Isnin, 12 Oktober 2009

Sanderos,Vela bikin Wenger tertekan.

Sekitar Internationaleleh 2 3 hari lepas.Sanderos dan Vela adalah nama2 yang jarang mendapat peluang untuk bermain dalam skuad utama Arsenal musim ini tapi jarang ketinggalan beraksi di peringkat antarabangsa mendapat kepercayaan jurulatih negara masing2.Kedua2nya telah menjaringkan gol dengan Vela mengesahkan tempat Mexico ke Afrika dengan menambah jaringan ke 4 ke atas El Salvador.Dan kejutan adalah dari sanderos yang beraksi ala2 Zidane ketika final World Cup 98 dengan 2 tandukan menghasilkan jaringan ke atas Luxembourg(biarpun kita tahu status pertahan Luxembourg) tapi sumbangan Sanderos telah cukup mendekatkan mereka ke benua Afrika.Gallas pun score tapi itu perkara normal sebagai otai.Tapi dengan persembahan cemerlang dan sering dapat call up walaupun tak main, adakah Wenger boleh menutup sebelah mata dan sanggupkah mereka menunggu lama untuk mendapat peluang membuktikan sumbangan yang mampu diberikan terutama sekali Vela.



Tapi adakah Sanderos cukup bagus dan berpuas hati dalam ranking pertahanan sekarang di belakang Silvestre(sebab Jozan cedera)? Gallas-Mael..perghh.Ya memang tak logik untuk kita mengacau gandingan yang sedia ada kerana jika sesuatu barang itu tak rosak, buat apa kita nak memandai2 ubah? Lagipun sanderos-Gallas hampir2 untuk sampai,tapi tak cukup membanggakan lastnya, Silvestre-Sanderos??Toksah sebut langsung..Tapi kita tak pernah disajikan dengan gandingan Sanderos Mael..Jadi ape kata jika Gallas terpaksa injured nanti, kita cuba dulu gandingan Sanderos Mael, mana tau boleh menjelma balik bayangan 05/06 dari si badut ni.Lagipun ada ura2 Gallas taknak sambung kontrak, dan ada ura2 pura2 dan jauh sekali nak menjadi iaitu Puyuh ops Puyol nak dipancing Arsenal.Jadi sepertimana kita tahu style Wenger yang tak amek readymade star, mungkin Sanderos boleh menjadi kes Flamini kedua iaitu bermain bersemangat waja gila2 sampai on form walaupun summer sebeleum tu puas Arsenal cari kelab untuk jual dia terutama ke Birmingham City.Sama laa macam kes Sanderos ni, Arsenal gagal cari buyer dan Sanderos sendiri tak nampak masa depan di Arsenal, silap2 pindah jugak dia January ni, tapi secara jujur aku tak kesah dan lebih lega rasanya.Hahahaha..kejam?Double standard? bukan apa.. dah banyak kali peluang dibagi tapi tak nampak peningkatan langsung dan kenapa Milan tak nak sambung kontraknya menjadi permanent dah cukup membuktikan yang dia tetap tak berubah walaupun setahun diberi pembelajaran oversea.Sanderos adalah pemain pertahanan yang bagus, sangat bagus di harinya tapi selalunya tak cukup bagus untuk handle tekanan di kelab besar seperti Arsenal.JIka dia nak buktikan sebaliknya, baik untuk dirinya, baik untuk Arsenal, itu yang terbaik!



Ape yang dirisaukan adalah situasi Carlos Vela.Vela world class! Bintang masa depan biarpun hanya sedikit sahaja aksinya bersama skuad utama Arsenal tapi dia dilihat terlalu bagus untuk bermain dengan skuad Carling Cup jadi aku risau dia terpaksa meninggalkan Arsenal ketika tidak sempat mencuba.Wenger mesti berani guna vela lebih banyak sepertimana Mexico memaksimakan kudratnya walaupun masih muda, tapi dah jadi nama wajib skuad kebangsaan.Jadi jika anda suruh pick up satu nama bintang muda yang bakal menyinar di Afrika nanti, aku tak segan silu memilih Vela.Impaknya dalam piala Concacaf lepas memang terasa pada skuad Mexico.Walaupun dihujani perlbagai spekulasi kecederaan, Vela bangkit dengan persembahan cukup bertenaga tapi sayangnya MPV dapat pada pemain dari kelab poyo Spurs yang kini hanya merempat di Ipswich Town.Persoalannya berapa lama Vela mampu bersabar melihat player pada ketika umur sepertinya seperti Faregas dan Messi dah pun jadi orang penting bagi kelab dan sampai bila Arsene Wenger mampu menjaga mexican magic ini.Aku secara peribadi biar ape pun, jangan sesekali lepaskan Vela dan bagi Vela sendiri, perlulah memilih perjalanan karier yang terbaik dan aku tak nampak tempat selain di Arsenal.

P/S: Gibbs pun score jugak tatkala Senior mereka tersungkur.Peluang Walcott perli Capello.


0 ulasan: