Selasa, 6 Oktober 2009

Walcott sanjung Fabregas



Meskipun kehadiran bekas pemegang nombor jerseynya dan juga bekas ketua pasukan, Theo Wallcott lebih memilih untuk bercerita mengenai kaptennya sekarang dan juga pemain terbaik perlawanan Ahad lalu, Cesc Fabregas.TW14 memuji kecemerlangan skipper Arsenal sambil menegaskan kalau dia main macam lawan Blackburn dalam setiap perlawanan selepas ini, dia percaya Fabregas bakal menjadi 'the unstoppable' yakni sukar dikekang malah defender lawan terkangkang2.

4-3-3 Kelihatan sesuai dengan penampilan dan ability Walcott.Dia boleh menggunakan pace nya dengan lebih bebas bergerak ke atas di samping bermain dalam wide position. Apepun gandingan trio Arshavin Persie Rosicky adalah gandingan yang sangat2 menghiburkan untuk ditonton.Kemasukan Walcott menjanjikan satu dimensi yang berlainan dari sudut kepantasan.Tu belum campur teknik Vela dan Nasri lagi.

Bagi dirinya pula, Walcott amat berbesar hati dapat kembali dan menjaringkan gol sepantas itu adalah satu bonus buat dirinya.Menceritakan pengalaman bosan dan perit ketika berada di sideline, TW14 melahirkan rasa bertuah kerana dapat kembali bermain ola sepak dengan sebuah team yang bermain bola sepak dengan cukup cantik. Tapi kalau boleh, targetnya season ini bukan hanya untuk kelab sahaja, malah negara pun die maw sapu habis.Ayoyoyo..itu internationaleleh telah kembali, bikin kacau juga..form tengah meningkat.Harap2 takde yang kembali dengan kecederaan atau kesihatan yang terganggu.

Sementara itu , Defender Spain 17 tahun Ignasi Miquel , telah mengikat tali pertunangan dengan Arsenal apabila menandatangani kontrak profesional.2 kali bermain reserve, dan sering kali muncul dalam skuad bawah 18 tahun Steve Bould, Miquel akan bersedia dengan cabaran baru dalam kerjaya bola sepaknya dan tak ade tempat lain yang lebih bagus bagi bakat muda sepertinya selain Arsenal.Semoga berjaya.Oh ya, skuad reserve kita telah 'mengajar' skuad reserve Chelsea bagaimana bermain bola di peringkat akar umbi.Untuk bab pertama ini, Sanchez Watt dan Craig Eastmond menunjukkan teknik menjaringkan gol pada Joe Cole n co.Bab kedua bakal menyusul.

6-2 adalah mesej yang besar dan bermakna kepada semua lawan di luar sana.Tapi janganlah kita terlalu dibuai dengan kemenangan selsea ini. Perjalanan masih jauh, konsitensi memainkan kunci kepada kejayaan dalam sesebuah liga.Simpan ia di atas aka Keep it up!! heheh..


0 ulasan: