Ahad, 4 April 2010

Post Match : Sekali lagi dari Bendi.



Dia melakukannya di Hull dan semalam dia melakukannya sekali lagi. Nicklas Bendtner dengan nama saintifiknya Bendi telah sekali lagi menghidupkan peluang Arsenal untuk bersaing dalam kejuaraan liga .Ketika mengetahui result di Old Trafford yang tak seperti diharapkan, aku pasrah, kecewa dan frust, terkejut pun ada semasa dah masuk minit ke 90++ tapi result masih lagi 0-0.Pastinya keputusan seri hampir pasti melenyapkan peluang Arsenal dengan tinggal 5 perlawanan dan 5 mata di belakang Chelsea. Bak kata Arsene Wenger dalam post match interview tentang peluang Arsenal jika seri malam tadi "Finished."setiap saat dikira cemas pada ketika itu, dalam  hati boleh tak saat itu dilambatkan sedikit, entah dari mana nak datang gol tapi dengan Arsenal, apa2 jua drama boleh berlaku.Baru minggu lepas kita yang kena, kali ini giliran lawan pulak yang kena.Masa yang ditunggu tiba, entah buat ke berapa kalinya musim ini di minit2 terakhir, Theo Walcott yang diulas pengulas mempunyai hot and cold malam tadi akhirnya membuat decision making yang bijak setelah tidak berhajat untuk cross sebaliknya set up untuk sagna.Sagna membuat hantaran lintang dalam kotak penalti dan pemain Denmark kita sekali lagi melakukan tandukan yang sangat penting dan tepat pada masanya.Hanya suara jeritan yang kedengaran memecah keheningan malam mengalahkan bunyi tv.

-Melihat line up, aku terkejut melihat barisan midfield yang jelas kurang kreativiti kerana Song dengan slotnya tapi Eboue dan Denilson.Memang pemain memerlukan rehat,tapi aku lebih prefer Diaby start berbanding Denilson kerana dia mempunyai teknikal untuk memecahkan ruang2 sempit di celah2 midfield lawan yang compact di samping drag lawan dan membuka ruang untuk rakan sepasukan. Tanpa ancaman yang tak berapa offensive, memasukkan Denilson adalah satu kerugian masa, ktia sepatutnya settle kan dulu, bunuh mereka awal, selepas tu nak rehat barulah rehatkan.Awas, sungguh mudah serangan sakit jantung boleh dihidapi oleh penyokong Arsenal. Mengapa Wenger dan pemain sering kali menguji kita aku pun tak pasti.

-Kehambaran penyudah.Bukan salah Eduardo sepenuhnya  bagi aku.Kerana dia memerlukan lebih banyak masa dan perlawanan lagi  Link up play nya dah cukup baik, tak mengecewakan cum ajaringan gol sahaja yang perlu untuk menaikkan kembali moral dan keyakinan dirinya. Inilah yang menjadi mental block.Aku percaya dia masih ada sesuatu untuk diberikan pada Arsenal. Bagus melihat vela jugak diberi peluang walaupun tidak banyak impak.

-Satu lagi sebab Arsenal ketandusan malam ini selain kreativiti dalah kecekapan  Marcus Hahnemann. Tapi selain mengecewakan kita dengan ketangkasannya, aku jugak kecewa dengan sikap buat terhegeh2 melambat2kan masa.Gol Bendi tu betul2 buat emosi aku pada ketika itu untuk gelak di hadapan mukanya sambil menghulurkan bola ala2 Henry -Kirkland.

-Tackle ke atas Rosicky agak mengerikan sebentar melihat reaksinya.Nasib baik tiada apa2. Cuma kesannya 10 orang lebih menyukarkan Arsenal dengan mereka semua berkampung sanak saudara dalam kawasan sendiri.

-Kemasukan Nasri sekali lagi mengubah perlawanan.Dah aku katakan dialah perfect relacement untuk Fabregas.Harap tiada apa2 yang buruk lagi berlaku di baki musim ini.Rehat yang cukup buatnya dan Diaby pasti menyegarkan untuk pertarungan di Nou Camp nanti.

-Theo Walcott terlalu laju sampai tidak sempat berfikir. Untuk menjadi pemain yang hebat bukan sekadar aksi tapi jugak kepintaran.Walcott masih kurang aspek itu dan perlu lebih banyak menuntut.Bak kata Wenger, mungkin sebab bnyak tenaga telah digunakan untuk sprint beratus meter, itulah sebabnya cross2 nya lemah gemalai.Aku masih rasa, Walcott buat masa ini terbaik jika baca game dari bench, masuk sebagai sub dan bagi impak , mengubah perlawnaan. Kehadiran Walcott selain dari mengeksploitasi keletihan lawan  dapat memberi dimensi baru kepada corak Arsenal yang seperti mudah sangat dibaca.

-Pertahanan kita beraksi dengan cukup baik asalkan tiada lagi kesilapan2 yang boleh membawa padah.Tidaklah sangat sibuk kerana kurangnya ancaman, Mael sampai naik ke atas-perlu lebih direct free kicknya. Silvestre pun ok cuma bahagian kiri kurang diguna pakai berbanding semasa Clichy braksi. Campbell dah dapat warm up yang baik untuk bertemu Barcelona.Sambutan gol daripada Sol penuh soul...


Yang penting di akhirnya adalah 3 mata berharga. Kita masih optimis untuk mengejar.Jadual liga selepas ini adalah suatu yang wajib menang, penuh dengan nostalgia dan drama, destinasinya? WHL.Namun ubah suis otak anda, tumpuan kini pada piala bertelinga besar.Nou Camp masih tembok besar kepada impian ke Bernebau.

P/S : Bang Brahim disahkan tak dapat beraksi pagi rabu ini.Mampukah Henry memikul kecelaruan minda yang bermain di otaknya.


0 ulasan: