Ahad, 25 Oktober 2009

Pre Match: Ajar Zola main bola

Wenger hanya boleh melahirkan rasa simpati dan hormat sahaja terhadap rakan sejawatannya di west hamster iaitu Gianfranco Zola.Di kelab yang sruggle dengan masalah kewangan dan kemungkinan besar mengalami takeover jugak seperti yang berlakau pada beberapa kelab sejak kebelakangan ini, Zola hanya maampu membawa pasukannya seri dua dan menang sekali biarpun cuba bermain bola sepak dengan cara yang sepatutnya.Aku tak banyak menonton west ham secara live musim ini kecuali lah ketika mereka bertemu Spurs dahulu.Biarpun bermain dengan cukup baik dan positif, berbeza dengan darah Italia nya yang terkenal dengan mentaliti kental bertahan , namun Zola gagal mengangkat komitmen dan kesungguhan playernya terutama pada malam itu di mana mereka tewas dengan cara yang memalukan sekali hasil kesilapan Carlton Cole. Dari situ kelihatan konfiden telah hilang.

Arsenal pulak sedang di awan biru.Hanya gol last minit di Belanda sahaja yang menjadi blunder kepada rekod Arsenal jika tidak, 8 kemenangan berturut2 adalah suatu pencapaian yang membanggakan.Tapi malam ni tiada apa2 sentimen kerana keua2 pasukan memerlukan 3 mata yang penting, West Ham demi survival manakala Arsenal demi memastikan kita mencucuk rapat tidak tergelincir dari landasan kejuaraan.

Masalah kecederaan mengganggu perjalanan kedua2 pasukan untuk malam ini.Dean Ashton , Luis Boa Morte, Calum Davenport di senarai Zola tapi besar kemungkinan mendapat kembali khidmat Dyer yang pulih dan juga Scott Parker yang kembali dari penggantungan.Arsenal pulak turun tanpa Eduardo Rosicky walcott denilson Jozan.Bendi akan di'scan' dulu.Nasri belum cukup bersedia.Wenger jugak mempunyai masalah baru apabila buat perama kali mempunyai 3 keeper musim ini.Aku menjangkakan Manone akan kekal dengan Almunia sebagai timbalan dan Fabianski terpaksa menanti peluang untuk sekurang2nya malam ini.

------------Manone-------------
Sagna---Gallas--Mael-----Clichy
-----------Song----------------
-----Eboue------Fabregas--Diaby
---------RVP-----Arshavin-----

West Ham 1- Arsenal 2 Astro ESPN 1210 am.

P/S : Arsene WEnger mendedahkan dia sentiasa memikirkan untuk membawa pulang Matthew Upson sejak dari dulu lagi.Namun mungkin 'keajaiban' Sanderos menjadi penghalang.huhu..


0 ulasan: