Khamis, 22 Oktober 2009

Mentera 'Samir'ah padi



Seri di AZ Alkmaar jugak membawa seri di Telford United di mana pasukan simpanan juga hanya mampu seri menentang serigala Wolverhampton 2-2.Namun yang menambah seri sebenar adalah kepulangan Samir Nasri(58 minit) dan Fabianski(90 minit).Tiada yang lebih bersemangat dari semangat semerah padi kedua2 pemain terutama Nasri yang pulih dari patah kaki 3 bulan yang lalu.Kini segala memori hitam dilettakkan di belakangnya dan pastinya perasaan tidak sabar2 semakin membuak2 untuk membantu 1st team.Samir Nasri dijangka diturunkan ketika carling cup bertemu Liverpool minggu depan.Tapi pattern di Arsenal yang merisaukan adalah, kecederaan yang silih berganti, kita pernah kehilangan Nasri yang kini kembali, tapi dalam masa yang sama kita perlu menerima kehilangan semula Walcott.Entah bila masalah ni akan selesai tapi bagai dah diatur untuk memberi ruang dan peluang kepada pemain masing2.

Agak menarik bagaimana Wenger akan menggunakan sumber yang ada terutama di barisan tengah apbila pilihannya makin bertambah dan masing2 punya watak dan peranan yang berbeza.Apa yang pasti, dengan kepulangan Samir, mungkin peluang Diaby agak limited-sesuatu yang seperti ditunggu2 penyokong Arsenal- harap Diaby muhasabah diri dan memperbaiki corak permainannya yang kurang konsisten dengan adanya saingan.Perlu diingat, Denilson masih diluar, Merida mencucuk rapat, Wilshere dan Ramsey bila2 masa mengintai peluang.Masa depan yang menarik di Arsenal.



"I think we are stronger this year because now we are more mature, we are one year older and the team hasn’t changed a lot so we know each other and that is really good for the season." Samir Nasri


0 ulasan: