Selasa, 2 Februari 2010

Pemain Arsenal perlu digertak!

Oleh kerana suasana hambar di kem Arsenal ketika deadline day(sesuatu yang dah dijangka) jadi tiada bahan untuk diterbitkan.

Terlebih dahulu terimakasih atas segala komen yang membina dan maaf kalau tidak berkesempatan untuk membalas kesmuanya cuma kali ini gua tertarik dengan komen panjang Encik Anonimus dalam posting sebelum ini dan rasa terpanggil untuk memberi pendapat aku pulak.Oleh kerana pendapat yang agak panjang biarpun pendapatan yang tak banyak mana(haha apa kaitan) jadi aku 'paste'kan di sini untuk dikongsi bersama.


Terimakasih kepada saudara jintanmanis dan Kyo_9.Satu pandangan bernas dan ikhlas dari encik anonimos dalam mengaplikasikan prinsip kejuruteraan ke dalam falsafah bola sepak kerana element2 di dalam kehidupan memang tak lari mana saling berkaitan antara satu sama lain.

Pada mulanya memang agak satu dimensi corak persembahan Arsenal short pass2 wenger ball yang cuba membuka ruang tembok pertahanan lawan mencari 'the perfect gol'.full back kita jugak diarahkan untuk overlapping dan hasilnya cross membabi buta di saat kita sampai ke kawasan 3/4 padang kita jadi mati akal buntu. Wenger memilih terlalu lama untuk menunggu sebelum membuat pertukaran bagi memvariasikan corak permainan Arsenal, di situ kita nampak ada perubaan dimensi dengan option pace dari Walcott dan fizikal dari Bendi.Taktikal telah dicubapakai dan agak lambat.Maka dengan itu yang menjadi masalahnya sekarang pemain2 kita tak 'up for it'.Kurangnya effort dari pemain2 Arsenal untuk bersaing dan mentaliti 'asal boleh' untuk layak top 4 yang menjadi tembok otak sekarang ni.

Pemain2 tak cukup desire takde nafsu serakah untuk mencapai yang lebih kerana apa, kerana mereka percaya mereka akan terus di'backing' wenger seteruk mana pun persembahan mereka.sesampah mana pun mereka(almnuia) mereka konfiden wenger akan tetap melaungkan keyakinan pada mereka.Itulah sebabnya di Anfield bila Wenger mengamuk pemain2 baru la terhegeh2 nak menggelabah, menggelupur.

Selain kurang winning mentaliti,kekurangan daya saing dari rakan sepasukan membuatkan perkembangan tak sihat.'oh its ok, aku main stakat ni jek, lepas ni pemain asal dah ok, aku duduk bench pun takpa as long status aku Arsenal pelayer'..ada sesetengah tu yang kurang bersungguh2 sekadar melepaskan kahak hijau di lif.Itulah sebabnya line up Arsene Wenger adalah predictable.kita sendiri boleh menjangkakan skuadnya dan taktikalnya(sub) apa pulak pihak lawan yang lebih pro.Takkan setiap kali lepas match arsenal nak kena maki macam marah budak2 walaupun memang betul kelab kita ramai dengan limpahan budak2 berbakat.Bakat sahaja tak cukup tanpa usaha dan apa faktor2 yang boleh push ke arah itu ialah management.Ketegasan management dan keberanaian mengambil tindakan SERTA MERTA terhadap salah laku pemain di dalam atau di luar padang mungkin boleh menghantar isyarat bahawa tempat mereka bukan automatik dan 'no one is bigger than the club'."Kalau lu nak main2 masa main lu boleh pergi cari majikan lain kerana Arsenal adalah majikan lu sekarang jadi lu kene respect cara Arsenal dan bertindak sebagai pemain Arsenal dengan profesionalism 100%++." mungkin itu boleh kut.

Apa pun anonimus NuNur14 dan rakan2 sekalian, positiflah, kerana roller coaster yang kita naiki sekarang mungkin sedang di peringkat yang baru jek buat2 kita pening muntah hijau, ada kelab lain dan kita sendiri pernah satu ketika lebih teruk senarionya sampai ada yang terjun rollercoaster mati semua.paling kurang sebaik-baiknya, cubalah kita menikmati perasan keseronokan roller coaster ni baru kita dapat feel apa perasaan menjadi sebahagian daripada penumpang perjalanan menarik ni.


2 ulasan:

NuNur berkata...

Salam…

time kaseh response yg panjang dari owner blog..

Season-season lepas saya juga berpandangan begitu. Budak2 arsenal terlalu dimanjakan, banyak lemak! Tak independent! Terlalu bergantung dengan AW. Walau secanggih sehebat mana pun system itu, berjaya atau tidak system tersebut bergantung pada individu atau pasukan yang meng’handle’nya. Itulah sebabnya saya boleh bersabar fan lain mengutuk, mencerca Arsenal, pemain atau pengurus tapi level amarah saya akan naik secara mendadak bercampur sedih jikalau mereka mencerca falsafah dan system kita. Buat apa salahkan system bagai salah nyamuk seekor habis kelambu dibakar!

Inilah kerugian yang Arsenal kena tanggung kerana memiliki pemain-pemain yang mahu mengecapi kejayaan dengan cara mudah. Betapa bodohnya mereka apabila Tuhan menganugerahkan bakat2 hebat tetapi tidak berusaha mengoptimumkan bakat tersebut. Malang sungguh Arsenal… Malang sungguh cesc, vermaelen and song memiliki teammate serperti ini… Menjadi duri dalam daging! Malang sungguh AW tapi rasanya Prof memalangkan diri sendiri dan hanya membiarkan dirinya dimalangkan. (tak mengapalah kot…Dia bukannya tak ader kuase…) Lebih malang fan-fan di Afrika yang sanggup berhabis duit, mengikat perut semata-mata menyokong mereka… saya masih tidak faham bagaimana AW tetap boleh bersabar… MasyaAllah tinggi sungguh aras kesabaran AW! Sabarmu dikagumi!

Walaupun kebenciaan saya pd kayu bergunung2 dan saya tidak berapa gemar dengan pendekatan hair dryer yang diamalkan ferguson, namun jikalau ianya memberi impak yang positif kepada pemain Arsenal apa salahnya sekali sekala Wenger mengimplementasikannya di kem Arsenal.

jintanmanis berkata...

setuju ngan nur...hi..leh kenalan?ape emel fbook?