Isnin, 4 Mei 2009

Wenger bukan nasionalis tapi GLOBALIS

Tau esok adalah match hidup mati peluang arsenal merangkul piala, tapi tarik nafas, relax, kite akan membincangkannye lebih terperinci dalam posting yang lain.Cuma nak berkongsi informasi tentang berita2 terkini yang melanda.

Tempoh hari anda oleh gelarkan mereka 2nd team, tapi mereka tetap menang selesa di tempat lawan.Tapi yang ingin dinyatakan di sini betapa sedar tak sedar Wenger telah membuat rekod mungkin dengan menurunkan 13 player berlaianan warganegara? Bukan Mawi yang world sebenarnya, Wenger lagi World..Senarai diambil dari online Gooner.

Fabianski – Poland
Sagna - France
Djourou - Switzerland
Song - Cameroon
Eboue - Ivory Coast
Walcott - England
Ramsey - Wales
Denilson - Brazil
Arshavin - Russia
Vela - Mexico
Bendtner - Denmark

Sub:
Bischoff - Portugal
Merida - Spain
Randall - England ( Jumlah player England paling ramai,2 orang.Siapa kate Wenger tak sayang Englishmen? heheh)

Pasal insiden penalti tempoh hari jugak, kita disaksikan dengan kejujuran Arshavin yang menafikan; foul tersebut tak patut diberi penalti.Tapi untuk mencoolkan keadaaan, secara diplomatik die menjawab foul2 sebelum ni ade jek yang patut diberikan penalti,jadi kire adil la kut.Die jugak bagitau yang die tak amek penalti bukan sebab dia yang dijatuhkan tapi hanya sebab bukan dia yang ditugaskan! kah kah...dah la lucu, jujur pulak, Harap dapat kekal lame di Arsenal.Pembelian paling hebat Wenger setelah Bobby dan merupakan sebab utama kecemerlangan dalam saingan domestik musim 2nd half.

Berita belakang Tadbir di mana Stan 'The Man' Kroenke berjaya memngembangkan penguasaan empayarnya di Arsenal dengan membeli lagi saham menjadikannya pemegang saham terbesar di Arsenal.Usmanov pastinya gigit jari.Biarpun kedua2nya mempunyai vision yang berbeza dari sudut kepentingan peribadi mungkin, tapi diharapkan misi untuk mengekalkan kestabilan Arsenal dan bola sepak dijadikan keutamaan.Kroenke juga dengar khabar dah menyerahkan budget perbelanjaan transfer sebanyak 40M untuk diuruskan Arsene Wenger Bulan depan.

Semakin hampir nak hujung2 musim ni mula lah cerita2 rumors.Ade yang ngin bayu , ade yang bertiup kencang.Tapi watak die mesti same jek, kalau tak Fabregas, Adebayor..kalo tak RVP, Walcott.. ni sekarang ni pulak Clichy Si Real nak intai.Aku tak nampak Clichy pakai jersey lain selain merah putih musim depan.Adebayor? aku tak pasti sangat die nak pakai jersey ape die punya suka lah, prestasi yoyonya tak membantu, 4 match terbaru ni selain daripada magic yang dicipta kat Villareal, Adebayor ni dari segi body laguage die dah macam tak amek peduli hal Arsenal.Mungkin krisis 'im going, im staying, im going' yang pernah didedahkan WEnger kembali bermain dalam jiwanya.Secara jujur untuk meneruskan kesinambungan dan rentak batch skuad ini, keupayaan fizikal Adebayor diperlukan tapi tak ade siapa yang tak boleh diganti.Kalau dah tak de hati, berhenti jek la, anda boleh pergi, kami suka anda pun suka.Win-win.Tiada siapa yang lebih besar dari kelab.BUkan sejarah lalu yang dijadikan ukuran tapi kesungguhan di atas padang yang perlu ditunjukkan terlebih dahulu.JIwa dan hati mestilah kena 'meriam'.Barula boleh nak sembang meriam.hahaha..

Dan dengar khabar, sebagai langkah awal, Wenger dah hantar Giles Grimandi pergi usha pemain kelab FC Sochaux Mevlüt Erdinç (tah camne sebut pun aku tak tau).Lain2 pilihan sebagai ganti ialah Santa Cruz yang melalui season yang hambar musim ni, pastinya menyesal tak pindah.Nak tengok aksi Mevlüt Erdinç? Tapi dalam Youtube orang tak gempaq pun boleh jadi macam-macam.


0 ulasan: