Ahad, 9 Mei 2010

Pre Match : 09/10 season finale


Season finale bagi Arsenal tapi bukan bagi Fulham yang akan mampu melengkapkan road tour Europa yang begitu majistik andai kata dapat menewaskan Atletico Madrid dalam Final Europa League Rabu depan. Kalau diikutkan logik di atas kertas, bukan Fulham yang sepatutnya mewakili England di kemuncak persada Eropah, Arsenal sepatutnya lebih menyerlah di pentas itu.Namun apakan daya, bola sepak bukan sekadar di atas kertas, dan kertas score yang tinggi tak dapat menjamin kejayaan jika hati dan semangat juang tidak setinggi mana.Itulah yang perlu dipelajari, dicontohi Arsenal daripada Fulham atau lebih spesifik Wenger daripada Roy Hodgson.-calon Manager of the year. (Dengan respect, dia memang layak untuk menerimanya tapi macam ada something fishy bila terpikir sejenakAdakah FA England telah merancang segalanya, Rooney PFA POTY, Milner Young POTY, Terry Lampard  dengan bakal kemenangan liga. adakah semua ini semata2 untuk memastikan pemain England dan Englismen dalam mood terbaik sebelum ke Afrika. Jadi apa kepentingan Arsenal di situ? bagaimana pula  nasib Walcott ??mehh..aku tidak memberi najis tentang pemain yang kaki lebih laju daripada otak ketika ini- Satu lagi teori jahat daripadaku)

Wenger berkata " Adili aku bulan May" Kini, walaupun musim belum berakhir secara rasmi tapi dah tiba bulan May jadi aku konklusikan : 'Semkain hampir..semakin jauh'. Satu lagi musim yang memberi harapan awal hanya dengan menyaksikan bulan lepas adalah betul2 'April Fool' bagi Arsenal. Seteleh berjuang dari hari pertama musim dan diteruskan selama 8 bulan, namun April lepas adalah keruntuhan dan cerita sebenar satu musim.Secara jujur kita mempunyai ramai pemain berbakat, tak dinafikan tapi mereka tak cukup bagus untuk brmain bersama dan menyarung jersi kebanggan merah putih.Dan Wenger tidak boleh terlepas daripada kesilapan ini kerana dia juga mempunyai saham dalam kejatuhan yang dilihat ulang tayang dari musim2 terdahulu. Pendek kata , rumusan yang boleh dibuat, gap antara 1st eleven dan skuad backup sangat2 ketara dan jurang yang terlalu besar- ditambah lagi sesetengah 1st eleven tu tak layak langsung start untuk Arsenal sebenarnya, tak cukup bagus.Tembelang telah terpecah ketika  kecederaan melanda kem Arsenal terutama di akhir2 musim ia semacam menjadi pesta kecederaan.Aku muak menghuraikan secara lebih lanjut kerana biarlah ia disimpan untuk analisis akhir musim, yang penting aku rasa kita dah semakin hampir dengan musim tak menyebelahi United mahupun Chelsea dan aku rasa beberapa kali kita diberikan talian hayat, namun pemain2 kita masih lagi tidur nyenyak manakala Wenger kadang2 masih dengan ideologi nyanyuk membuatkan pandangan umum terhadap Arsenal-klimaks awal. Aku tak kesah walaupun tanpa piala tapi disebabkan persembahan yang cukup memalukan daripada segelintir pemakan gaji besar.Memberi peluang budak2 bermain tak salah tapi, environment kena kekal sama seperti dunia luar. Aku rasa Wenger perlu hentikan polisi menabur duit lumayan pada budak2 kerana itulah faktor yang menarik mereka ke sini sambil berpeluang beraksi kononnya, cuma duit tu kalau boleh jangan dijadikan motivasi.60k untuk Walcott?? haram jadah.Itulah sebabnya kita dah nak sampai, namun last2 tergolek tersembam.Terlalu ramai yang Overpaid , overrated, over-hyped. Wenger perlu mencari lebih ramai 'jantan' dalam senarai 25 orang musim hadapan!!

Jadi satu mata esok sudah dapat memastikan tempat automatik tanpa perlu mengambil tahu apa cerita jiran sebelah sana yang baru 1st time merasa naik flight jalan2 ke Europe.Wenger cakap Spuds memang layak, bagi aku, no komen- lebih kepada kekecewaan. Iya mereka telah 'mengganggu' transfer musim depan apabila menghalang Mancity daripada menabur duit2 gila .Mungkin sekali lagi kita akan menyaksikan transfer yang hambar tapi setidak2nya berterima kasih kerana musim ini disajikan dengan aksi piala dunia , paling tidak terisi masa daripada gosip2 liar, rumors yang merapu. Oleh kerana Spuds menghalang City, aku nak agar mereka berbelanja sakan gila2 tak ingat dunia seperti yang mereka selalu lakukan musim dulu2 dan akhirnya seperti dijangka tidak lepas pusingan kelayakan.Itu pastinya adalah mood paling ceria bagi fan Arsenal untuk memulakan musim depan. Aku rasa Chamakh sudah mula terhidu2 ke'gooneran 'nya pabila dengan slumber mereject Spuds dan memilih untuk ke staidum terbesar di Utara London.

Minta maaf, Aku tak tahu kenapa aku terlalu negatif dalam post kali ini, mungkin kerana menyampah dengan Spurs, mungkin kerana sebaik tamat game nanti berakhirnya malam minggu yang mesra (sepertimana setiap minggu kita disajikan dengan aksi) atau terlalu kecewa dengan persembahan akhir2 ini.Jadi aku berharap demi maruah, dan pengorbanan fan , semua pemain yang menyarung jersey merah putih esok bermati-matian tak kiralah sama ada mereka menyarung jersey itu buat kali terakhir atau tidak.Aku mengatahui mereka juga tertekan tapi itu sebenarnya bukan alasan. It's ok kalau pemain rasa tertekan jika berusaha bersungguh2 tapi keputusan tak menyebelahi, tapi penyokong bukan bodoh. Tapi jika mereka tertekan akibat persembahan ala2 sampah, mereka sepatunya malu.Inilah masanya untuk sedikit senyuman, barulah pemain2 layak mempersembahkan 'lap of  appreciation'  sebaik selesai wisel penamat.



RVP dan Arhsavin mungkin boleh start dengan Clichy jugak memberi perkembangan positif. Rosicky Alex Song dan Bendi tidak dapat turut serta. Fulham jugak bakal berkemungkinan menurunkan skuad campuran dan reserve untuk tidak terlalu all out bagi game yang tak seberapa(kurang keutamaan) bagi mereka. Jadi Arsenal perlu mempergunakan peluang ini sebaik mungkin agar  sumpahan Messi tidak lagi berlanjutan.Hadiahkanlah sesuatu demi penyokong, aku merayu Wenger, tolonglah.. 3 mata,

Tiada Live akibat pemain2 sendiri melepaskan peluang untuk menjadikan match akhir musim ini sebagai wajib tayang/wajib tonton. Bersedia untuk duduk di dalam gua..Delayed Astro Star sports.  813. Arsenal 2- Fulham 0.


0 ulasan: