3 hari lagi sebelum sepak mula pertama pra musim bertemu Barnett. Pemain2 telah mula kelihatan di padang latihan kecuali mereka yang terlibat dalam Piala Dunia.Ada antara mereka yang memerlukan rehat lebih lama, RVP dan Fabregas tentunya, jangan lupa Vela dengan penerbangan 'berhari2' nya setiap kali jika terlibat dengan perlawanan bersama Mexico, juga para permain yang terpaksa menemui pakar telinga dek kereana kehingaran Vuvuzela di Afrika. Piala Dunia telah berakhir, maka lenyaplah sudah hiburan seketika yang mengisi kekosongan summer ini, suatu edisi yang boleh menarik yakni boleh diperceritakan tetapi yang bukan diharapkan. Namun tamatnya Piala Dunia bermakna bermulanya kembali kehangatan transfer dengan tumpuan untuk musim ini tak habis2 dengan cerita Fabregas, minta maaf tapi memang tak boleh nak lari.
Aku tahu masih ramai peminat Arsenal yang cukup berang, menyampah dan terasa akan lawak bodoh kurang bermoral dari Barcelona terutama presiden dan segelintir pemainnya. Dan yang tengah hangat sekarang ini adalah kes wakenabeb sarung jersi barca tak lain dan tak bukan Pique dan Tarzan adalah dalangnya. Yang pelik apa kejadahnya Reina perlu campur tangan di situ, oh dia terlalu bimbang akan perlunya menghadapi on form Fabregas di match pertama nanti jadi beriya2 mahukan perpindahan ini menjadi realiti rupanya. Aku akui, ia sangat menjengkelkan, tak kurang juga kerja2 bodoh itu meng'spoil'kan kemeriahan sambutan tersebut. Bertambah bodoh kerana ia dilakukan oleh dua pemain Barca di hadapan ratusan ribu warga Spain di Madrid.Ya, di Madrid dan jika bukan semua, majoritinya pasti muak dengan perangai pemain dari kelab rival mereka.Dan bagi Arsenal, ok kita terima, ia adalah lawak jenaka dari mereka yang kurang akal walaupun ia suatu yang jelas tidak menghormati, kita tak harap pun individu2 yang tiada kehormatan diri untuk menghormati orang2 lain.Buatlah macam mana pun, tapi jangan lupa, ada ubi ada batas, ada duit pun tak boleh nak beli Fabregas. Arsenal yang 'control game' sekarang. Gunalah taktik keji dan kotor mana pun, gunalah media sebagai tali barut, FIFA dan UEFA sebagai boneka tapi kontrak jelas termaktub Fabregas masih terikat dengan Arsenal untuk jangka masa lebi lama, kuasa di tangan Arsenal. Gua respect cara Arsenal dan Wenger menghandle kes ini dengan memberitahu awal2, tiada intensi pun nak menjual Fabregas walau dengan berapa harga- itupun masih ada muka2 tembok duk datang meminang.
Dalam kes transfer saga ini tidak boleh jugak nak menyalahkan Fabregas sepenuhnya kerana berdiam diri.Kita tidak tahu keadaan sebenar di belakang tabir. Ini mungkin taktik terbaik dan ada arahan dari Wenger agar Arsenal dan Cesc sendiri stay cool ketika Barca menggelabah beruk terhegeh2. Fabregas berdiam diri mungkin kerana jika secara terang2 menolak tawaran barca sebelum atau ketika piala dunia, mungkin nasibnya dalam skuad barca B atau Spain lebih teruk daripada apa yang dilihat, mungin tak dapat peluang langsung untuk bermain akibat tekanan dan hasutan daripada pengaruh barca dalam skuad Spain dan bagaimana pula jadinya denga Fabregas dalam bilik persalinan, pastinya lebih tertekan terpaksa menghadapi perangai2 busuk rakan sepasukan setiap hari. Di akhirnya, kita mendengar Piala Dunia ini didekasikan khas untuk Arsenal dan betapa bangganya dia menjadi pemain Arsenal namun bagi Rosell, Puyol dan Pique itu tidak cukup. Fabregas perlu 'dibogelkan' dengan sarungan jersi buruk yang pernah dipakai oleh Petit, Overmars, Van Bronckhorst, Sylvinho, Hleb , Henry. Terpaksalah kakaknya bertwitter mempertahankan adiknya, bapanya pula kerluar mempertahankan anaknya malah Fabregas sendiri yang berasa serba salah berharap perkara itu tidak diperbesar2 kan. Baiklah, Ia tidak akan diperbesarkan tapi Barca sengaja secara tidak langsung telah memperbesarkan jurang kehormatan terhadap mereka.
Nampaknya Wenger telah kembali ke padang latihan sebaik pulang dari Afrika.Bolehlah kita menjgankakan banyyak lagi transfer rumors. Arsenal masih lagi dalam pencarian terutama di bahagian defensive. Adakah posisi penjaga gol. Kita sedia maklum, Arsenal telah membuat bidaan rasmi kepada Fulham terhadap Mark Schwarzer tapi bid3M telah ditolak. Walaupun tidak menutup peluang untuk sebaragn perpindahan, Mark dan Fulham menafikan ada bidaan selanjutnya dan tiada medical pernah berlaku sepertimana digosipkan. Bid rasmi, Ini sekaligus mengesahkan Arsenal sedang dalam proses pencarian the new Number 1- tapi tidak desperado. Wenger mungkin masih meneliti option Almunia untuk dipindahkan ke negara asalnya dengan Atletico berminat.Sementara itu Sebastian Frey yang digembar gemburkan bersama Arsenal setelah Fiorentina berhasrat mendapatkan Boruc juga telah dinafikan gosip tersebut oleh majikannya.Aku percaya dalam seminggu dua posisi ini akan diselesaikan oleh Wenger secepat mungkin. Berita baik dan murni apabila Wenger segera menafikan gosip bahawa Eduardo tidak diperlukan di Arsenal lagi. Eduardo yang menempuhi zaman sukar masih ada dalam senarai idea Wenger dan akan diberi peluang. Kecederaan Bendi, tak payah Bendi lah, mana2 forward Arsenal pun tidak terlepas dari risiko kecederaan jangka panjang mahupun pendek, jadi Eduardo adalah backup yang boleh diharapkan. Jika dijual, bila yang lain injured nanti bising2 pulak tentang skuad depth, Adalah mustahil untuk Arsenal sign seorang lagi forward selepas Chamakh, hanya sekadar untuk duduk di bangku simpanan.Pengekalan Eduardo sekurang-kurangnya untuk semusim adalah penyelesaian jangka pendek kepada bakal risiko tersebut.
Bila dah tayang macam tu, Kit away kat atas ni memang smart,meleleh.. yang home tradisi pulak memang boleh tahan. Tak sabar nak masuk musim baru. Mungkin kita dapat lihat kemegahan Arsenal dalam kekuningan di match bertemu Barnett Sabtu ini. Aku menjangkakan barisan campuran antara skuad utama dan reserve seperti tahuan2 terdahulu kebiasaannya. Tumpuan pastinya terhadap Koscielny dan Chamakh. Termasuk Barnett, Arsenal sekurang2nya mempunyai 6 perlawanan pra -musim dengan lawan kompetitif akan hadir di saingan Emirates Cup, AC Milan dan Celtic. Flamini akan pulang ke Emirates, Eduardo berpeluang menebus mimpi ngerinya ketika bertemu Celtic dan Fabianski akan bertemu rakan2 lama apabila berkunjung ke Poland melayan Lergia Warsaw. Berikut adalah jadual Pra musim Arsenal 2010/2011 :
17 | Jul | Pre-season Friendly | A | Barnet | |||||
21 | Jul | Pre-season Friendly | A | SK Sturm Graz | |||||
27 | Jul | Pre-season Friendly | A | SC Neusiedl 1919 | |||||
31 | Jul | Emirates Cup | H | AC Milan | |||||
01 | Aug | Emirates Cup | H | Celtic | |||||
07 | Aug | Pre-season Friendly | A | Legia Warsaw |
Selain menyokong Arsenal di saingan pra Musim, apa kata kita tidak lupa memberi sokongan sehari nanti kepada New York Red Bulls dan bintang terbaru mereka Thierry Henry ketika mereka bakal membelasah jiran tak sedar diri Spuds nanti. Henry pastinya merindui nak meratah Spuds, harap dia boleh gunakan sepenuh hati darah goonernya untuk menaikkan kembali semangat NLD ketika friendly match itu nanti.
Siapa tahu mungkin suatu masa kelak dia boleh membuat ala2 Beckham Januari nanti, pulang ke Arsenal secara loan dan melakukan cameo ataupun sekadar menjalani latihan bersama Wenger.Idea yang menarik. Selamat maju jaya Titi.
Agi idup, agi Mengguners!
3 ulasan:
gudluk to my legend king14
puyol tu nickname baru dia Dee..ok x?...muahahaha
haha Dee jangan ketawa? kah kah..kreatif
serabot aku tgk rambot si toyol tu..Dee?tak sadis sgt la nama tu kan..tpi boleh la..toyol pon ok, kaler ijau skit kasi botak..dah sebiji cam toyol sebenar..
Catat Ulasan