Bawak bertenang, walau apa pun terjadi jangan sampai bawak bertendang. Niat di hati tidak ingin menyentuh tentang rumors wajib setiap kali musim perpindahan, iaitu adakah Fabregas akan balik kampung. Tapi lama kelamaan Barcelona semakin menjengkelken, cara mereka ketika transfer tak ubah seperti lagak si merak, dan statement2 yang keluar dari jurucakap mereka dengan niat jahat cuba mempengaruhi mana2 individu.Mula2 aku tidak ambil pusing, perkara ini akan menjadi bahan bualan selagi Fabregas berada di Arsenal. Namun makin melebih2 pulak sikap Barca yang buat gua bengkek.
Mereka complaint sikap Real Madrid bila tang transfer tapi tidak mencermin diri dulu. Main memang cantik, menghiburkan tapi sayangnya tiada class.Bila tiba tang etika, zero. Tidak pernah menghargai, tidak pernah cukup, tidak pernah puas bagi mereka. Petit, Overmars,Sylvinho,Giovanni van Bronckhorst, Henry , Hleb antara nama yang berpindah di kemuncak prestasi.Tapi berapa sangat yang menyinar dan apa Barca telah buat pada mereka2 selepas itu.Kali ini mereka ingin memburu Villa,pernah suatu ketika Torres, Silva dari mana mereka dapat sumber kewangan yang meragukan itu UEFA tidak mahu pula ambil kisah.Gua tidak mahu menyalahkan Fabregas kerana dia hanya menjawab soalan, gua akan menyalahkan cara Barcelona tapping up kita punya pemain.Kamon Wenger, bertelur sedikit!! Nak main cara kasar kita balas cara jantan.Wenger harus mula bid Messi,Iniesta, Xavi ,dan declare di media terang terangan2, bid suka2 test power.Tengok bagaimana reaksi mereka dan apa perasaan fan2 Barca.Ini antara kata jurucakap mereka:
"Kitorang memang nak beli Villa dan berita baik, rundingan telah pun sampai peringkat lebih advance.Tapi Fabregas lain kes, Arsenal kene letak harga dulu sebelum kita boleh start nego.tapi Fabregas cakap memang dia suka nak datang pada kita, kedua2 pemain nak datang pada kita"
Kepala otak punya statement, dah ko tanya Fabregas tu memang laa jawapan dia dari dulu lagi akan ke Barca cuma waktunya tak tahu lagi bila.Setiap kali interview memang dia akan bercakap "oh Barca memang impian saya" tapi ayat lepas tu mereka taknak amek peduli, taknak amek kisah.
"I am very happy at Arsenal and I am in no hurry to leave." Ape pasal pulak nak suruh2 Arsenal letak harga dulu mentang2 Wenger tak pernah nak halang sesiapa player xde hati kat Arsenal untuk berpindah, mereka sengaja cuba bermain psikologi mengambil kesempatan atas kelembutan Wenger.
Dan2 tiba2 ada meeting tergempar pulak kata mereka. Fabregas balik London untuk menyelesaikan isu masa depannya , nak tengok plan perancangan transfer Wenger kata mereka2 ini.-kalau Wenger beli 2 3 muka pengalaman yang boleh bersaing, dia akan stay,kalau tidak adios amigos calo beteh. Entah mana datang rundingan ini, entah2 si Fabregas tu balik London tertinggal barang peribadi ke apa.Fabregas belum mencapai prime time, dan hanya Arsenal sahaja yang sesuai untuk menjadikan dia lebih daripada apa yang dimilikinya sekarang.Gua percaya Fabregas cukup bijak untuk menilai peluang di mana dia akan menjadi bintang utama, orang yang paling penting ataupun hanya sebagai antara orang penting dalam meraikan kejayaan.Yang mana jalan lagi puas jika berjaya rasanya? Jika dia glory hunter, silalah memilih Barcelona, tapi jika dia setia dan bermain dengan jiwa, dia sudi mejadi paksi at least setahun lagi sehingga kontrak Wenger tamat.(pejuang-suatu yang aku rasa ada dalam DNA nya lebih dari DNA barca yang dicanang2 mereka kononnya)dia hanya 3 tahun di Barcelona, tempohnya lebih lama di Arsenal , Barcelona patut malu kerana baru sekarang terhegeh2 meminta balik apa yang dirasakan 'hak' mereka.
Cerita ini takkan berakhir, selagi no 4 jersi Arsenal dimiliki Francesc "Cesc" Fàbregas i Soler , selagi itu Barcelona datang menjenguk2 terhegeh di pintu Emirates.Aku memuji Cesc Fabregas kerana sampai hari in masih lagi bersabar dan setia.Aku menyanjungi keprofesionalime yang dia berikan 100% ketika di atas padang sepanjang menyarung jersi Arsenal.Namun, KALAU BENAR dia memilih inilah masanya(yang aku percaya belum lagi), Pintu Gerbang Emirates sentiasa terbuka luas pada mereka yang tiada lagi hati mereka pada Arsenal,tidak pernah sesekali Wenger menutupnya.Dan hormat ke atas Fabregas tidak akan pudar. Lalu pencarian semula seorang bintang cilik licik akan bermula kembali mengikut kitaran dari kornea mata sang Prof yang berkerut dahi bermuka kedut.Le Prof juga satu masa akan berkata "cukuplah setakat ini" tapi Arsenal tetap akan meneruskan perjuangan dan berjuang itu pasti. Prajurit memang silih berganti, namun gudang senjata masih asli.Kita telah bersedia~...
3 ulasan:
TQ G&R!!!!! reading your column here really lift up my gloomy mood!!!! tq!!!!!! lega rasa walau there's no certainty of where fab heart is....
Thanks, you're welcome mimosa pudica. Let us hope that at the end of this coming August he'll still proud to be in the traditional Red and White next season! COYG!!
Pergh terbaek la bro...
aku dah bersedia...
Catat Ulasan