Khamis, 8 Oktober 2009

Sol Train

Bukannya lawan flem mengarut Soul Plane, tapi ape yang ingin diceritakan adalah Sol Campbell bekas pemain Arsenal yang quit Notts Country melarikan diri dari Errikson melahirkan keinginannya untuk kembali ke Arsenal kepada Arsene Wenger dalam satu pertemuan makan tengah hari di Emirates baru2 ini.

Campbell mengaku dah takde kelab tapi Notts Country belum secara rasmi melepaskannya jadi ikut peraturan fifa dia tak boleh bermain untuk mane2 kelab sehingga perpindahan Januari dibuka nanti.Tapi yang penting bagi nadi belakang 03/04 dan penjaring final 06, ialah mengekalkan fitness seperimana Beckham pernah buat dahulu, tumpang berlatih dan menggunakan facilities canggih di Emirates.Kenapa tak pilih Stadium atau pasukan Spuds, pasukan asalnya? Hahah dah tentu jawapannya stadium yang buruk dan mentaliti rendah pasukan yang perasan hebat takkan membawa kecergasannya ke mana2.Nampaknya Arsenal dan wenger masih tetap di hati bekas2 playernya? Err..semua ka?Ada la satu dua yang tanggang tonggang.

Arsenal menaruh harapan untuk mengikat Campbell? bukan style Wenger tapi cerita2 Viera dan Henry kembali memungkinkan ade peluang untuk kita melihat Wenger bekerjasama dengan bekas2 anak muridnya tapi kalau Sol, di manakah nak tarok? Macam mana dengan Jozan dan Sanderos? malah apakah Sup Campbell lebih sedap dari Silvestre Setelor? Jadi peluang tipis, hanya sekadar tumpang berlatih, amat dialukan2.

Dengar cerita Walcott jadi remaja balik apabila hanya diberi kepercayaan oleh si psycho Stuart Pearce dalam England U21 ketika Don Capello lebih berminat untuk membiarkan Walcott terlebih dahulu membuktikan kecergasannya.Walaupun England dah layak, dan perlawanan menentang Ukraine hanya sebagai pemanas badan, Capello tetap mahukan skuad yang terbaik - biarpun dengan Beckham yang berjambang ala2 wukong.


1 ulasan:

rashiD berkata...

kamal,
diorg ni pesal skang baru nak balik arsenal..
mase tgh2 naik..