Selasa, 9 Februari 2010

Highlight + Clichy + Gosip Sorensen

Highlight match Ahad lepas untuk dinilai dan dianalisis.Sebenarnya kita mampu dapatkan result yang lebih dari pulang tangan kosong jika Wenger dapatkan taktiknya tepat dari awal perlawanan.Selain dari perkara menyenaraikan Walcott sebagai starter, memberi kepercayaan kepada Clichy yang masih off form juga boleh dikira kesilapan percaturan.Lihat bagaimana Clichy yang kurang disiplin terlibat dalam kedua2 gol tersebut.Pertama memberi free kick yang tidak perlu di kawasan yang memberi ancaman.Hasilnya, Walcott terpaksa menanduk keluar untuk corner.Kedua, dia pada mulanya menjaga bhagian kiri tiang tapi kerana entah apa hantu yang masuk kepala dia, bola belum lagi keluar kawasan bahaya dia dah mengular merayau ke tempat lain meninggalkan Almunia hopeless, dan lamunan Song yang membiarkan Drogba tidak dikawal jugak tak membantu.Ketiga, dia terperangkap dan keliru dengan positioning antara dia dan Mael,akibatnya Arsenal sekali lagi dihukum melalui counter attack.Counter attack kini dah jadi umpama senjata makan tuan bagi Arsenal.3 gol bolos dari 2 perlawanan berpunca dari suatu yang biasanya jadi kelebihan pada kita.



Nampak agak bodoh untuk aku perkatakan benda ini tapi kalaulah Wenger mengikut instinct seperti line up aku itu hari dengan memasukkan Campbell atau Eboue ,mungkin perkara ini takkan terjadi.Tapi segalanya mungkin,mungkin lebih teruk dari tu jugak tapi siapa tahu.Enough is enough cuma yang diharapkan sudah cukuplah dengan lack of defending dan kesilapan2 yang dilakukan berulang kali.Wenger perlu lebih tegas untuk menanamkan disiplin di kalangan pemain.Cuba menandatangani Sorensen pada deadline day memberi isyarat bahawa dia jugak sedar akan kebadutan yang menimpa di gawangnya, tapi kegagalan merealisasikan signing itu berlaku sebenarnya mungkin jugak mampu memberi isyarat yang salah pada Almunia,takut2 dia terima dengan cara negatif, jadi lebih moral down.Interview sebelum post match, Wenger menceritakan bagaimana Almunia meletakkan begitu banyak tekanan pada diri sendiri,kepayahan menjadi keeper BPL, manakala Fabianski pulak dikatakan ada beberapa kes dengan Chelsea.Tanda2 ini membuktikan dengan lebih kuat bahawa Wenger sudah mula hilang keyakinan dengan barisan penjaga golnya.Jika segalanya tidak berjalan lancar, impian kita selama ni mungkin akan terlaksana-mendapat keeper baru summer nanti.

Di saat2 genting macam ini, kita memerlukan semua pemain agar fokus dan kuatkan semangat.Menentang Liverpool, Porto, baki liga, baki musim adalah masih relevan dan sangat2 menarik untuk ditonton jika anda adalah peminat tegar Arsenal!


3 ulasan:

Unknown berkata...

well said bro.. clichy outform.. bubuh eboue lagi baek.. sagna lak kejenye crossing tapi mana ade target man.. acabin kemetot tu mana la nak sambut bola lambung.. bendtner lak lambat dimasukkan..

walcot pulak lebih kpd mengekang asshole cole.. sbb sama2 laju.. adeh.. sakit hati tu sakit hati jugak.. tapi sokong tetap sokong.. kamon gooners.. shows your true blood..

majid berkata...

Aku tak kira..aku cuma nampak arsahavin spoil selepas kena cium dengan masherano..bila bola dekat keeper dier kejo..bola pada defend ataupun ade peluang kejo,dier tengok je..aku mintak2 dier takde,sllu miss bola..bola first kena counter sbb dier..korang tak setuju..terpulang.hahaha.sebab kawan2 aku ramai tak setuju dengan aku..

RM berkata...

aku supporter arsenal since 10 tahun lepas.. tapi lately ni aku rasa arsenal dah mula ilang taring.. habis generasi henry, viera, pires dan abg2 sedare aku yang lain tu, aku rasa generase cesc fab, van persie and arcabin tak mampu mengembalikan kehebatan lalu... tapi, personally, bukan player yang salah lately ni, aku rasa arsenal perlu berani beri peluang kpd new manager.... bg aku new manager akan lahirkan new and strong arsenal... aku vote for jose mourinho!!! demi memastikan semangat meriam terus menyala, jomlah ramai2 kita sokong new manager for arsenal... idup dan mati bersama arsenal!!! adios shahenry...