Khamis, 15 Oktober 2009

Afrika, mereka yang kempunan..


Sekitar kelayakan Piala Dunia Afrika 2010.Selepas Mael,Ramsey, Fabianski dan Rosicky, Eduardo jugak terpaksa menerima perit dan pahit apabila gagal melayakkan diri bersama Crotia ke Afrika tahun depan.Kemenangan 2-1 Crotia ke atas Kazakhstan tidak bermakna apabila Ukraine dengan selumber membelasah Andorra 6-0.Crotia terpaksa menerima kesan kekalahan 2 kali kepada England-yang pernah disingkirkan pada kelayakan Euro- benar2 memberi musibah kepada mereka.Sayang sekali Piala Dunia tanpa Eduardo dan Rosicky kerana mereka berdua ni memang menghiburkan untuk ditonton cuma lagi malang kerana kedua2 ni jugak terlepas Euro08 akibat kecederaan dan kini terpaksa berputih mata menanggung kegagalan pasukan kebangsaan masing2.Eduardo sendiri tak terlibat banyak pun dalam kempen kelayakan kali ini,begitu juga dengan Rosicky jadi ia pasti sukar ditelan.Jika umur mengizinkan,Euro12 untuk mereka mungkin.Namun yang positifnya diharap kegagalan bersama pasukan negara meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menumpukan perhatian dan berjaya dengan Arsenal musim ini.

Dalam senarai menunggu kerana flight ke Afrika delayed adalah pemain2 France Gallas, Diaby,Sagna,Clichy,Nasri, bintang Russia Andrei Arshavin dan juga Alex Song untuk Cameroon.Mereka akan berentap dalam pusingan kalah mati demi survival dan maruah negara masing2.Namun lawan2 yang menanti seperti Ireland, Slovenia, Ukraine, Bosnia-Herzegovina mahupun Gabon bukanlah calang2 pasukan.

Pemain2 Arsenal yang telah menempah hotel di Afrika Selatan pula terdiri dari Bendi, Fabregas,Walcott, Van Persie, Eboue serta Carlos Vela.Diharap agar tiada sebarang kecederaan yang memaksa mereka 'check-out' sebelum sempat menginap di hotel masing2.


0 ulasan: