Khamis, 16 Julai 2009

Adebyebye

Walaupun baru cerita2 panas tanpa laporan rasmi tapi entah mengapa aku betul2 rase inilah masanya.Kali ini,aku yakin sepenuh hati,Adebayor pemain 'kesayangan' ramai akan melangkah keluar dari Stadium Emirates dan bermula detik itu pasti ada 'dendam kesumat' yang bakal kita saksikan sebaik sahaja perpindahan dari merah ke biru yang kini hanya menunggu pengunguman rasmi.Medical dah pass, work permit(tak tau pulak kene ade work permit walaupun pindah domestik jek) pun dah lulus.Mungkin paling awal ,dalam masa 24 jam ni kita akan dapat menyaksikan itupun jika anda ingin saksikan, BAKAL BEKAS pemain Arsenal Adebayor memperagakan jersey Etihad.

Dan perpindahan ini pastinya menjadi perpindahan yang paling pantas dan lancar di mana tak siapa sangka akhirnya Mancis jugak yang menjadi destinasi Adebayor di sealik rumors2 Milan,Barca,Porto,Manu.Mudah bagaikan kacang.Mancis ketuk pintu, Arsene sambut baik, Mancis bayor duit, Wenger kasi Ade.4 step.Lancar dan mudah.Di sinilah aku dapat tahu bahawa sebenarnya keputusan untuk 'berpisah' ini sebenarnya telah lama ditentukan sendiri oleh kedua2 pihak.Dan ini adalah win-win situation.25M bukanlah jumlah yang mngecewakan memandangkan harganya dulu 3M pound.Brapa banyak keuntungan yang kite perolehi.

Wenger bagai sudah membuat keputusan untuk hidup tanpa Adebayor seawal di akhir season lepas lagi di mana die claim pemain Togo itu injured(tapi boleh main pulak dgn Togo) tapi ramai yang tahu teori konspirasi di sebaliknya,Ade digugurkan atas masalah form-terutama sikap tak amek pedulik match semi UCL-Wenger dikatakan kecewa dengan attitude pemain Togo ini.Interview2 terbaru jugak tak banyak menampakkan bahawa Wenger benar2 ingin mengekalkan penjaring terbanyak Arsenal 07/08 itu dengan jawapan2 yang slumber."kalau Ade nak blah , die boleh blah tapi aku percaya dia akan stay" "Chamakh?aku minat tapi itupun kalau ade pemblahan".

Di pihak Adebayor pulak,hati dan perasaannya awal2 telah ditetapkan lagi dan interview bersama Football Focus May 2009 di akhir musim lepas, menguatkan lagi bukti bahawa Adebayor pada ketika itu hanya menghitung hari.Jarang untuk kita mendengar satu interview yang penuh dengan rasa kekecewaan terutama pada para penyokong.Adebayor dalam video di bawah ini bagai budak kecik yang bersungguh2 meluahkan perasaan dan mengadu mempersoalkan 'hukuman' oleh para peminat tanpa mempersoalkan mengapa sebenarnya penyokong dan peminat menghukum dirinya.Adebayor tak nampak itu semua, tidak mengakui kesilapan, jauh sekali meminta maaf.Di akhir interview it penemuramah ade mempersoalkan soalan maut kepada Adebayor kerana dilihat bergitu bersungguh2 meluahkan kekecewaan yang terpendam "anda nampak dah berputus asa?" Walaupun die menafikannya,kita semua boleh baca bahasa tubuh dan ape yang bermain di fikirannya, die memang da berputus asa.



Artikel ini bukan ditulis untuk memaki Adebayor yang cukuplah dimaki bertubi2 selama ini.Bukan jugak nak menyalahkan satu pihak sahaja kerana Ade juga hanya manusia biasa.Tidak terlepas dari kesilapan dan boleh dikatakan agak masih mentah dalam kehidupan.Hari2nya bersama Arsenal penuh dikawal emosi dan persekitaran.Banyak senario2 yang boleh dikaitkan terutama tragedi tibe2 menghantuk kepala Bendi.Begitu juga dengan perpindahan ke Mancis ini yang dilihat agak tergesa2 tanpa berfikir panjang.Kenapa City, tidak Barca atau Milan? kerana duit? mungkin juga tapi faktor utama pada pandangan aku ialah kerana die terlalu sensitif, tidak boleh ditegur, tidak tahan dimaki-Eboue relax jek- dan lantas dia ingin berambus cepat2 tidak kisahlah ke manapun asal tidak lagi kekal di Arsenal.Dan pilihnnya Mancis, salah satu kelab yang pasti akan bersaing dan perlu diberi perhatian.Dengan nafsu, desire dan dendam, Adebayor boleh menjadi ganas dan unpredictable dan tujuannya hanya satu, membuktikan kepada kita semua bahawa kita akan menyesal.-Sesuatu yang pasti takkan berlaku.The past is the past, it's you who chose your own path. We're still gonna be better with or without you.

Namun kita tak boleh lupa begitu sahaja jasa2 Adebayor dan moment of glory sepanjang 3 setengah musim bersama.Gol kemenangan di old kerepot, valley hebat menentang newkasut, goal of the sesason menentang spud, away goal Villareal antara memori cinta luka yang bakal dikenang.Terima kasih Ade atas segala memori indah ke buruk ke, kami amat hargai.Tariannya bersama Eboue pasti dirindui.



Jadi sebaik sahaja pengesahan rasmi daripada Arsenal.Com maka bermulalah episod baru bagi kedua2 pihak dan harap tiada lagi komplen2 atas keputusan yang telah ditentukan.Yang berlalu biarlah berlalu dan Arsenal akan memulakan dimensi baru dan kembali ke hari2 menjulang piala.Buat Adebayor, harap sentiasa sihat dan ceria dengan hidup baru tapi dia tak akan mendapat goodluck daripada Arsenalaysia atas dasar persaingan.Pastinya peminat2 hendak melihat ape reaksi Adebayor ketika berkunjung semula ke Emirates tapi kali ini dalam bilik persalinan pelawat.

Adebayor mungkin tak memenangi apa2 bersama Arsenal tapi Arsenal bakal memenangi sesuatu tanpa Adebayor.Itu pasti.


2 ulasan:

hairol berkata...

ha,ha,....
seronok bebenor aku mamat i dah nak bla.......25paund memang berbaloiii...boleh lah wenger guna duit tu utk beli DM yang mantop

Gunners & Roses berkata...

Harap wenger gune la duit tu sebaik mungkin, kalau die simpan camne pulak? hah..kan ke parah lagu tu.. huhuhu