Sabtu, 30 Mei 2009

Ape cerita 08/09


Ape khabar orang kampung.. teringat aku lagu Allahyarham Sudirman. jadi apa khabar peminat2 Arsenal di luar sana? Bagaimanakah anda menghabiskan 'summer' ni(celah bile Malaysia ada 4 musim..huhu) Hujung minggu pasti terisi dengan aktiviti2 lain bersama keluarga, kawan2 ataupun menonton liga Malaysia di saluran RTM.Musim 2008/2009 telah tamat hanya menanti pemenang piala FA malam ni saja.Bagi Arsenal, bukanlah musim yang dibanggakan dan tidak perlu dikecewakan sangat, tidak sampai tahap memalukan (Newkasut). Bagaimana anda menilai pencapaian Arsenal musim ini? Siapakah mungkin pemain terbaik sepanjang musim? Apekah match pilihan anda, gol terbaik? Apekah keputusan paling mengejutkan? Anda nilai dan pilih sendiri.

Walaupun bermula dengan agak buruk dan terumbang ambing dalam persaingan liga( 5 kalah daripada 14 game pertama), tapi kita masih mampu melayakkan diri ke UCL melayakkan diri ke 2 semifinal kejohanan besar UCL dan FA. Ape yang hendak dimalukan sangat, kite telah sedia maklum skuad ini masih muda jadi tak hairanlah ini bakal menjadi pengajaran kepada Arsene Wenger. Memang awal2 lagi dari pra musim skuad ini tak cukup bagus dan berkualiti, kita downgrade midfield dari season lepas dengan kehilangan 4 pemain utama dalam Flamini,Hleb, Gilberto dan Rosicky.Adakah anda yakin Denilson Diaby Song Walcott Nasri dapat mengubah nasib ini sekelip mata? Masalahnya Wenger pun tak yakin.Mereka juga manusia biasa bukannye terminator.

Jika hendak bersaing, kite perlukan lebih FIZIKAL dan PENGALAMAN.. Tambah kedua-dua element ini kedalam skuad Arsenal melalui 2 3 muka baru,menyihatkan persaingan( bukan membunuh ya En. Wenger), pasti Arsenal akan menjadi pasukan untuk dipandang musim depan.Tapi Skuad belia kita dah mula menunjukkan taring. Kemarau piala 8 tahun berjaya dipecahkan dengan kemenangan piala FA buat Jack Wilshere dan rakan2.Pasukan wanita? tak payah cakap la, letak separuh team ke dalam team Newkasut pun mereka mampu stay dalam EPL.Kehebatan dan kejayaan mereka belia dan wanita ini bakal menjadi peniup semangat cabaran skuad senior.

Rakan baik Arsenal adalah kecederaan.Kita dan kecederaan memang sinonim, kadang2nya list sampai berhelai2 ms.Yang paling pelik adalah kecedearaan hamstring RoSICKy yang mengalahkan kecederaan parah Eduardo.Eduardo telah awal kembali dengan style tersendiri, namun Rosicky masih belum menyepak bola ketika itu.Kecederaan ligamen lutut Fabregas selama 3 bulan jugak merencatkan..errr tapi aku rase dalam 3 bulan kehilangan Fab tu Arsenal tak pernah tewas langsung rasenye.tapi seri jek memanjang. Adebayor jugak melalui musim yang pasang surut.Kecederaan Gallas di penghujung musim adalah tamparan hebat pada Arsenal yang terpaksa bergantung pada Mr. Potato Head dan Jozan.Ketiadaan Gallas menyebabkan benteng kite seperti rapuh.Almunia juga sering MC ketika match2 besar.

Kontroversi jugak tak boleh dipisahkan dengan Arsenal yang menjadi buruan media Britain hanya kerana Arsenal satu2nya kampung Perancis Di England.Berita pemecatan Wiliam Gallas memang menghangatkan suasana, Gallas kantoi rokok, Bendi londeh seluar dan Adebayor dengan 'beyonce'nya..itu semua hanya pewarna season ini.

Oleh itu, sebagai menyimpulkan musim ini, aku senaraikan pilihan aku mengikut kriteria2 berikut:

-Berita pasukan paling menngemparkan!
Gallas dilucut sebagai kapten setelah pendedahan kontroversi seorang player berumur 26 tahun yang tunjuk lagak otai.Sampai ke hari ini individu tersebut masih lagi misteri walaupun rata2 menuding jari kepada RVP.Tapi setelah digantikan Fabregas, Gallas merupakan tulang belakang pasukan dengan persembahan profesionalnya, mulut diam tapi kaki di padang tetap berjalan malah lebih cemerlang.Merupakan antara watak penting dalam larian marathon 2nd half liga dan rekod tanpa kalah 21 perlawanan.

-Match terbaik
Arsenal vs Manchester United di Emirates.Arsenal menang 2-1 hasil jaringan Nasri.Pada ketika itu semua menjangkakan Arsenal bakal struggle tapi persembahan pemain untuk membuktikan sebaliknya memang mengkagumkan.

-Match paling menyakitkan hati
Banyak tapi aku pilih lawan rival jiran tetangga Spurs thriler.Arsenal dah leading 4-2 dengan mase dah nak masuk minit ke 90.Song yang masuk sebagai sub siap boleh senyum2 dan akibat Clichy yang ter'slip'(patutla Gibbs pun tiru mentor die slip) Spurs berjaya merapatkan jurang, selang beberapa minit di mana Arsenal patut main simple tapi tak reti2 jugak..last2 4-4.Memang aku terkedu.Walaupun kite score last minit banyak tapi musim ni kite kene banyak jugak, Rafael mase lawan man U, lawan Villa, Liverpool.Aku terkedu.

-Unsung Hero
Aku memilih William Gallas.Tak dapat dinafikan gallas adalah tulang belakang dan pilihan utama di bahagian bawah sampai Toure pun request untuk di transfer.Walaupun defend kite merapu meraban tapi seperti aku bagitau di atas,pemecatan Gallas menyebabkan beliau kekurangan beban untuk dipikul dan dapat menumpukan 99% atas padang secara profesional(1% nak tumbuk muka team mates yang buat otai..haha takdelah) Jika tidak injured ketika bertemu Villareal, pastinya musim kite akan berbeza di penghujung, siapa tahu.

-Pembelian paling berbaloi
Arshavin la siapa lagi.Aku yakin ramai orang akan setuju dengan nama ni.Walaupun Nasri mencucuk rapat, tapi impak Arshavin cukup ketara menukar nasib Arsenal di 2nd half season.Tak dapat bayangkan jika transfer hari tu tersekat, di manakah kita.Die masih memegang rekod, setiap kali Arshavin start 1st eleven Arsenal belum pernah kalah.

-Pembelian paling membazir
Camne geng? siapa,Silvestre ke Amaury ...hahah.. Silvestre laaa, lagi rendah taraf dari badut Sanderos, satu2nya tiket die masuk Arsenal adalah kerana passportnya.

-Memori terindah
The return of Eduardo! emosi feeling die aku dapat kongsi bersama bila die kembali ke atas padang malah turut merakamkan 2 jaringan semasa debut kembalinya.Sebelum tu lagi semua mata dah tertumpu pada dia sehinggakan lawan Pompey reserve pun ramai yang menonton.

-Memori pahit.
Main semi final UCL tak macam main semi final.Biarpun tak elok surrender awal, tapi kita dah boleh tengok melalui bahasa tubuh player, mereka pun terkejut disingkirkan hanya dalam masa 10 minit.

-Keputusan Wenger paling mengejutkan.
Tak bawak masuk Arshavin 1st elven semi final FA menentang Chelsea.Alasannya ketika ditanya pemegang saham berkaitan isu itu, Wenger menjawab, die nak tengok sejauh mana skuadnya mampu bersaing dalam match besar tanpa Arshavin sebab nak bajet untuk taktik UCL! Memang bodoh dan mengecewakan betul jawapan yang aku dengar.Sekali lagi Wenger mempersendakan FA Cup dan membunuh satu2nya eluang untuk kita menghabiskan kemarau piala.

-Keputusan Wenger paling tepat.
Ikut cakap Gazidis, beli Arshavin.

-Situasi paling memalukan
Penonton boo Eboue dan pulang awal ketika player sedang berjuang di atas padang.

-Situasi pelik & lucu
boot pink Bendi dan tarian tak kesah la sape2.


-Pemain paling konsisten
Samir Nasri.Satu lagi pembelian hebat Wenger, lebih mobile dan direct berbanding Aleks Hleb, siapa tu?

-Peningkatan potensi paling menyerlah
Alex Song. Meningkat dari minit ke minit dalam satu game.boleh diharap di DM dan CB.Perlu lebih konsisten dan timba pengalaman lagi.Kalau dapat tambah speed lagi bagus.

-Pemain paling dungu
Diaby.Kerana mengikut peluang yang diberi, Diaby rata2 selalu mengecewakan dan bagai tak pernah belajar.

-Pemain paling memberi kesan
Arshavin.Semua tahu kenapa.

-Kambing hitam peminat
Adebayor.Ade ke takde musim ni same jek.Kalau dulu masih dengar2 ade peminat backing.Sekarang semuanya bagai merelakan kalau die nak cari destinasi lain.Lagi cepat lagi bagus.

-Goal of the season
Walaupun banyak, tapi bagi aku secara peribadi ini yang paling terbaik bila dicampur semua kriteria.Ade gaya, class, skill dan sejarah tersendiri..Menakjubkan




-Player of the Season
Robin Van Persie!!!! Musim paling cemerlang sepanjang menyarung jersey Arsenal.44 game 20 gol. Dan yang paling penting..BEBAS DARI KECEDERAAN terlampau.Player of the month Arsenal.com 3 bulan berturut2 tak silap aku, November, Disember dan Januari.Walaupun selepas kecederaan prestasinya agak terumbang ambing turun naik dan sering diletakkan berseorangan kat atas dan salah posisi di sebelah wide kiri, RVP menamatkan musim dengan bergaya melalui 2 jaringan di match terakhir bertemu Stoke.Antara player paling senior di Arsenal.Ade ciri2 kapten, teringat aku ketika Gibbs nampak begitu kecewa RVP orang pertama hadir berikan kata2 semangat.Semangat melawannya menunjukkan die ambil berat terhadap pasukan.Walaupun lagak gaya dan panas baran boleh tahan, tapi memang Arsenal perlukan lebih ramai player seperti itu agar sentiasa mendapat hormat dari lawan..Pendek kate Season ni RVP memang Terbaik dan Rock! Masih belum sign kontrak baru walaupun masih ade baki 2 tahun.Harap2 Wenger dapat kekalkan RVP untuk musim depan kerana kita sedar betapa pentingnya watak die dalam dan luar pasukan.


Ok jadi tamatlah sudah review ringkas untuk season ni.Semoga Season depan Arsenal Akan kembali dengan wajah baru yang lebih garang lagi.Agi Arsenal Agi Ngelaban!!


1 ulasan:

THEo WALLcott berkata...

ya bro..aku pun setuju robin van persie jadi pemain terbaik Arsenal musim ni.Dengan meledak 20 gol dan 15 assist dia memang layak dipilih jadi pemain terbaik.Aku pun dah undi dia kat Arsenal.com.Harap dia tambah lagi koleksi gol dia musim depan.All the best RVP.