- Ia hanya rumors tabloid auta untuk melakukan suratkhabar. Tidak sabar menanti bahang piala dunia, bila lagi masa yang sesuai untuk mensensasikan gosip2 perpindahan pemain2 ternama.
-Perjumpaan private antara Cesc dan Wenger.Adakah ia benar berlaku? Bagaimana kalau 'private', perkara2 yang dibincangkan boleh tersebar seluas2nya sehingga ke muka depan akhbar. Dan setahu aku, Wenger sedang santai bercuti di luar daripada kotaraya London ketka ini, apakah Fabregas terpaksa balik London semata2 hanya untuk buat perjumpaan sulit melalui video call 3G? Tidak berlaku.
- Jangan ada yang terlupa, sekarang adalah musim pilihanraya pemilihan bakal presiden Barcelona dan nama yang bersaing rapat adalah Joan Laporta dan Sandro Rosell. Jadi tak hairan kita hanya mendengari sembang2 melobi dengan nama Fabregas dalam menifesto dari politikus usang seperti kedua2 mereka walhal kem Arsenal tenang tak tahu apa. Di kampung Fabregas, kecohnya sekampung, habuk pun tarak!
- Peter Hill Wood mengesahkan Barcelona hanya kencing lebat kerana setakat ini belum ada apa2 contact sms,mms, mahupun email atau fax dari Nou Camp.Wenger pula menjawab dengan jawapan malas nak layan dan membiarkan Hill Wood bercerita pun sudah cukup.
-Cesc dalam interviewnya apabila ditanya "adakah anda gembira JIKA dapat menyertai Barcelona?".Jawapannya sepertimana yang telah bocor lama dan diketahui sudah tentulah "Ya" . Suatu jawapan yang boleh disambung untuk dimanipulasikan menyunting sambungan asli iaitu " aku happy kat Arsenal buat apa nak blah sekarang".
-Kalau betul pun Fabregas menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Arsenal, memang benar Wenger tak akan menghalang laluan Fabregas. TAPI Wenger akan berdiri sekukuh mungkin untuk menghalang Barcelona dari mendapatkan Fabregas dengan mudah. Apa pun, Kuasa sekarang ini di tangan Arsenal.Jika Barcelona betul2 jantan sila letak harga yang setimpal bukannya harga pasar borong 30M.Dan Fabregas sendiri menandatangani kontrak yang mengikatnya di sini lagi 4 tahun.Takkan semudah itu Arsenal mengalah.
-Barcelona dikhabarkan berhutang dengan ceti sebanyak 420M! Ada pula angan2 tahi ayam.
-Mengapa mesti dia berpindah ke La Liga yang kurang kompetitif berbanding cabaran hebat di Premier League.Fabregas masih belum merasai kejuaran selain FA dan sumbangsih jadi adalah suatu ketidakpuasan dalam perjalanan kerjayanya untuk meninggalkan Arsenal ketika umurnya masih ada 4-6 tahun waktu puncak.Lainlah seperti Vieira dan Henry yang memilih waktu sesuai untuk relax sedikit daripada corak fizikal English football sesudah merasai perit getir sebelum menjadi juara. Fabregas masih ada kudrat dan tenaga untuk bersaing dan membuktikan bahawa dia tidak takut akan cabaran dan inilah masanya. Buat apa memilih untuk jadi bintang kebanyakan jika dia boleh menjadi bintang utama. La liga menjadi semakin scottish, predictable.
- Dia sendiri tahu jika bukan musim ini, suatu masa nanti akhirnya dia akan pasti jua ke Barcelona jadi buat apa nak terburu2.
-Dia adalah Kapten Arsenal, paksi generasi untuk skuad kali ini. Meninggalkan projek Wenger pada masa yang tidak sepatutnya boleh menghancurkan jutaan peminat yang menghormati dan menghargainya selama ini, lebih dari mengecewakan harapan jutaan peminat Barca yang aku rasa tidak berapa kisah atas kehadiran atau ketidakhadiran Fabregas atas faktor skuad mereka yang sudah kukuh untuk bersaing-setakat bersaing dengan Real Madrid jek.Jadi dari segi humanisasi, Fabregas jika berfikir rasionalnya, masih lagi akan menjiwai Arsenal.
-Musim depan adalah tahun terakhir Wenger dalam kontrak. Fabregas pernah berkata selagi Arsene Wenger masih kekal, dia akan kekal di Arsenal , sekurang2nya untuk satu musim lagi.Dan musim depan tekanan terhadap Wenger untuk deliver makin bertambah, suatu senario yang positif jika dilihat dari yang tersirat, cuma harapnya perkara seumpama ini menyedarkan Wenger sebelum terlambat.
Berdasarkan faktor2 di atas, naluri aku mengatakan dia akan stay.Aku percaya Fabregas akan mengumumkan secara public jika harinya akan tiba. Oleh itu, selagi dia masih pemain yang berdaftardi bawah nama Arsenal FC, santai2 dulu, relax, tenang..Mai secawan!
0 ulasan:
Catat Ulasan