Isnin, 10 Mei 2010

Admin Arsenal.com tak tahan?

Haha..kali ini pelik sedikit.Anda jangan ingat anda sahaja yang tidak tahan akan  rahsia2 transfer yang disimpan terlalu sulit oleh kem Le Prof.Ini kerana admin Arsenal.com sendiri bagai sudah hilang sabar apabila tiba2 mewujudkan satu ruangan 'Transfer Linked'- suatu yang tidak pernah dibuat oleh Arsenal.com selama ini. Kebiasaannya, signing rasmi sahaja akan diumumkan oleh mereka tapi kali ini mereka bagai ingin mengubah trend dengan menerbitkan jugak rumors2 yang  dimainkan oleh media dan sumber2 terdekat. Buat pertama kali, untuk ruangan kali ini, mereka mengaitkan Yaya Toure dan Shawn Wright Philips. Namun begitu, mereka masih memperingatkan pembaca agar tidak terbawa2 kerana mereka juga sama seperti kita, hanya menyebarkan apa yang didengar dari sembang2 kedai kopi di bilik media. Adakah ini suatu tanda 'protes' atau satu bentuk tekanan kepada Arsene Wenger untuk mencari pemain terbaik bagi musim hadapan.Agaknya apakah reaksi Arsene Wenger tentang situasi terbaru ini.Tidak terkejut jika mungkin ruangan ini diarahkan dihentikan dalam masa terdekat.huhu


Asyik cakap pasal kontrak player, kontrak manager apa cerita pula? Sementara itu perkembangan terbaru kontrak Wenger, belum ada apa2 tandatangan rasmi daripada Wenger untuk menyambung kontrak yang bakal berakhir sebaik tamatnya musim 10/11. Wenger menafikan khabar angin bahawa persetujuan telah dicapai untuk menerima tawaran lanjutan tetapi tidak menolak ia bakal berlaku disebabkan rasa sayang eh nya kepada kelab ini.Gazidis jugak memberi harapan tinggi dengan berkata BOD berwawasan jauh untuk berkerjasama dengan Wenger untuk berberapa tempoh yang lebih panjang.Mungkin jika mengikut spekulasi kontrak baru akan mengikat Wenger hingga tamat musim 2014, sama tamatnya dengan kontrak Fabregas. Encik Ivan Gazidis jugak sempat memberi berita positif tentang kewangan kelab yang stabil dan perbelanjaan untuk membeli pemain disediakan dengan sewajarnya, tinggal Wenger saja nak isi  cheque book yang kosong. Bertahun2 kita mendengar perkara yang sama, namun buku 555 jugak yang tak habis tercetak lagi.heheh. COYG!


0 ulasan: