Sabtu, 10 Oktober 2009

Internationaleleh part berapa entah.

Internationaleleh mendatangkan malam minggu yang suram tapi memberi peluang pada kaki bola untuk merehatkan diri dari dunia bola sepak BPL tapi jangan lupa piala Malaysia.hhuhu, walau bagaimanapun , dengan England dan Spain telah layak, mungkin perlawanan Germany menentang Russia yang diketuai oleh Arshavin menarik untuk ditonton selain ambil tahu hala tuju pasukan struggle seperti France dan Argentina.Alamak, Mael, sayang pulak tatkala dia dapat armband, pasukannya Belgium dah pun sah takde harapan ke Afrika.Tak mengapa, masa depan mamat Belgium ni cerah dan sapa tahu dengan leadership semulajadi yang dah ditunjukkan semasa muda di peringkat kelab dan antarabangsa, satu hari nanti Mael mungkin akan menggalas tugas yang sama di Arsenal.= jika benar seorang pemuda bakal pulang ke kampung halaman.Oh tidak~

Arsene Wenger ingin melarikan diri dari dikejar bayangan gelap Viera.Orang kata, selepas jual Viera , Arsenal tak menang piala, jadi tugas besar untuk Wenger membuktikan yang segala kritikan adalah salah.Jadi adakah, anda rasa Viera bakal kembali, dan ape pulak agaknya kate orang jika Arsenal berjaya memenangi piala musim ini dengan kehadiran Viera, pasti Wenger terpaksa tahan telinga kerana dikatakan degil.Walhal mungkin sumbangan Viera terhad sebagai mentor Song tapi tidak dinafikan X factornya.Oleh itu aku rasa secara peribadi, Wenger tetap nak buktikan penjualan Viera bukanlah silap dan perpindahan yang digembar gemburkan takkan berlaku jika wenger yang kukenal ini memang degil.itu hanya teori peribadi aku..


0 ulasan: