Jumaat, 14 Mei 2010

12 dalam senarai awal ke Afrika

Lupakan sementara tentang gosip2 Gianlugi Buffon ke Arsenal yang walaupun kali ini lain macam, mungkin benar ada rundingan sedang dijalankan, tapi cuma setakat sembang2 . Wenger berkata satu signing akan didedahkan sebelum Piala Dunia yang kita semua sudah sedia maklum, Chamakh adalah orangnya.Dia juga memberi hint segala transfer akan berlaku sebelum Arsenal menghadapi kejohanan pra musim Piala Emirates. Menunggu detik itu,kita disajikan dengan Piala Dunia.Jadi siapakah pemain Arsenal yang terlibat dalam aksi di Afrika.12 mereka yang terpilih dalam senarai awal negara masing2  adalah:

Fabregas
Bendi
Gallas
Sagna
Clichy
Diaby
Vela
Sanderos
Walcott
Song
Eboue
RVP

Tiada Samir Nasri untuk France dan rata2 peminat Arsenal mempersoalkan kehadiran Diaby berbanding Nasri dalam pasukan.Hanya Domenech sahaja yang tahu.Campbell jugak terlepas pandang dari mata don Capello yang lebih sayangkan Carragher.Win2 situation bagi Arsenal dan Campbell jika dia berhasrat menyambung kontrak setahun walapuan dalam dirinya sendiri masih ada 2 tahun di peringkat kompetitif tertinggi.Ini kerana faktor rehat penting sebelum memulakan musim yang segar terutama umur sepertinya. Sebelum sebulan kita berjaga malam, tumpuan bolehlah diletakkan pada kejohanan yang melibatkan pasukan negara,Piala Thomas! Ayuh runtuhkan tembok China!


0 ulasan: