Jumaat, 5 Mac 2010

Play Off + Hangat2 Burnley + kecederaan


Terlebih dahulu syukur disebabkan cubaan sesetangah kelab untuk mendesak FA menereima proposal bodoh kelayakan play off Champions League untuk team keempat-ketujuh GAGAL.Mengapa perlu risau? takut Arsenal di tempat keempat dan tidak layak?  Bukan itu yang menjadi persoalan tapi seperti kata Wenger apa2 pada pindaan kejuaraan liga akan memberi kesan kepada keseluruhan 'table'.Contohnya mudah, di akhir musim, pasukan2 mid-table yang akan berasa selesa dan tak bernafsu nak main apabila tempat ke4 hingga ke7 sudah dalam genggaman.Bayangkan apa yang akan terjadi pada persaingan mengejar kejuaraan dan relegation jika pasukan2 mid-table ni memilih untuk tidak pedulik apa jua keputusan pun janji main dapat gaji dan melengkapkan jadual.Jadi apa gunanya bermain liga jika tempat ke4 10 mata berbeza dari tempat ke 6 mahupun 7.Format yang ada sekarang sudah cukup cantik.UEFA memberi slot 4 kuota kepada BPL dengan 3 automatik dan 1 play off.Bayangkan berapa banyak match wakil slot terakhir perlu hadapi sebelum boleh layak ke peringkat kumpulan 32 terakhir. Dan England berhadapan risiko slot tersebut dikurangkan jika katakan, pasukan keempat tersebut gagal meyakinkan -tidak konsisten dalam kejayaan penyertaan setiap tahun.Ini sendiri yang telah disuarakan Pengerusi BPL,sekaligus mengundi untuk membangkang usul tidak berfaedah itu.

Apabia mereka memulakan perang saraf.Esok Arsenal akan bertemu Burnley dan Burnley telah memulakan bahang dengan mengeluarkan kenyataan yang kononnya burning habis. "Kami tahu macam mana Arsenal main, kami siap sedia beri cabaran fizikal" . Sengaja memanaskan suasana dengan sudah sedia maklum seluruh England 'menyerang' Arsenal terutamanya Wenger akibat insiden terbaru minggu sudah.Jadi nasihat aku pada Burnley calon relegate musim ni, tutup mulut dan jemput datang ke Emirates, habis wisel penamat baru tahu langit tinggi ke rendah atau laut luas ke sempit.Nak bagi kekerasan fizikal? ok kami terima,pemain2 Arsenal dah makin bersedia tapi jangan pulak bising bila masing2 pemain mereka pulang dari Emirates dengan tekanan mental. Masih ingat gol Eduardo musim lepas?



Minggu internationaleleh kali ini tidak begitu mendatangkan kesan buruk, yang mengecewakan hanyalah Vela yang menjaringkan gol, tak sempat untuk pulang match esok.Bendi jugak menjaringkan sebijik gol walaupun tewas.3 gol dalam 3 perlawnan berturut2 bagi Bendi, harap dapat kekal form. Positifnya, Arshavin telah bermain untuk Russia maka secara automatiknya menjadi pilihan untuk match bertemu Burnley. Denilson jugak kembali dari kecederaan, menunggu peluang menigisi kekosongan Rambo dan Song.Diaby mash 50-50.Gallas Jozan masih out tapi Sol Campbell yang kini menjadi bodyguard Arsenal jugak masih ragu2.Mungkin Wenger berhasrat menyimpannya fresh untuk home debut bertemu Porto.Pakai Silvestre saja mungkin sudah cukup untuk mengekang Burnley.Dalam pada itu beberapa lama Rambo terpaksa diketepikan, Wenger masih tidak boleh memberi jawapan kerana masih terlalu awal.Dia masih muda, tak perlu desak, tak perlu tergesa2.Bagi aku biarlah dia fit sepenuhnya 200%.


0 ulasan: