Rabu, 21 Julai 2010

RVP10, CV11

Pemergian Gallas dan Silvestre akhirnya disahkan secara rasmi.Beberapa hari selepas interview bersama Wenger yang mengatakan kedua2 mereka akan menandatangani kontrak di tempat lain, Arsenal.com lantas mengeluarkan nama mereka daripada senarai pemain. Namun begitu situasi Campbell masih lagi di awang-awangan bak kata Wenger 'no man's land'. The Soul yang baru mengakhiri zman bujangnya telah ditawarkan lanjutan kontrak tapi minat yang pelbagai daripada bermacam2 kelab membuatkan dia masih belum membuat keputusan.Aku rasa kehadiran seorang lagi CB bergantung pada situasi ini.

Sementara itu sepeninggalan Gallas, RVP akhirnya berjaya mewarisi nombo yang ditinggalkan oleh lagenda Arsenal malah mentornya sendiri DB10. Nampaknya nombor 10  menemui tuannya yang baru dan memang padan dan kenalah dengan ciri2 yang dimiliki oleh the flying dutchman ini.Bukan apa. alu perl akui agak janggal sebenarnya pada mulanya Gallas seorang CB menyarung nombor mahal seperti 10 tersebut.Harap RVP boleh meniru jejak langkah Bergkamp untuk terus kekal di Arsenal sehingga ke penghujung kerjaya. Carlos Vela jugak  berpindah nombor daripada 12 naik satu anak tangga mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh RVP, jersey no 11 kini miliknya.Ini mungkin satu tanda dia akan diberi peluang lebih beraksi dalam 11 orang di padang. Aku harap musim ini Carlos Vela betul2 sudah bersedia. Namun masih ada satu kekosongan, siapa yang akan memakai jersey no 9-sumpahan yang masih belum berakhir.huhu. Dudu semakin hampir meninggalkan Arsenal, sekali lagi namanya tiada dalam senarai 27 pemain ke Austria, sayang , aku harap ada la match terakhir buat Dudu seeprti mana Toure musim lepas sempat bermain dalam pra musim. Jurulatih Crotia , Bilic telah mengesahkan perpindahan Eddy ke Donestk dan Eduardo dilaporkan telah lulus medical.Tinggal beberapa perkara dan kertas kerja perlu diselesaikan sebelum berita sedih ini dimaklumkan pada umum.

Skuad Arsenal berada 10 hari di Austria untuk pra musim.Malam ini bertemu SK Sturm Graz.Para pemain yang beraksi di Afrika telah kembali menjalani latihan di Arsenal, Sagna, Clichy,Diaby, Eboue, Vela, Song kecuali Fabregas dan RVP10 yang diberikan rehat lebih sedikit. Denilson tidak turut serta dengarnya akibat kecederaan begitu juga Bendi.




0 ulasan: