Sabtu, 3 April 2010

Pre Match : Misi memburu 3 mata lebih penting dari melapah serigala.


Arsenal vs Wolverhampon aka meriam mencari sasaran serigala. Dalam keadaan semacam ini , 3 mata lebih penting daripada mengharapkan Arsenal menang mudah jika dibandingkan dengan result 4-0 yang diperoleh away dulu.Tapi kalau dapat melapah sang serigala ini, satu bonus kerana dapat mendekatkan kita dengan jumlah perbezaan gol yang kini diterajui jauh Chelsea dan United.Arsenal berpeluag merapatkan diri dengan salah satu atau kedua2nya apabila masing2 bertemu antara satu sama lain. Jika result yang paling terbaik, mungkin berakhir dengan seri.Ketika Arsenal melangkah ke padang Emirates, keputusan perlawanan yang berlangsung sebelum itu telah pun diketahui tapi sebaik sahaja beraksi di atas padang, fokus harus diberikan pada anak buah Mick McCarthy.Kalau dulu Mek Kati ini pernah disaman FA oleh komen2 Wenger yang tidak berpuas hati bilamana pengurus Wolves merehatkan pemain2 utama, menurunkan pemain2 2nd team ketika bertemu United, harapnya kali ini McCarthy tak pulak bising2 mengeluarkan komen lawak mengapa Arsenal menurunkan barisan yang bukan terbaik melihat kepada senario kecederaan yang melanda Arsenal. Adalah suatu yang bodoh untuk Mek Kati mengeluarkan komen pada suatu yang memberi kelebihan pada pasukannya lainlah jika dia adalah Tony Pulis atau Fergie.

Wolves berada 5 mata di atas zon bahaya.Nak cakap selesa tidaklah selesa sangat tapi mampu bernafas lagi.Ini hasil persembahan cermelang 8 mata dari 4 perlawanan terakhir.Merka juga berjaya mencuri satu mata dari calon juara sulung piala  Europa League, Liverpool. Pendekatan yang digunakan mereka adalh 4-5-1. Tanpa Fabregas, Arsenal mungkin menghadapi sedikir kesukaran dengan midfield mereka yang terlalu compact. Tapi kreativiti Nasri dijamin tiada maslaah.Dan Diaby yang mengalami trauma ketika bertemu Barcelona mampu mencari jalan keluar meloloskan diri dari 2 3 kekangan pihak lawan dengan slumber.dan Arsene Wenger mengakui mereka harus memberi perhatian pada penyerang Wolves, Kevin Doyle. Tugas ini pasti diletakkan pada Campbell yang akan menggantikan Gallas.-Musim Gallas telah pun berakhir dan hanya tuhan sahaja yang tahu adakah pertemuan menentang Barcelona adalah kali terakhir dirinya menyraung jersi Arsenal.

Wenger tahu malapetaka kecederaan yang melanda Arsenal serba sedikit menjejaskan perancangan skuadnya.Tapi dia cuba berlagak tenang dan relax serta dengan penuh yakin, skuadnya cukup besar, ramai dan mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.Dia tidak akan merehatkan pemain sewenang2nya ketika kemenangan dituntut tetapi sedikit rombakan perlu dilakukan.Rotation ini mungkin melibakan bahagian tengah dengan Nasri mengambil alih posisis Fabtastic.Wenger mahu lebih dari Walcott.Bukan sekadar super sub, bukan pemain yang hanya memberi impak dari bangku simpanan, tapi pemain yang memberi impak sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan. Aku dapat meraskan sekali lagi Wenger akan memmberikan peluang lepada Walcott untuk start mengambil posisi Arshavin. Rosicky pastinya akan diturunkan selepas segar bugar, posisinya dalah di sebelah wide kiri mengambil tempat Nasri. Hal yang sama jugak bagi Eduardo yang telah lama direhatkan, mungkin akan diberi peluang di posisi Bendi yang memerlukan ruang untuk bernafas.Kalau diingat kembali, Eduardo telah dicuri gol2nya ketika bertemu wolves 4-0 dulu.Denilson dan Clichy disahkan fit untuk match malam ini.Aku mengharapkan Vela dan Merida berada di bangku simpanan dan manalah tahun mampu memberi impak seperti Ramsey.

------------------Almunia--------------------
Eboue-------Campbell---Mael--------Clichy
-----------------Song-----------------------
---------Nasri--------Diaby----------------
----Walcott-----Eduardo-------Rosicky----


Astro ESPN 812 9.55 pm.Kita akan menang! 3-0

P/S: Eboue mungkin perlu berhati2 dengan kenyataan lucunya ini jika tidak pastinya pengadil sedang membuka telinga dan mata menunggu aksinya selepas ini.

"When I come to the training ground I don't plan something because it is natural. That's why I have said that after my career I will become an actor."


0 ulasan: