Bukan saja 50,000 mesej dalam masa 3 hari di Arsenal.com yang ramsey dapat, tapi jugak diberi kata2 perangsang oleh lagenda orang batu kita yang main kat Emirates malam tadi.Gilberto Silva kembali ke Emirates membantu Brazil menewaskan Rep Ireland 2-0.Menceritakan pengalamannya pernah injured belakang dan terpaksa rehat hampir 7 bulan , jadi dia jugak sama2 melahirkan rasa simpati pada bakal pengikut legasinya Aaron Ramsey dengan kata2 semangat supaya tak mudah putus asa. Tambahnya lagi umur pemain Wales itu sangat2 muda dan panjang lagi perjalanannya.Anggap macam doktor bagi MC cuti rehat tenang2kan fikiran saje. Itulah dia serba sedikit acara yang beralngsung sempena internationaleleh.Cuma diharapkan tiada lagi pemain2 yang pulang dengan kemalangan mahupun kecederaan di saat2 macam ni.Paling menarik pastinya pertembungan Fabregas vs Sagna awal pagi nanti.
Ryan Shawcross, ramai penyokong Arsenal dengar nama pun naik meluat naik menyampah.Dah terang lagi bersuluh baru umur 22 tapi dalam masa 3 tahun dah patahkan 2 kaki pemain pro lain(Jeffers & Ramsey).Apa cerita? Tanye Adebayor apa sebab dia rehat 3 minggu lepas match lawan Stoke musim lepas. Itupun media2 seluruh England back up , bukan media sahaja, Manager, pemain, kalau dalam pasukan sama takpe, ini pemain2 manager dari pasukan lain sibuk nak mencapub jugak bagi kenyataan.Tak cukup dengan itu, bukan saja melindungi 'keterlanjuran' si Ryan ni malah hentam lagi Arsenal, kata lembik, hentam lagi Wenger, kata dia hipokrit.Aduh! apa sudah jadi dengan dunia , mana keadilan mana logika.Terpikir2 balik siapa mangsa sebenarnya, Shawcross ke Ramsey? Ramsey bertarung nyawa menyelamatkan karier, Shawcross lepas 3 game dah boleh main macam biasa.Siap dapat call up England.Jaga2 Zidan.
Ok aku bukan nak menuduh dia berhati busuk ke memang terniat di hati dia ke, pedulikkan dengan semua tu sebab hati dan pikiran masa dia lakukan tackle tu hanya Shawcross sorang jek yang boleh jawab.Subjektif. Tapi aku letak satu analogi mudahlah untuk difikir secara logik, seorang pemandu kereta memandu dalam keadaan bahaya alih2 terlanggar seorang budak yang melintas jalan ketika lampu hijau di laluan zebra.Di akhirnya, pemandu itu tetap bersalah dan dihukum walaupun dia memang takde rekod jenayah dan tak berniat melanggar bukan?.Ade ke orang akan cakap lepas berlanggar,"saya memang sengaja nak langgar budak itu" itu psycho maniac namanya.Jadi terimalah kenyataan, Shawcross walau tak berniat sekalipun tapi tak bermaksud dia boleh terlepas daripada kekerasan melampau yang dilakukan dan perlunya ada garis panduan oleh badan2 yang berkaitan agar pemain2 diberi lebih perlindungan dan bagi sang pembentes, ada la teknik2 tackle yang betul dan dibolehkan. Cakap panjang pun , sindrom anti-Arsenal ini tak akan dapat dihentikan. Biar pemain2 'bercakap' atas padang.
Apa yang boleh Ramsey buat sementara menanti hari kembali ke padang? Dengar cerita, masa rehat 18 bulan, Rosicky dulu bukan main giat goreng gitar sampai boleh perform malam gala anugerah pemain2 Republik Czech baru2 ni.Jozan pulak boleh tahan rambut barunya, tak sabar nak beraksi lagi 6 minggu.Ramsey, minum milo jelah, anda jadi sihat dan kuat.Bercakap tentang milo, ada ura2 lepas match Brazil di Emirates semalam, Wenger masih menyimpan hasrta membawa Melo ke Emirates setelah dia tersesat jalan ke Juve.Ada mata2 mengatakan ia sebagai langkah mengisi kekosongan Rambo.Kalau benar, nice try.
1 ulasan:
Sekali tgk Tomas ni macam Kid Rock pun ada
Catat Ulasan