Isnin, 17 Mei 2010

Arsenal : Review dan Memori 09/10


Berakhirnya Piala FA semalam bermakna secara rasmi kempen bola sepak Inggeris telah melabuhkan tirai buat musim 09/10. Arsenal tersungkur di tangan Man City dalam Carling Cup ,tewas kepada Stoke dalam FA Cup manakala sekadar melepasi kelayakan minima, berada tempat ketiga dengan 75 mana, 11 mata di belakang tempat pertama.Boleh dikatakan jauh, dan tidak memuaskan terutama di bulan2 terakhir tiba2 Arsenal begitu rapuh dengan mengejut, mental dan fizikal tapi perkara itu memang hanya menunggu masa.Ini kerana adalah sukar untuk kita mempertahankan persembahan konsisten dengan kecederaan melampau terutama pada pemain2 utama yang berpakat untuk 'bercuti' lebih awal. Bagai bermain musical chair, seorang demi seorang terpaksa diusung keluar.

23 kemenangan 6 seri dan 9 kekalahan manakala jaringan 83 berbolos 41. Tiada team yang boleh memenangi liga jika bolos sebanyak itu, Wenger jugak sedar. Namun Wenger tetap mempertahankan penjaga2 golnya- memang telah diketahui kerana Wenger tidak pernah menyalahkan pemain2 di depan khalayak ramai, dan jika dia declare penjaga gol adalah posisi yang perlu diperkemaskan tentunya nampak begitu desperado akan posisi itu maka kelab2 lain akan mengambil kesempatan jika wenger berhasrat berurus niaga dengan mereka.Itu sebablah kita dikatikan dengan sebegitu banyak penjaga gol ketika ini dengan Buffon, Hart Green Frey antara yang menjadi bualan hangat. Tidak mustahil Wenger sedang dalam pencarian tapi tidak perlu meletakkan harapan yang tinggi. Selain daripada itu masalah pertahanan dilihat masih menjadi lubuk, terutama dalam defending set pieces. Sagna entah mengapa di ambang penurunan form bersilih ganti posisinya bersama Eboe.Posisi bertentangannya pula dilanda masalah kecederaan antara Clichy dan Gibbs.Traore cuba membantu tetapi tidak meyakinkan, mungkin antara nama yang bakal meninggalkan Emirates bersama Silvestre dan Gallas.



Gallas adalah seorang profesional di atas padang tapi di luar walaupuan aku tak berapa nak ambil kisah tapi seboleh2nya kita mahu melihat keharmonian di dalam bilik persalinan juga. Pendedahan negatif Nasri terhadap Gallas tentang 5 pemain tidak pernah bertegur sapa dengan CB France itu adalah suatu yang memalukan dan tak patut berlaku.Ini menunjukkan mentaliti sesetengah pemain agak kebudak budakan termasuk Gallas yang emo terlebih.Alasan remeh temeh sering menjadi punca dan perkembangan yang berlaku tidak mencerminkan kesatuan walaupun mereka berjuang bersama di atas padang.Memang benar, mereka tidak mesti untuk menjadi rakan baik walaupun ketika bekerja tapi persefahaman dan respect adalah penting.Aku menganggap pendedahan Nasri ini adalah disebabkan kekecewaan tidak dapat bersama2 skuad Piala Dunia France ketika menyaksikan Gallas yang cedera pula terpilih bersama2 penakut seperti Diaby.Siapa tahu ura2 penggantian Blanc menggantikan Domenech akan mengubah nasib Nasri. Berbalik kepada Gallas, dengan gaji yang demand sebanyak 80k seminggu, Management Arsenal nampaknya sukar untuk mempersetujui dan akan membiarkan bilik persalinan Arsenal lebih tenang dengan permergiannya.Aku suka persembahan Gallas, tapi jika itu yang terbaik untuk2 kedua2 pihak, terpaksalah berkorban, Gallas direlakan pergi. Positifnya, Sol Campbell mungkin akan menyambung setahun lagi kontrak sebagai backup dan penyemarak bilik persalinan.Mael, Jozan, Nordtveit dan Bartley boleh banyak memperlajari daripada pengalaman The Soul. Apa pun , Arsenal diliihat perlu memperkuatkan posisi ini dengan seorang dua lagi kerana Sanderos dan Silvestre dilihat bagai menghitung hari di Arsenal.Jika benar, terima kasihlah atas harapan yang tak sampai dari kedua2nya. Untuk barisan pertahanan,antara nama yang disebut dalam rumors kali ini adalah bek kanan,  Van Der Wiel dari Ajax, Upson dari West Ham dan terbaru Jagielka..Aku rasa kita memerlukan lebih fizikal dalam posisi ini di samping pengalaman yang tinggi jadi hanya Wenger yang tahu siapa targetnya.

Midfield musim ini dilihat turun naik dan tidak konsisten.Kata2 Wenger bahawa kita tiada masalah di bahagian ini sungguh membimbangkan.Kita dilihat tidak kreatif ketika ketiadaan Fabregas terutama di waktu2 genting akhir musim di mana jadual yang terlalu padat dengan match2 penting, Arsenal nampak sangat ketagih idea talisman yang seorang ini. Diaby mempunyai separuh musim yang mengejutkan kemudian seperti biasa hanyut.Rosicky tidak dapat memberi sumbangan terbaik seperti mana diharapkan.Nasri tenggelam timbul setelah terlepas saingan di awal musim akibat patah kaki.Denilson yang suka berjogging passing kiri kanan belakang hanya mengeluarkan sedikit perluru2 jarak jauhnya yang kita sendiri pun tak tahu sama ada nasib atau memang dia mempunyai keupayaan untuk melakukannya.Come On guys, perbanyakkan lagi shooting jarak jauh, Ke mana pergi kaki ajaib Rosicky? Kita memerlukan lebih banyak shooting seperti itu yang boleh jadi jugak plan b atau plan c.Mungkin ada arahan dari Wenger agar mencari the perfect goal, tapi aku berharap Arsenal dapat memaksimumkan keupayaan pemain2nya.Diaby jugak dilihat mempunyai kebolehan rembatan kencang tapi sayang terlalu berhati2.Jika semua pemain2 tengah mampu membangun seperti Song, pastinya bagus.Song dilihat menjadi nadi tengah memberi ruang kepada Fabregas mencipta kreativiti.Jika tidak ingin bakat Song hanya setakat itu, Wenger harus meneruskan momentum, sign seorang lagi pemain tengah yang mampu memacu pergerakan dan memberi saingan sihat kepada Song atau pemain2 tengah lain.Box to Box player seperti Flamini, atau hardworker seperti Petiti amat dialu alukan. Wenger pernah berkata Melo masih lagi dalam radarnya, kehambaran Juventus mungkin memaksa mereka berfikir sekali lagi jika Wenger datanga mengetuk pintu. Aku belum mahu bercakap tentang Fabregas kerana ketika ini dia telah pun berada di Spain dan media mereka mempunyai access 24 jam kini untuk memperbanyakkan lagi gosip2 tentang DNA barca yang kita terpaksa layan sepanjang summer ini.Naluri aku dia akan kekal selagi Wenger bersama. Malang bagi Ramsey yang semakin Fabtastic tapi tragedi berdarah di Stoke adalah kejutan kerjayanya.Harap dia boleh sambung ketika dari ketika mana dia tertangguh dulu.Merida mungkin antara calon2 pemergian yang tak dapat ditolong, berbakat namun mungkin Arsenal bukan tempatnya.


Posisi 4-3-3 yang pada mulanya sempoi tapi akhirnya mendedahkan kepincangan Arsenal terutama link antara tengah dan pertahanan.Jika dengan kesebelasan utama, terutama Fabregas dan Song, 4-3-3 dilihat berhasil.Namun ia menajdi masalah apabila Wenger meletakkan mereka pada posisi yang tidak sepatutnya apabila pemain2 utama dilanda kecederaan. Aku sendiri kurang pasti apakah kategori posisi Arshavin dan Walcott. 4-3-3 bertaransformasikan kepada 4-5-1 adalah sukar dilmaksimukan tanpa keupayaan target man seperti RVP. Kelincahannya sebelum dilanda kecederaan membunga2bungakan formasi tersebut, ramai yang memuji ke-genius-an Wenger. Tapi setelah RVP tersadai dan tanggungjawab dipikul Bendi, sedikit demi sedikit kepincangan didedahkan. Tiadanya cover dari bahagian sisi membiarkan kiri dan kanan terdedah ketika overlapping, tiada plan B selain memakai wide player lalu crossing ke laut mengharapkan Bendi menyudahakannya last2 minit.Permaianan Arsenal mudah dibaca.Formasi, line up dan sub kita mudah diagak lawan.Aku memuji kerebranian Wenger dalam lebih mengamalkan attacking dalam corak permainan tetapi ia perlu dilakukan hanya ketika ia dirasakn perlu bukan setiap masa ketika kita tidak mempunyai pemain yang mampu menyesuaikan diri.Walcott mungkin berkata dia antara pemain yang terasa kelebihan formasi ini disebabkan sesuai dengan kepantasan dimiliki maka peluangnya bermain adalah tinggi tapi realitinya , sumbangan yang diharapkan belum cukup.


Eduardo antara yang menjadi mangsa akibat formasi ini kerana kita sedia maklum tugasnya sebagai poacher yang sesuai diamalkan dalam formasi basic 4-4-2. Tapi dengan formasi baru ini, dahlah jarang dapat peluang, bila dapat diletakkannye sebelah wide, dengan pace yang semakin kurang, gagal beat 1st man  , mudah diasak , Dudu bagai hilang punca lalu membuatkan moralnya terjatuh.Peluang2 keemasan yang terlepas membebankan lagi otaknya.Kecederaan susulan, pembedahan2 kecil , serangan media akibat tragedi Celtic tidak membantu Eduardo musim ini. Sayang sekali, jika keadaan ini tidak berubah, dengan kehadiran Chamakh selepas ini apakah agaknya peluang Eduardo walaupun Wenger memberi keyakinan pemain Crotia itu masih ada lagi dalam perancangannya musim depan.Arshavin juga mempunyai musim yang tidak memuaskan namun begitu ini baru sahaja musim pertama yang penuh baginya dan baru dia terasa kepadatan dan bahang champions league di peringkat tertinggi macam mana. Jika kita ingin bersaing,adalah penting untuk mengekalkan The little Russian ini. Wilshere dan Vela mungkin perlu lebih pendedahan maka loan ke kelab BPL adalah suatu option yang boleh dipertimbangkan.




Namun musim ini, baik buruk, itulah Arsenal kita.Apa pun yang berlaku, 8 bulan kita bertarung dan terkena 'April fool ' sebulan , kita harus terima.Terima kenyataan bahawa kita mampu memberi persaingan tapi masih belum mampu menandingi mereka yang setapak dua di atas.Masih ada perkara yang boleh disenyumkan, bukanlah teruk sangat seperti mana digambarkan media. Liverpool sanggup bermatian untuk berada di posisi kita ketika ini.Man City berhabis beratus juta untuk cuba membeli tempat kita ini, malah jiran kita Spuds menunggu berapa lama baru nak sampai tahap ini itupun masih jauh ke belakang.Masa depan masih cerah, kewangan semakin kukuh ketika kelab2 lain semakin terasa .Semakin ramai orang mengkritik sebenarnya menandakan mereka begitu desperate untuk melihat Arsenal gagal. 5 tahun tanpa piala tapi tidak dengar pula kelab2 lain bertahun2 tanpa piala, malah Liverpool juga sudah 4 musim tanpa piala.Ini bermakna sindrom anti Arsenal begitu menyala2 di luar sana.Sekaligus memperlihatkan betapa pentingnya Arsenal dalam dunia bola sepak kerana masih ramai yang concern.Terima kasih, ia lebih membakar semangat Arsenal sebenarnya..Seronok apabila orang mengharapkan kita gagal dan akhirnya kita yang menggagalkan harapannya.Piala bukan segalanya,bukan tidak penting tapi ia adalah lebih kepada  bonus akhir musim jika setahun itu perjuangan berliku dihadapi dengan segak. Passion, determination dan desire yang dituntut oleh peyokong , ingin melihat semangat melawan daripada pasukan mereka dengan aksi2 bola sepak yang memukau.Arsenal menghampirinya, tidak jauh cuma icing on the cake sahaja yang tak dirasai.Cair awal. Aku percaya kita masih mampu memperbaiki lagi persembahan dengan suntikan beberapa muka baru dan corak baru.Arsenal memerlukan tulang belakang maka pentingnya mengekalkan Fabregas sebagai paksi dengan Campbell berlagak  seperti the Dark Knight. Semangat RVP dan Mael adalah kepimpinan melalui teladan.Wenger akan menjadi The Guardian.Pantang kalah pantang undur, jangan lemah jangan kendur, sayang jika anda berjalan sejauh ini lalu anda memilih untuk menarik diri dari ekspidisi menarik yang dijanjikan.Aku percaya penantian ini pasti ada pengakhirannya.Umpama menonton drama bersiri bermusim yang penuh episod suka duka dan dramatic, aku tidak pernah jemu. Walau berapa lama, Arsenal tetap dihati~

Memori 09/10: Antara memori terbaik bagi gua, anda mungkin mempunyai piliahn tersendiri.

- Signing Terbaik : !00% Mael, 2nd Sol Campbell. Mula2 orang ingat Wenger gila menjual pemain seperti Adebayor dan Toure Tapi sekali lagi dia membuktikan, dirinya masih ada misteri dalam mencungkil bakat yang dicemburui rakan2 seangkatan.


-Kemenangan tersempoi : 6-2  ke atas Blackburn.. Walaupun kemenangan pembuka musim 6-1 di Goodison Park dan membelasah Porto 5-0 cukup menghiburkan tetapi aku memilih perayaan ulang tahun ke 13 Wenger di Arsenal menjadi pemenang untuk kemenangan terbaik.Cukup lengkap, di depan lagenda Arsenal Thierry Henry yang pertama kali pulang ke Emirates,kejar dari ketinggalan 2 kali dan persembahan bersahaja Fabregas dengan 4 assist dan satu gol.



- Kekalahan Paling mengecewakan: Biarpun terkena double kepada United dan Chelsea serta diajar Messi , namun tidak dapat diterima kekalahan 1-2 kepada Spuds.Setelah 10 tahun bertarung, rekod akhirnya tumpas kepada jiran paling poyo di saat paling genting. Malam itu di mana kita terkeluar dari saingan liga manakala mereka semakin merapati kemunculan kali pertama ke dalam UCL.di era baru.Paling menyakitkan adalah bagaimana gol2 tersebut dilepaskan dan melihat kita begitu tumpul.

-Persembahan paling bersemangat : Kemenangan liga 3-1 ke atas Stoke City last2 minit. Kenangan ini akan bertambah manis jika kita berjaya menjulang kejuaraan liga di bulan May tapi apakan daya.Namun persembahan penuh fokus dan sambutan penuh passion daripada pemain setelah peristiwa hitam ke atas Ramsey menterbalikkan apa yang berlaku di St Andrews ke atas Eduardo.Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan pada malam tersebut atas kemenangan yang membakar semangat.

-Titik hitam : Tragedi ke atas Rambo di di Stoke.

-Persembahan Paling memalukan : Tidak perlu malu jika diajar Messi atau dipukau Barca 45 minit awal, tapi perlu duduk termenung terpikir apa tidak kena setelah leading 2-0  ketika masa hanya tinggal 10 minit dan akhirnya tewas 3-2 kepada Wigan.Itu memang satu kemaluan! Malu dengan semangat Wigan, dan pemain2 perlu malu pada diri sendiri sama ada mereka layak atau tidak menyarung jersi Arsenal.Wenger tiada kata2 untuk perkara ini.Terkejut.

-Gol Terbaik : Daripada banyak2 mungkin ada beberapa yang mampu bersaing rapat dengan gol ajaib Nasri ketika bertemu Porto dan Arshavin di Anfield.Tapi secara peribadi aku memilih gol larian solo Fabregas setelah 11 saat sepak mula kembali bermula.Tak habis menyorak gol RVP sebelum itu, tengah tayang replay sedar2 gol kedua masuk lagi! Tepat pada masanya bersempena dengan occasion NLD yang penuh berapi, kepuasan jelas leih bermakna ketika Fabregas menghantar Spuds pulang  balik ke tempat asal mereka.



-Persembahan Pemain paling meeningkat : Walaupun Eboue popular di kalangan penyokong, Song secara slumber bagi aku menggondol award ini dengan persembahan bersahaja tapi mantap menjadi kereta kebal, perisai di hadapan back 4.Harap musim2 akan datang persembahannya terus konsisten dan terus meningkat.


-Pemain paling mengecewakan : Walaupun ramai yang tidak konsisten tetapi untuk kali ini,posisi penjaga gol mungkin menjadi kambing hitam musim ini.Anda pilih antara kedua-dua mereka,belum masanya Mannone terlibat untuk dipersalahkan.

-Pemain terbaik : Cesc Fabtastic Fabregas! 19 gol kempen musim ini! Musim penuh pertamanya sebagai kapten,game by game sikap kepimpinannya terserlah.Bukan pemimpin yang vokal tapi lead by example. Setiap kali dia bermain pasti akan terlibat dalam sumbangan besar.Assit terbanyak Arsenal dengan 13 kesemuanya, (di dalam liga) walaupun terlepas untuk beberapa tempoh masa akibat kecederaan.Ketika ketiadaannya, Arsenal amat merindui sentuhan dan ideanya.Sanggup meneruskan aksi walaupun mengalami kecederaan ketika bertemu Barcelona, gol freekick  super sub menentang Aston Villa, gol terbaik menentang Spurs!Banyak lagi, anda nilaikan sendiri.


Akhir sekali, video terbaik di bawah ini merumuskan segalanya tentang perjalanan musim ini di samping meluahkan emosi yang dikongsi bersama. Semoga terhibur.





0 ulasan: