Emosi, keghairahan, tekanan, kekecewaan, kegembiraan, kesangapan telah reda dan tarikan nafas panjang dihembuskan menandakan kita mampu berehat dari musim bola sepak Eropah BPL khususnya.Tapi yang muncul dan menjadi tembok pemikiran kita sekarang pula adalah tanda tanya.Penuh dengan persoalan dan teka teki yang kalau dipikirkan sangat mampu mengembalikan tekanan.Itulah akibat gosip perpindahan atau dalam bahasa saintifiknya transfer rumors.Macam2 yang boleh diedengar, gosip, mulalah cerita sana cerita sini, org ni puji sana , org ni puji sini, org ni suruh orang tu diam, orang ni pulak memang diam tbe2 pokok yang bergoyang itulah lumrah sensasi media.Ade yang persis, ade yang tak masuk akal langsung. Tapi aku rase musim perpindahan kali ini akan menjadi antara yang paling aktif, dengan manager bersilih ganti, owner baru kelab, player2 relegate dipancing bermain di tahap yang lebih tinggi, jual beli kelab dan tak kurang juga perpindahan nama2 besar tak kurang juga nama2 overrated.
Di kem Arsenal pula segala2nya berjalan dengan lancar seperti tiada apa, kononnye la sebab itulah cara Arsenal beroperasi, sentiasa meyakinkan peminat dan orang di luar sana tidak ada ape2 yang perlu dirisaukan.Tapi tup2.. pergi seorang 2 muka lama atau mungkin bintang yang tak disangka2, dan diganti entah siapa2 pulak tu tapi bakal menjadi ternama atau tak berjenama.Ya memang banyak berita2 dan rumors yang telah tersebar , kalau aku listkan disini memang takkan habis, kadang2 tu player berulang kali pernah dikaitkan seperti semua player boleh dikaitkan ke Arsenal tapi akan ade naluri hati yang berkata Arsenal takkan dapat punya, mane arsenal mampu, buat ape beli dia ni, itulah yang datang setiap kali berita2 baru muncul.Pendek kate Transfer rumors aku akui memberi sedikit tekanan dan pengharapan jika diikuti.Jadi untuk tidak terikut2 dengan rentak tarian media, aku hanya akan ambil pusing bila Arsenal kelihatan betul2 serius dalam transfer tersebut.Jadi sekarang aku tak nampak pun ape2 yang Arsenal betul2 tengah serius. Siapa yang keluar pun aku tak tahu, siapa yang masuk pun aku tak dapat jangka.Keluar mungkin dalam 3 4 orang (jual, kontrak, loan etc) yang masuk jangan terkejut kalau maximum 2 orang jek.
Jangan berharap dan berpegang pada kate2 Wenger " aku dah cukup player tak berpengalaman, aku akan cari berpengalaman" biasanya Wenger akan lakukan yang kontra daripada yang pernah diucapkan.Bukan sekali dua dah, tiap2 tahun.Namun dengan bajet pun yang tak diketahui jumlahnya, anda boleh serahkan kepercayaan kepada Wenger kerana die masih lagi dalam kategori waras terhadap nilai duit tersebut dan akan hanya berbelanja jika ianya kelihatan setimpal.Lihatlah cara die mengheret transfer Arshavin dan Nasri yang makan berbulan2, jika die kate nak beli harge tu, harge tu laa jugak takdenye die sanggup ikut jadi pak turut dengan duit2 gila ni semua, dan permainan psikologi memang die juara..heret punya heret sampai si penjual tu rase rugi pulak tak jual mase ni.Tapi kadang2 ikut nasib jugak, macam beli buah lah, ade yang elok ade yang buruk.Wenger jugak pernah tersilap percaturan dalam transfer, bukan semuanya berbaloi pun tapi statistik yang positif masih menyebelahi Profesor.Kita patut berbangga dengan ape yang kita ade sekarang adalah hasil daripada sumber yang sedia ada.Team yang paling berbaloi, biarpun harga keseluruhannya tak seberapa tapi mampu bersaing di peringkat paling tinggi malah mampu kalahkan team yang berbilion2 ringgit.
Jadi ape sebenarnya tujuan artikel ni ditulis kalau tiada gosip2 liar dimuatkan disini?? Aku hanya nak menyatakan yang rumors2 dah bermula dan makin hangat dan awas, jangan begitu berharap! Apa yang boleh diharapkan agar Wenger dapat yang terbaik dari pasaran, tak kisahlah pasaran gelap ke cerah.Tapi tahun ni instinct aku ade kejutan, at least kita sedia maklum Wenger kali ni bukan lagi keseorangan, Gazidis lebih pakar..Selamat bergosip!!!
Akan diupdate gosip, rumors jika rasa senang dan lapang hati..
P/S : Update kecederaan, RVP akan menjalani pembedahan gigi punca kecederaan otot selama ni, Eduardo akan kembali dalam masa 2 minggu, aku harap Arsenal dapat elakkannya dari beraksi dengan Crotia, bukan masa yang sesuai untuk mengambil risiko lagi.
Isnin, 1 Jun 2009
Pindah randah??
9:33 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan