Sabtu, 18 Julai 2009

Dah nak start + belangkasuwa SuperMokh

Sebelum tu mari kita bergelak dengan lawak sinis ni.hahahahaha..Klik untuk baca dan besarkan imej.

Lupekanlah dulu tentang tarik tali Adebayor sebentar, kerana apa yang lebih penting ialah malam nanti bermulalah episod baru musim 09/10 dengan kick off pre sesason.Entah sejak bila bagai mula menjadi tradisi, Arsenal akan memulakan pra musim dengan perlawanan persahabatan menentang Barnet di Underhill 11 malam ini.Jika nasib baik dan keadaan mengizinkan , mungkin rakan2 kita mampu menyediakan link2 streaming live untuk kita menyaksikan kelibat pemain2 Arsenal.Ape cerita mereka setelah lama bercuti, memebela perutkah atau membina badan seperti Abou Diaby.Tapi yang pasti menjadi perhatian dan tumpuan malam nanti pastinya Thomas Duo. Thomas Rosicky dan signing baru Thomas Varmaelen. Almunia Arshavin dan Gallas turut tersenarai manakala pemain lain dibarisi dengan player reserve.Teka diorang pakai jersey away baru ke home malam ni?



Untuk match malam nanti mungkin hanya sebagai pemanas badan dan meddan mempertajamkan fitness kerana kalau nak tahu taktik dan strategi ape yang bakal digunapakai Wenger musim depan pastinya belum boleh dicongak lagi kerana kebanyakan 1st team player tidak disenaraikan untuk match malam nanti.

Skuad penuh:

Manuel Almunia
Vito Mannone
William Gallas
Johan Djourou
Mikael Silvestre
Thomas Vermaelen
Tomas Rosicky
Andrey Arshavin
Jack Wilshere
Thomas Cruise
Craig Eastmond
Luke Ayling
Conor Henderson
Francis Coquelin
Jay Emmanuel-Thomas
Mark Randall
Emmanuel Frimpong
Gilles Sunu
Sanchez Watt
Jay Simpson
Nacer Barazite

Sedang Arsenal hanya menjalani ujian di sekitar Eropah, lain pula dengan sebuah kelab yang sibuk mencari marketing melalui perlawanan persahabtan di Asia.Petang nanti skuad negara bawah K Rajagopal bakal berdepan dengan ManUtd di Bukit Jalil.Aku harap agar persembahan skuad negara tidak mengecewakan dan mampu memberi saingan.Kali terakhir mereka hadir, kita dimalukan 6 bijik itupun mereka masih bersorak keriangan.Walaupun belum lahir ke dunia ini dan hanya mengetahu sejarah, tetapi aku amat berbangga dengan pencapaian skuad negara mampu menewaskan Arsenal pada tahun 1975 tak silap.Ketika itu Malaysia menang 2-0 kedua2nya disumbangkan oleh Allahyarham Mokhtar Dahari aka SuperMokh.Itu sudah cukup membuktikan bola sepak kita dahulu di peringkat mana.Aku masih menunggu ada antara generasi pemain Malaysia untuk step up jika tidak mlebihi pun, biarlah menyamai pencapaian setanding dengan lagenda bola sepak negara.Semoga kesungguhan dan kegemilangan Allahyarham Mokhtar mampu menjadi inspirasi dan semangat kepada barisan pemain negara kini dan masa depan.Bermula petang ini mungkin..

Allahyarham Mokhtar Dahari ( 1953-1991) Al-Fatihah..


0 ulasan: