Selasa, 13 Oktober 2009

"Czech mate/ Cesc mate"

Terlebih dahulu agak sayu seketika dan terpikir bagaimana agaknya Arsenal selepas ini tanpa Arsene Wenger setelah membaca artikel mengatakan Wenger takkan terlibat dalam pemilihan penggantinya.Adakah Arsenal akan kekal dengan corak yang sama tanpa Arsene kerana kedua2nya bagai isi dan kuku yang tak boleh dipisahkan.Ape pun Arsenal tetap Arsenal dan Wenger tidak akan berada di sini selamanya, itu kita terpaksa akui.Masanya akan tiba, dan janji Arsene adalah tibanya hari itu, skuad yang akan ditinggalkan adalah dalam bentuk yang mantap dan terbaik untuk penggantinya menyambung legacy.

Ok.Ape kene mengena dengan checkmate di sebelah ini, bukan tapi sebenarnya Czech mate yakni Rosicky.Seronok membaca apabila mengetahui perhubungan pemain2 bukan sahaja erat di dalam padang secara profesional tapi malah bagai adik beradik jugak di luar sana sama seperti geng2 lepak dan teman rapat.Itulah yang diluahkan oleh Fabregas apabila bercerita tentang Rosicky.Fabregas menceritakan bagaimana dia bertemu Rosicky setiap hari sepanjang tempoh pemain Czech itu injured hampir 2 tahun dan rasa bangga dengan kepulangan teman baiknya yang dianggap new signing.

Cesc teruja dengan semangat Rosicky yang tak pernah putus asa dan sentiasa percaya akan kemampuan diri untuk kembali bermain malah dari Rosicky jugak dia memperoleh semangat ketika terlantar 3 bulan kecederaan ligamen lutut tahun lepas.Pemain 29 tahun itu katanya lagi dijadikan modal insan oleh rakan2 sepasukan lain terutama bagi yang muda2 sebagai ikon profesionalisme.Cuma yang gua masih tertunggu2 sama ada beranikah Wenger hendak menawarkan kontrak lanjutan kepada Rosicky yang..errr kita sedia maklum kondisi kesihatannya bagaimana. Harapanku agar kontraknya disambung kerana Rosicky adalah... Rosicky.Untuk kembali bermain tatkala pernah satu ketika terowong di depan hitam gelap adalah suatu yang menakjubkan dan perlukan dedikasi yang jitu dan aku harap Wenger membalas balik segala usaha dengan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi.Arsenal perlukan Rosicky sepertimana Rosicky perlukan Arsenal.



P/S: Pantang player meletup siket, dikaitkan dengan Arsenal.huhu..kini giliran pendahulu Bundesliga terpaksa melayan rumors striker mereka Stefan Kiessling. yang dikatakan menjadi buruan Wenger selama 4 tahun.


0 ulasan: