Isnin, 1 Februari 2010

Kenapa Astro Asyik tayang siaran Ulangan..

Seperti siaran2 lain.Astro ni memang suka tayang replay.Ini macam aku pernah tengok, semi final champions league tahun lepas bukan? Eh lain la..ini Live, pertunjukan sarkas labah2 terbang dari Almunia.kahkahkah.. aku seperti anda sekalian memang tengah kecewa sama jugak seperti Kesuma Dewa yang beberapa kali di talian ketika match sedang berlangsung.Tapi aku masih lagi tidaklah berhasrat memanggil kepala Wenger, kerana aku masih percaya dia ada sesuatu yang 'unik' dalam diri dia untuk terus kekal sebagai Pengurus Arsenal.Tapi pada aku match malam tadi menunjukkan kegoblokan dan kegelabahan kita.Setiap kali kita kalah dalam match besar, kita akan kalah besar.Itulah karekter yang nampak sangat kurang pada pemain2 yang dikatakan dah berpengalaman ni.Beberapa pemain  menunjukkan mereka care pada Arsenal dan beberapa mereka sangat2 mengecewakan. Fabregas Gallas Song Mael pasti tertanya2 bagaimanalah mereka diketemukan dengan teammates semacam ini.Arshavin perlu menyalahkan diri sendiri kerana mempersia2kan peluang untuk mendapat 1st gol yang diketahui penting dalam match macam ni.Nasri mengecewakan, defendingnya teruk, Denilson adalah penumpang dan satu pembaziran.Dan main culprit pada malam ini tak lain dan tak bukan gua nak mengkambinghitamkan dia jugak pedulik apa dengan KPA, Kelab Peminat Almunia.Arsenal will not be the number 1 as long as Almunia is our number 1.FACT! tak perlulah aku ulas lebih lanjut dengan persembahannya kerana aku pasti anda jugak menonton match yang sama.Jadi next big game, Porto? Not..Stamford Bridge masih tempat y ng perlu dilawati tapi sesuai ke tak sesuai lawat sekarang, itu player yang jawab atas padang.

Jadi kekalahan malam ini bermakna kita semakin jauh ditinggalkan pendahulu, sesuatu senario yang kita sangat2 takut untuk jangkakan.Tapi realitinya itulah bola sepak, baru minggu lepas kita di atas, minggu ini kita di bawah pulak, minggu depan2? Ini jugak bermakna plan 8 mata yang aku katakan kelayakan minimam untuk Arsenal muncul juara liga tidak akan tercapai.Jika kedua2nya menang sekalipun maksimum hanya 7 mata.Muncul juara? relalitinya , sangat2 sukar,tipis tapi tak mustahil.Tapi aku tetap beringat, bukan kerana piala aku menyokong Arsenal, tapi kerana keunikan dan keseniannya dan kerana...arghh camne nak cakap, sebabnya senang, sebab Arsenal adalah Arsenal.Jika aku nak jadi glory hunter baik aku sokong Rangers ke Celtic  ke yang kompom dapat piala takpun bergilir2 antara meraka.I like this feelings and emotions..kecewa jugak suatu yang indah! hayatilah... =)

P/S : Tinggal kurang 24 jam untuk Wenger menyelamatkan siket maruahnya dan menceriakan penyokong2 yang cukup frust malam ini.Sebelum Tingkap ditutup,buat la satu kejutan, baru la lebih dramatik Le Prof oi....


2 ulasan:

guest berkata...

tunggu gua punya post match plak kahkah

gula-gula berkata...

buang almunia, denilson. tambah yang meyakinkan sikit. denilson dah lama develope, tp naik ciput je performance die. wat abih boreh jo.

almunia tu baik manone yg main. keeper arsenal sak2 semue.