bermain yang dijanjikan Shaktar Donetsk.Ini sekali lagi membuktikan anda boleh dengar kata2 Wenger tapi percaya? jangan.Rumors mengatakan kelab Ukraine tersebut menawarkan 50k seminggu dengan bayaran perpindahan yang dikatakan 'telah dipersetujui' antara kedua2 kelab sebanyak 7M. Aku sangat bersimpati akan perjalanan kerjaya Eduardo dan aku sebenarnya berharap dia akan berjaya di Arsenal. Dia seorang yang class, preofesional, tak banyak komen, seorang pekerja yang baik.Ada potensi, nampak sinar harapan untuk berkembang dalam EPL sebelum kakinya disauk oleh si bangang Taylor.Dengan kehadiran Chamakh dan Bendi telah medahuluinya dalam senarai pilihan, mungkin tidak sukar untuk Eduardo membuat keputusan yang terbaik buat dirinya.Mungkin juga Wenger rasa baik buat Arsenal, memberi peluang kepada Carlos Vela untuk tampil, siapa tahu Walcott mungkin juga ada rezeki main atas untuk musim ini, posisi asal seperti yang digembar gemburkan oleh Wenger selama ini. Walaupun berita baik seperti 'Arsenal belum ada Nombor 1' yang memberi harapan kepada signng keeper baru, tapi berita pemergian Dudu yang jika benar ini, suatu yang lebih menghampakan gua sebenarnya.Sekalipun, Henry sanggup kembali sebagai waterboy.


0 ulasan: