Isnin, 1 Mac 2010

Hari Di Mana KIta Bangga MengGunners !

Ketika ini Ramsey telah pun selamat menjalani pembedahan , panggil la apa sahaja patah kaki, retak teruk tibia dan fibula, yang pasti ia memang angker dan Ramsey dikhuatiri akan terlepas aksi selama 6-9 bulan.Untuk tidak mengharap dan langkah berhati2, ambil sahaja tempoh Eduardo maka kita akan melihat aksi Ramsey untuk permulaan musim 2011.Semoga cepat sembuh.

Wenger berpendapat musim ini sangat sengit tapi Arsenal berpeluang cerah.Dan kini makin besar sebabnya untuk Arsenal perlu menang, menang untuk Ramsey-salah satu inspirasi baru.

Kalau ketika musim 07/08 dulu orang akan bercakap kita akan melihat kembali hari di mana tragedi St Andrews berlaku, ialah hari kita melepaskan gelaran liga. Tapi kini jika kita berjaya muncul sebagai juara bila tiba May nanti, kita akan lihat kembali kepada hari 27.2.10 di Britania di mana aksi pada hari tersebut adalah permulaan kepada kebangkitan inspirasi dan semangat melawan.

Aksi2 di bawah ni memang cukup untuk menceritakan segala perasaan aku dan emosi yang pernuh bercampur baur. Tiada lain yang lebih membanggakan aku sebagai penyokong Arsenal melihat pemain2 yang menyarung jersi bermatian2 passionate mengharungi segala keperitan semata2 untuk mengangkat nama dan martabat Arsenal.Dikritik, dihentam di luar padang, disepak terajang di atas padang, dihasad dengki tangan2 ghaib dan pengaruh luar tapi kita tetap membiarkan bola sepak sebagai medan untuk membuktikan apa ertinya bergelar The Gunners.

Jangan marah aku kerana masih terbawa2 akan cerita match tersebut yang tidak boleh aku lupekan kerana ia antara turning point untuk musim ini.It's not just another game.It's a war, a war of physical and mental battle and also self-beliefe. Campbell, memang legend! Menutup mulut mereka yang ragu2 akan re-signing nya. Kalau ini liga kampung aku rasa Campbell dah mengamuk satu kampung lihat bagaimana reaksi dia selepas insiden tersebut dan jugak keberangan dia membuatkan pemain2 lawan kecut perut.Berderau darah.Fuller pun diherdik ketika cuba menyentuhnya.Muka bengis nak belasah orang ditujukan direct kepada Ryan Showcross(tiba2 diangkat jadi hero England, peranan berat sebelah media jika pemangsa adalah Englishman).Sol the soul jugak bertanggungjawab bersama2 Clichy dan kapten Fabtastic dalam menaikkan kembali moral pemain2 di akhir perlawanan dengan mengembalikan 'The Huddle' ke dalam kem Arsenal-suatu yang pernah dihidupkan kembali oleh Billy Gallas.

Persembahan terbaik Clichy musim ini setelah kembali dari kecederaan.Berjaya belajar dari kesilapan dan jiwa kacau yang diciptanya sendiri di St Andrews 2 tahun lepas.Lebih tenang dan matang menyerap tekanan dan menenangkan Mael dan rakan2 lain yang jelas terkejut.Fabregas, persembahan penuh inspirasi.Terlibat dalam ketiga2 gol.2 assist dan penalti yang cool di saat2 genting.Tidak gentar akan Sorensen walaupun pernah gagal menewaskannya daripada sepakan penalti di awal musim .Semakin hari dia semakin menjadi Mr Arsenal, dan kepimpinannya terbina serta lahir sendiri melalui aksi semulajadinya.Aku menambah merit kepadanya dengan aksi menyuruh Si Pulis mulut kuali itu untuk diam dan tutup mulut di minit2 akhir perlawanan.Classic! Mael, banyak belajar apabila bergandingan dengan orang berpengalaman seperti Campbell dan walaupun antara orang yang kelihatan paling trauma, sambutan golnya ala2 menghampiri Marco Tardelli pada final World Cup 82, cukup untuk melambangkan keseluruhan emosi ketika itu.Apapun bukan mereka sahaja, kesemua pemain malam itu termasuk coaching staff, physio, penyokong, kesemuanya terbaik.Ternaik adreanalin! Proud to be a Gooner!



 
 
 
  
 
 
  
 
 


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Before nie ramai yg meragui keupayaan Fabregas sbg pemimpin . Walaupun dia bukanlah dilahirkan dgn bakat pemimpin semulajadi namun peningkatannya dlm leadership skill meningkat dari hari ke hari dan buktinya di padang ngeri Britannia! Dunia moden pada hari ini skill boleh dipelajari bukannya a gift semata-mata. Samada nak atau tak nak jer… Get well soon Ramsey..! Best of luck to all arsenal players! Dptkan trofy season nih! Slmt bergumbira lah arsenal fan…

gula-gula berkata...

nicee..nk nagis aku tgk dorg huddle..