Ahad, 18 Julai 2010

Kempen Pra Musim dibuka dengan kemenangan.



Arsenal membuka kempen pra musim dengan memberi pengajaran berguna buat Barnet 4-0.Koscielny start nampak solid, sementara Chamakh hanya diturunkan di separuh masa kedua.Beberapa sentuhan menarik daripada bintang morocco ini membuatkan kita tertunggu2 lagi apa sumbangannya dalam musim yang panjang ini. Akibat streaming yang lembab dan hanya smooth di 10 minit yang terakhir aku tidak berapa boleh mengulas tapi nampak gayanya Arsenal mendominasi permainan dengan possesion Wenger ball. Arshavin membuka tirai jaringan seawal minit kedua dan Jay Smpsons mendapat 2 bijik sebelum Nasri yang menyarung armband di separuh masa kedua menambah gol hasil kesilapan budak sekolah dariapda pertahanan Barnet. Wilshere, Lansbury dan Frimpong masing2 impressive. Begitu juga Nordveit yang start di bek kanan. Gibbs nampaknya lebih menyengat dan kemas berbanding Traore. Walcott masih laju seperti biasa. Namun begitu misteri menyelubungi kem Arsenal apabila Eduardo dan Almunia tidak tersenarai pada hari perlawanan berbanding senarai asal, ini sekaligus menimbulkan tanda tanya tentang masa depan mereka. Jadi kemenangan yang bagus untuk skuad Arsenal sebelum Rabu ini bertemu SK Sturm Graz.


0 ulasan: