Jumaat, 9 Oktober 2009

Fabregas bebas.


4-3-3.Ape nak dikata dengan formasi baru ini.Formasi yang membuatkan Arsenal lebi bernafsu dan efektif di bahagian serangan dengan kemampuan2 pemain masing2 dimaksimakan sebaik mungkin dalam posisi yang sepatutnya.13 penjaring gol berlainan telah muncul melalui taktikal ini.Lepas Walcott, Fabregas pulak yang memuji keberanian Arsene Wenger melakukan reformasi dan memberikan peluang kepada para pemainnya enjoy main bola.

Dengan role baru ini Fabregas rasa lebih 'bebas'.gandingan 3 midfield meletakkan Song sebagai anchor perisai di hadapan back 4.Dulu arsenal style, 4-4-2, Fabregas bergandingan bersama macam2 nama spt Gilberto, Flamini, Denilson.Di awal pembelajarannya sebaik mula memikul tugas ditinggalkan Viera dia dibiarkan Wenger menyesuaikan diri dari deep position untuk link bersama player lain di sekelilingnya.Perlahan perlahan Fabregas membina 'pengaruh' dari posisi itu.



Dan sepeninggalan Henry Wenger cenderung untuk bergantung harap pada target man dalam posisi 4-2-3-1.Fizikal bekas Mat Togo itu memungkinkan die menjadi seorang target man yang baik tapi kebodohan dia seringkali gagal dalam jerat ayam perangkap offside serring mengecewakan dan mengganggu game plan.RVP pulak tidak biasa dengan role bersendirian dii atas sana kerana dia jenis player yang suka masuk,suka cabaran, dan suka melibatkan diri, menunggu bola sampai di atas bukan stylenya.Bendi mungkin, tapi masih baru dan perlu banyak belajar.Itulah sebabnya dalam posisi itu, Fabregas yang diletakkan di belakang striker kelihatan tersepit kerana kekreatifannya sebagai provider terbatas.Mungkin Nasri lebih natural untuk role dalam formasi tersebut tapi kecederaan Rosicky menariknya menjadi wide player.Namun kemasukan Arshavin memberi option jika Wenger berfikir untuk menggunakan formasi itu kembali.Tapi dari situ sebenarnya ia biasanya lebih ditransform menjadi 4-5-1 mengikut situasi semasa.

Cuma bila 4-3-3 ni , yang aku perasam adalah kurangnya overlap dari kedua2 bek kita baik Clchy mahupun Sagna berbanding dengan yang lepas2.Mungkin kerana perlu berhati2 atau kuragnya cover dari bahagian flank midfield.Tapi bab serangan, 3 yang kat atas tu kalau kreatif, laju,berkarisma dan ada joga bognito,perghh memang sedap tengok.Dan kita ada ramai offensive player yang mampu mengadunkan satu persembahan mantap.

Tak kisahlah ape jua taktik dan formasi sekalipun, 4-4-2, , 4-2-3-1, 4-5-1, mahupun 4-3-3, aku percaya Arsenal kini berkeupayaan untuk mengisi slot pemain2 di setiap posisi dengan watak dan kebolehan meraka. Cuma yang menggusarkan di Arsenal ialah player tak pernah nak buat 'gathering' maksud aku, list kecederaan tak pernah kosong, silih berganti keluar masuk wad.Jadi ia menyukarkan sedikit la perancangan untuk mendapat kesebelasan utama terbaik.Tapi bila dilihat balik wow..dengan nama2 yang ada atas kertas, atas padang, unit serangan kita mungkin antara yang terbaik di BPL takpun Eropah.Firewall dan perisai diperlukan untuk memberi keseimbangan kepada unit pertahanan.

P/S:Arsenal.Com merasmikan website untuk USA branch.Tapi kalau dilihat, apa gunanya, bahasa dah sama, tapi inilah marketing dan komersial.Bahasa Siam dah ada, Bila Bahasa Melayu pulak.AFCM, bila nak melobi??


0 ulasan: