Tidak cukup dengan pendedahan tergempar oleh bekas kapten William Gallas, kini seorang lagi bekas kapten Arsenal yang disanjungi membuka mulut dan menceritakan lebih kurang ape yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir Arsenal.Apakah realistik dan perlunya pendedahan ini, membuka pekung di dada? mencari publisiti ? atau ia adalah jalan yang terbaik bagi menyebarkan kebenaran kepada semua khususnya pada para peminat yang duduk penuh dalam 1001 persoalan.Setiap perkara ada pro dan kontranya, terpulang pada perspektif masing2 bagaimana untuk menilai kejujuran Adams yang mengambil berat tentang bekas kelab dan sentiasa menjadi kelab kesayangannya.
Yang ingin dicoretkan di sini iadalah pendedahan Adams bahawa Arsenal ni memang takde duit.Jadi betul la khabar2 yang mengatakan Arsenal hanya ditawarkan serendah 13M sahaja.Berita ini bukan baru, Arsenal memang dijangka bakal berdepan dengan masalah ini untuk tempoh 4 5 tahun lagi atau lebih lama akibat hutang pembinaan stadium baru manakala penjualan lembap Highbury Square juga tak banyak membantu.Itulah sebabnya saban tahun ade sahaja player yang terpaksa dilepaskan demi menjanakan kembali wang transfer,pusing modal. Mungkin salah satu faktor Arsene Wenger gila dengan polisi pemain belia remaja adalah kerana bukan sahaja faktor bakat malah prospek harga apabila tempoh matang seseorang player itu pasti meningkat kerana umur yang muda+bakat yang hebat, jadi harga boleh demand tinggi.Inilah realiti, bola sepak kini adalah satu industri..Sejauh mana sesebuah kelab tu mampu survive dengan source yang ada, dan Arsene Wenger telah membantu Arsenal melalui peringkat2 'kritikal' ini.
Tak cukup dengan itu, Adams juga mendedahkan Arsene Wenger tidaklah mendapat full back up daripada barisan para BOD seperti yang diwar-warkan.Malah setahu Adams, ade seorang ahli BOD yang tidak pro-Arsene.Namun Arsene tetap bersabar dan terus menjalankan kerja seperti biasa.Malah siap puji dan sanggup memanipulasikan fakta bahawa dia mendapat sokongan penuh BOD dan ada duit.Backing player pun dah jadi satu hal bagi Arsene Wenger.Arsene Wenger cakap kalau nak kritik dia, dia boleh terima tapi kalau kritik player, memang dia tak boleh terima dan merupakan satu penghinaan, sampai macam tu sekali.Segalanya positif, itulah yang dia mahukan.Dia mahukan semua orang di luar sana nampak yang Arsenal sebagai sebuah kelab yang stabil dan positif tapi realitinya hanya dalaman sahaja yang tahu.
Mungkin itulah sebabnya Arsene Wenger mendedahkan dia pernah berhubungan dengan presiden baru Real Madrid Florentino Perez, tapi sekadar sahaja nak test water, kalau2 BOD tak melatah mungkin inlah masanya dia lompat kapal.Banyak benar sebenarnya perasaan dan emosi yang terpendam di lubuk hati tua si profesor tapi dari riak wajahnya yang tenang dan kadang2 berkerut, hati mana yang tak terguris dengan situasi yang semacam ini, segala kesalahan diletakkan dibahunya, bila mintak duit lebeh sket, tak bagi.Bod tak support. Jadi Arsene Wenger terpaksa la menjual 'barang2 terpakai yang berjenama' untuk terus hidup.
Itulah serba sedikit kesimpulan daripada apa yang kalau betul diceritakan oleh Abang Tony kita. Abang Tony yang baru dipecat dari Pompey beberapa bulan kini juga merupakan jantan terhangat di pasaran dengan kelab2 seperti Celtic dikatakan sedang memburunya tapi dinafikan Adams sendiri.Buat masa ini dia saja2 tolong Arsenal jadi scout part time dan destinasinya? Italy!!!
Tak habis lagi, Adams juga sempat bocor satu cerita tentang bakal player baru Arsenal nanti.Ikuti wawancara di bawah:
"Aku dah pergi Italy.Orang Italy ni tak suka travel tapi kalau Arsenal dapat sediakan duit yang sepatutnya siapa tahu tapi macam kita tahu sekarang ni Arsenal memang ade masalah duit"
"Pasal Thomas(Vermaelen), die seorang player yang bagus tapi aku rase belum cukup sedia la dengan Arsenal.Aku rase penyokong pun dah tak sanggup lagi nak tengok player saiz s ke m kat Arsenal.Tapi aku pun tak tahu akhirnya Wenger beli ke tak player size L, tengok laa bajet macam mane."
"Aku dah usha gak Liga Belanda tapi tak capai standard la.Lemau.Ade la seorang dua tapi diorang dah merantau awal2 lagi"
"Aku rase Arsenal perlukan element suntikan di dua2 belah aa atacking dengan defensive sekali.Tapi pertahanan aa, itu Arsene sedniri mengaku.
"Sagna kematian abang, persembahan die lepas tu memang terjejas, Clichy pulak cedera lepas dah bermati-matian.gallas pun tak de kat situ jadi 3 orang player penting dah hilang kat situ."
"Itulah nampak macam tak seimbang.Aku suke Alex Song, aku rase die meningkat tapi aku rase Arsenal perlukan dalam 2 orang holding players"
Arsene Wenger dikatakan memang akan mendengar pandangan ikhlas Abang Tony tapi ade satu dua situasi lampau diimbas kembali Abang Tony tentang bagaimana Wenger degil dan tak dengar cakap.
"Aku hargai sokongan dan kalau ade cara nak balas balik jasa dan boleh aku tolong mane2 aku akan cuba tolong.Dalam masa 4 bulan ni lepas dari tragedi Pompey, aku ada mengular kat Eropah.Aku banayk tengok game kat Spain dengan France."
"Kalau nak diceritakan balik masa aku kat Feynoord dulu2 aku selalu jek sempat tengok Liga Perancis malam Jumaat.Ade satu situasi tu aku tengah tengok match Monaco lawan Lille kebetulan Adebayor main untuk Monaco.Lepas tu Wenger tanye aku pasal player yang main kat belah kiri malam tu iaitu Adebayor, aku cakap Tak payah beli!!Last2 die beli jugak, adoyai panas hati.Aku usha match kat Germany, aku cakap jangan beli si Rosicky ni, lerrr.. die pergi beli jugak!!! "
Hahaha.. Terima kasih Abang Tony kerana sempat berkongsi secebis pengalaman bersama.Setidak-tidaknya kita dapat tahu ape sebenarnya yang berlaku di kelab kesayangan kita dan boleh dapat hint siapa dan posisi apa yang tengah cuba dipancing Wenger.Daripada hint Abang Tony tadi posisi ade 2 iaitu CB dan DM.CB dari Italy yang sedang dalam perhatian, adakah Giorgio Chiellini seperti yang digembar gemburkan selama ini? Atau Wenger terus berdegil dengan Abang Tony membeli player bersaiz kecik dan muda bergetah? Nanti siapa2 boleh lah tolong try listkan player2 Italy CB yang agak2 available dan bakal disambar Arsenal.Kalau Chiellini, nampaknya memang benarlah Arssenal terpaksa mengorbankan seorang 2 player dan paling berbaloi dijual sekarang ini pastinya Adebayor+Sanderos+Diaby.Tunggu dan lihat apa langkah seterusnya. DM? satu target telah pun terlepas ke tangan Mancis, semunya kerana duit, cakap nak main CL alih2 pergi ke kelab yang tak masuk CL malah Europa Leagu(dulu UEFA Cup) pun tak masuk.dah tentu kerana gaji.Macam lagu Kembara~Duit2 di mana kau duit.....
P/S: Nampaknya Abang Tony telah terdengar saranan sinis ustaz rock Akhil Hayy, 'Siapa2 ada masalah boleh lah mengadu di stesen tv' keh keh keh..
Rabu, 3 Jun 2009
Apabila Tony Adams pula buka mulut.
6:19 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan