Selasa, 4 Mei 2010

Diluah mati emak , ditelan mati bapak, dikemam bunuh diri

Wenger tersepit. Itulah situasi yang mungkin dialami oleh Wenger di Arsenal ketika ini. Walau seteruk mana pun pemain, selembik mana pun orang makan gaji besar yang diberi kepercayaan olehnya, Wenger masih lagi dalam mood penafian. Dan paling menyakitkan hati apabila perkara itu telah jelas terang dan nyata, tapi Wenger seperti terpaksa jugak memalukan diri sendiri menegeakkan benang yang basah. Tetap mempertahankan pemain2 lembik yang tidak ada semangat juang, menafikan midfield kita mempunyai masalah, memperakui posisi penjaga gol bukan keutamaan , bercakap tentang 'impian transfer' yang kita tahu hanya omong dan dongengan,pulih dari kecederaan adalah 'new signing' dan jugak bercakap tentang masa depan. Paling sedih marhaen biasa pun boleh nampak apa yang tidak kena inikan pula manager berpengalaman sepertinya. Kerana apa ini berlaku? kerana Ego? degil?


Atau aku mula terfikir , disebabkan kepakarannya dalam ekonomi, BOD telah mempergunakannya untuk mengaut keuntungan sebanyak yang mungkin.Jangan salah paham, bayar hutang tetap bayar hutang tapi bagi mereka(BOD , management atasan, tangan2 ghaib yang menguruskan kelab) mana nak cari lagi manager yang boleh bagi profit dalam masa yang sama, mendapatkan keputusan paling minima di atas padang.Kerana mungkin bagi mereka, "oh..piala seketul jek, takkan semua team nak menang, layak tempat ke- 4 , duit masuk kantong pun dah cukup, yang lain2 tunggu nanti2 la, tahun2 depan esok lusa boleh menang lagi.Dulu berdekad tak menang apa tak bising pun" dalam masa yang sama, seluk duit masuk poket. Jadi mereka mengekalkan Wenger, dan Wenger pulak memang dah suka pulak, kalau manager lain mana nak dapat kelab yang boleh kasi full control 'buatla suka ati apa ko nak buat asalkan bahagian kami tak kacau'.Kita dok sibuk gile main game FM bagai nak rak, nah, dia lagi la, dapat FM realiti punya.Lagi bertambah addicted! Wenger membuat keputusan yang bijak ketika snub Real Madrid.Ini kerana kalau keadaan macam sekarang ini, dia takkan bertahan lebih semusim di Bernabau sama nasib seperti jurulatih2 kebanyakan yang lain.

Berbalik pada mood penafian tadi, dia mungkin terpaksa membacking pemainnya kerana khuatir akan value harga seseorang itu akan menurun jika ditogelkan tocang seorang demi seorang di khalayak umum. Ini strategi pemasaran.Kah3. Dan aku mula terpikir bahawa ada unsur2 khianat-tamak berlaku di sini apabila mungkin ada arahan2 dari tingkat ke berapa entah supaya Arsenal mendapatkan tempat ke 4 .Sebab? mudah sahaja, dengan tempat 4 yang terpaksa bermain pusingan kelayakan, ia dah menjanjkan 2 match lebih yang boleh memecahkan lagi poket mereka! Ini teori jahat.


Arsenal perlukan kembali sentuhan David Dein. Ketika era si Din ni, Wenger lebih terkawal sedikit. Maksud aku terkawal tu macam ada hala tuju. Tapi setelah Din bercerai dengan Arsenal, Wenger seperti tidak dapat memikul beban, hilang arah dalam cuba menjadi master mind segalanya, ternyata dia tak termampu. Last2 dengan transfer ke mana taktikal pun dah mula merapu. Kalau dulu segala kertas kerja, Din yang buat, segala kerja2 kotor, politik kelab Din yang pandai main, segala nego dalam transfer market Din yang uruskan.Lebih dariapada sekadar hanya seorang kawan kepada Wenger, Din ada kuasa untuk kata 'Tidak' kalau dia tak setuju , lebih baik dari situasi sekarang dimana Wenger hanya mendapat 'Yes Man' sahaja dari mereka yang digelar penasihat. David Dein lah yang menjadi PR Arsenal dahulu jadi tiadalah kita lihat keluar lagi kenyataan bodoh daripada Pengerusi Arsenal sendiri macam baru2 ini tentang isu talisman kita dalam tempat di Barca.


Kembalikan semula Bob Wilson sebagai jurulatih penjaga gol.Panggil balik David Seaman daripada dia menari ala 'Disney on ice' nya lebih baik dia mengajar penjaga gol supaya menjadi 'lebih jantan' .Bawak balik Martin Keown dan gandingkan dengan Abang Tony supaya kembali ke zaman training dulu di mana ada sesi latihan khas intensif defending. Biar Jozan, Mael , Clichy Sagna terkencing dalam seluar dibuatnya.Cakap tentang Sagna apa kejadah formnya yang kelihatan sangat2 menurun.Sangat merisaukan.1 musim yang mengkagumkan kemudaian apabila diadun2 lama2 oleh falsafah Wenger, sudah mula meracau tak tentu hala terutama dalam sumbangan ketika overlapping/mengasak. Jadi dikhuatiri keadaan sama akan berlaku pada Mael,.Siapa dapat memberi jaminan yang dia tidak akan menjadi mangsa. Mael pun sama seperti Sagna, dari satu liga yang asing membawak diri dengan gaya permaianan semulajadinya sendiri, gua takut2 dia akan menjadi seperti Sagna apabila terpaksa lama kelamaan diadunkan dengan sistem pertahanan Wenger yang agak merisaukan.Oleh itulah perlunya bimbingan otai2 lama yang tahu nak selesaikan tugas seperti Abang Tony, Keown takpun Campbell.Dan kalau boleh , alang2 selepas tamat kempen World Cup ini, request kepada FA England supaya memulangkan kembali Gery Lewin kerana sum-sum tulang di Arsenal yang kelihatan amat rapuh sekali adalah suatu misteri yang berlum terungkai!



Baiklah aku mengakui aku dalam mood pasrah dan kekecewaan jadi sesetengah teori dan ideologi dalam artikel diatas boleh dianggap sebagai bodoh dan ilusi-sama seperti mana Wenger akhirnya menganggap pass , pass, pass, kiri kanan depan belakang tanpa end product hanyalah satu ilusi.Akhirnya! arghhh.. rasa nak mengGunners!


1 ulasan:

paul 9 merson berkata...

perangai org tua apabila disuruh dia tidak akan buat.so jgn suruh dia buat apa2

kalau fan suh beli keeper dia xkan amek peduli pon..kalau fan suh beli player bln 1 baru ni dia xkan beli..itu perangai org tua x mcm manager muda yg boros

bagi saya perangai bodoh arsenal bermula apabila lawan birmingham..sama mcm 2 season lepas jugak kesah klasik dia

dan akhir sekali bg saya dia tidak akan beli keeper..fabianski akan jadi no 1 nnt :)