Isnin, 1 Februari 2010

Deadline day : Wenger sudah pilih jalan berisiko

Aku percaya ramai yang tak sanggup nak tengok, tapi lihat dan analisislah ke mana hala tuju kita selepas ini..Harap ini persembahan terburuk terakhir.


Transfer deadline.Tingkap perpindahan akan ditutup sebentar sahaja lagi.Antara transfer yang paling hambar dan kita sebagai peminat Arsenal pastinya cukup2 kecewa dengan janji2 manis Wenger sebelum ini.Dari bulan 12 itu hari lagi janji nak angkat striker untuk ganti RVP tapi Bendi telah dianggap signing  baru.Ok , aku dah lali dah dengan segala alasan tu cuma aku sedikit terguris, kita memang tau Wenger takkan sign siapa2 lagi dah tapi press conference sebelum match bertemu United benar2 mengguris perasan aku seperti memperbodohkan fan.Ade ke kita boleh percaya dia ada tergerak hati untuk angkat telefon dan dial nombor David Villa, dia cuma mahu bermain2 dengan media yang nakkan cara2/gosip2/main2 macam tu. Lebih baik dia tak memetik nama player2 yang kita tahu dia takkan beli sebab memang sakit hati memandangkan Wenger tahu kita tahu dia ada duit,dia jugak tahu fan tergila2kan dan dahagakan signing macam tu tapi untuk keluar statement macam tu bagai memerli dan mempermainkan penyokong.Maaf gua agak emosi dalam hal ini.

Gua lebih rela dia diam, tak pun sign jelah siapa2 pun tak kesahlah ko nak budak Bolivia yang tipu No Ic tu ke takpun si Chamakh untuk pra kontrak musim depan-yang pada gua dah lewat takde guna untuk kita ceriakan buat masa ni- sebab kami tahu ape jugak kesudahannya, kita masih terikat dengan polisi bajet.Kalau di dunia luar, lebih mahal kita beli, lebih  banyak point boleh kita redeem tapi di Arsenal Football Club, Wenger beli paling murah , atau yang percuma lagi banyak 'point' BOD bagi!  Jadi dengan skuad yang sedia ada,lu  jangan macam2 Wenger. Man City Spurs pun ade pergerakan, kita ade peluang untuk mengubah kedudukan dan situasi yang kita hadapi sekarang seawal bulan yang lepas lagi tapi Wenger sudah bikin berani mengambil risiko.Jadi Wenger perlu bertanggungjawab atas keyakinan alam mayanya dan pemain2 pulak eloklah cepat2 membalas kepercayaan Wenger sebelum bencana lebih teruk menimpa.Di akhir post conference yang sugul semalam, Wenger menghentam persembahan naif daripada pemain2nya sendiri dan mengatakan Arsenal perlu sesuatu yang 'istimewa' untuk kekal memberi cabaran.Apakah yang tersangat 'istimewa' tersebut wahai Wenger, keluarkanlah dari topi ajaibmun,,,

Tup tup.. Keluarlah Campbell.ermm..setakat ini nice one.Tapi sebenarnya kalau boleh aku harap yang lebih lagi.. Tak keluarkan dari topi pun keluarkanlah jembalang2 yang menumpang dalam diri player2 kita kerana ada sesetengah player kita yang nampak berjalan2 macam zombie kampung pisang pun ada malam tadi, tak melawan, tak bersemangat! Kita sebagai pemain ke 12 perlu berdiri bukan sahaja di belakang, tapi di keliling pasukan kita ini kiri kanan atas bawah depan belakang tenggara  barat daya semua kita kena pukul habis, tunjukkan pada mereka apa ertinya menyarung jersery Arsenal! Jika Ini pemain yang kita ada sekarang, inilah Arsenal kita sekarang!(walaupun sesetengahnya sukar diterima logika akal) Apa2 yang terjadi kita jangan sesekali lari dari medan perang kerana gudang senjata ini  masih lagi boleh mengegar biarpun letupannya kadang kala berbunyi PON...PON... bagai abang Kasim.Dari tegak bersimpuh baik rebah merempuh!


6 ulasan:

jintanmanis berkata...

perhh..penutup superb la..

bace ayat ko pasal wenger nk rase cm nak nanges..mcm sorang ayah yg nak bahagiakan anak die tp xmampu buat apa utk kbhagiaan anaknye..

kyo_9 berkata...

abang kasim mane lak tuh??
yeah.. penutup memang terbaik~

Tanpa Nama berkata...

Arsenal amat bermakna pada saya. Saat saya mengalami saat-saat sukar dalam hidup, saya bangkit kembali dan Arsenal menjadi salah satu element kebangkitan saya… Kekalahan demi kekalahan Arsenal saya terus bersabar dan bersikap positif sehinggalah malam semlam kotak kesabaran saya pecah berkecai….
Saya ingin meluahkan apa yang terbuku dihati dan diminda saya disini… bersama peminat yang turut menyayangi Arsenal…
STATIC HASILNYA PATHETIC….
Falsafah football Prof cukup unik. Tiada siapa menafikannya. Walau bagaimanapun falsafah yang unik akan menjadi sampah andainya ia bersifat static. Kembali kepada perkara asas. Seorang businessman tidak akan maju jikalau mengamalkan pemikiran static. Bahasa juga tidak akan berkembang jikalau bersifat static. Dalam ilmu kejuruteraan, equation for static is always equal to zero. Kok mana pun ditambah tolak, must equal to zero. Analisis game2 lepas ada satu jawapan mudah yang menjadi punca Arsenal di ‘outplayed’  Tactician AW terlalu static! Bolehkah AW memenangi sesuatu dengan cara permainan yang sama? Mustahil! Dalam bola sepak moden sekarang, yang banyak menggunakan kebijaksanaan minda , strategi dinamik amat2 diperlukan. Saya setuju kita mempertahankan corak permainan ‘beautiful football’ , ‘free flowing football’ yang menjadi identity Arsenal namun ianya mestilah diadabtasi mengikut situasi semasa. Janganlah disebabkan kita begitu poyo, bangga dengan permainan kita sehingga kita dimalukan sedemikian rupa. Bukan itu sahaja, strategi static yang diamalkan membuatkan orang diluar sana mencerca dan mentertawakan kita dan secara tidak langsung kebodohan, kedegilan kita menyebabkan identity ‘beautiful football’ kita dina! Pathetic…
~NuNur14~

Gunners & Roses berkata...

Terimakasih kepada saudara jintanmanis dan Kyo_9.Satu pandangan bernas dan ikhlas dari encik anonimos dalam mengaplikasikan prinsip kejuruteraan ke dalam falsafah bola sepak kerana element2 di dalam kehidupan memang tak lari mana saling berkaitan antara satu sama lain.

Pada mulanya memang agak satu dimensi corak persembahan Arsenal short pass2 wenger ball yang cuba membuka ruang tembok pertahanan lawan mencari 'the perfect gol'.full back kita jugak diarahkan untuk overlapping dan hasilnya cross membabi buta di saat kita sampai ke kawasan 3/4 padang kita jadi mati akal buntu. Wenger memilih terlalu lama untuk menunggu sebelum membuat pertukaran bagi memvariasikan corak permainan Arsenal, di situ kita nampak ada perubaan dimensi dengan option pace dari Walcott dan fizikal dari Bendi.Taktikal telah dicubapakai dan agak lambat.Maka dengan itu yang menjadi masalahnya sekarang pemain2 kita tak 'up for it'.Kurangnya effort dari pemain2 Arsenal untuk bersaing dan mentaliti 'asal boleh' untuk layak top 4 yang menjadi tembok otak sekarang ni.

Pemain2 tak cukup desire takde nafsu serakah untuk mencapai yang lebih kerana apa, kerana mereka percaya mereka akan terus di'backing' wenger seteruk mana pun persembahan mereka.sesampah mana pun mereka(almnuia) mereka konfiden wenger akan tetap melaungkan keyakinan pada mereka.Itulah sebabnya di Anfield bila Wenger mengamuk pemain2 baru la terhegeh2 nak menggelabah, menggelupur.

Selain kurang winning mentaliti,kekurangan daya saing dari rakan sepasukan membuatkan perkembangan tak sihat.'oh its ok, aku main stakat ni jek, lepas ni pemain asal dah ok, aku duduk bench pun takpa as long status aku Arsenal pelayer'..ada sesetengah tu yang kurang bersungguh2 sekadar melepaskan kahak hijau di lif.Itulah sebabnya line up Arsene Wenger adalah predictable.kita sendiri boleh menjangkakan skuadnya dan taktikalnya(sub) apa pulak pihak lawan yang lebih pro.Takkan setiap kali lepas match arsenal nak kena maki macam marah budak2 walaupun memang betul kelab kita ramai dengan limpahan budak2 berbakat.Bakat sahaja tak cukup tanpa usaha dan apa faktor2 yang boleh push ke arah itu ialah management.Ketegasan management dan keberanaian mengambil tindakan SERTA MERTA terhadap salah laku pemain di dalam atau di luar padang mungkin boleh menghantar isyarat bahawa tempat mereka bukan automatik dan 'no one is bigger than the club'."Kalau lu nak main2 masa main lu boleh pergi cari majikan lain kerana Arsenal adalah majikan lu sekarang jadi lu kene respect cara Arsenal dan bertindak sebagai pemain Arsenal dengan profesionalism 100%++." mungkin itu boleh kut.

Apa pun anonimus NuNur14 dan rakan2 sekalian, positiflah, kerana roller coaster yang kita naiki sekarang mungkin sedang di peringkat yang baru jek buat2 kita pening muntah hijau, ada kelab lain dan kita sendiri pernah satu ketika lebih teruk senarionya sampai ada yang terjun rollercoaster mati semua.paling kurang sebaik-baiknya, cubalah kita menikmati perasan keseronokan roller coaster ni baru kita dapat feel apa perasaan menjadi sebahaigan daripada penumpang perjalanan menarik ni.

Tanpa Nama berkata...

Time kaseh response yg panjang dr owner blog....

Errr, Encik GNR saya bukan encik... saya LADY, Nur....

Gunners & Roses berkata...

ooo..ekk...err ok lah kalau begtu cik noni sempenan aNONImos..heheh. apepun cik/puan Nur. terimakaseh kerana sudi memeriahkan arsenalaysia.Bangga ketemu Hawa yang begitu passsionate dengan bola.