Cirit or die..Jadi di sinilah kita,Separuh Akhir Liga Juara2 Eropah 2nd leg, dan yang paling penting di Emirates Stadium.Mampukah Arsenal memadamkan deposit sebijik gol yang ditapaw Man U dari Old Kerepot minggu lepas. Stadium Emirates bakal menjadi saksi perlawanan terpenting di peringkat yang tertinggi setakat ini sejak sejarah pembinaannya.Mungkin satu hari nanti Emirates bakal menjadi tuan rumah final dan ketika itu Arsenal beraksi, hanya match impian seperti itu dapat menandingi event terbesar di Emirates esok, siapa tahu..
Berita pastinya memberikan harapan baru dan sinar pastinya kemunculan semula RVP yang disahkan akan tersenrai dalam skuad esok.Tidak cukup dengan itu, Silvestre juga disahkan pulih dan mampu memberikan option di bahagian defend.Namun yang paling penting dan ditunggu2 pastinya kemunculan big match player seperti Van Persie yang boleh mencipta magic dengan kelas tersendiri.Memandangkan Arshavin tidak dapat beraksi, RVP yang boleh mencipta peluang dan ruang sendiri bakal menambahkan sengat supaya lebih tajam dan berbisa.Ingat gol2 menentang Liverpool dan Chelsea yang superB? RVP melalui bulan yang cukup menakjubkan sepanjang November Disember dan Januari.Merupakan penyerang penting dan 9 assist nya dalam liga adalah paling tinggi di kalangan player Arsenal.Tahniah RVP, selamat kembali.
Wenger sebelum ini masih berteka teki dengan pemilihan pemainnya kerana die hendak membiarkan di saat2 akhir untuk mengetahui siapa yang available.Dengan kemunculan RVP dan Silvestre peminat2 dah berkira dan buat analisis sendiri siapa bakal diturunkan profesor dan paling penting formasi apa? Wenger pastinya dalam percaturan sama ada hendak 'Gung ho' bermati-matian menyerang dan mengambil risiko man u dengan counter attack mereka atau 'park a bus' depan kotak penalti sendiri, bermain dengan lebih defensive dan memecahkan United dengan high tempo counter attack tapi risikonya lebih tinggi.Selain kesuntukan masa,Ini akan memberi ruang kepada player2 United untuk mengacah kubu Almunia dan jika bolos sebijik terutama di 2nd half, moral player pastinya down dan segalanya boleh berakhir sekelip mata.Bagi mengelakkannya, 1st 15 minit adalah amat penting, seperti mana United melakukanya kepada kite di Old Kerepot minggu sudah.Beri tekanan menggila dan jangan bagi ruang seinci pun kepada mereka dan paling penting gol awal.Jika 2-0 result di separuh masa pertama, tekanan pastinya teralih pada United.
Minggu lepas 4-2-3-1 yang digunakan Wenger nyata tak berhasil.Jadi di tempat sendiri apa salahnya Wenger bermain seperti jantan yang bertelur!hahah.. Mari mulakan dengan 4-4-2 Biarpun Walcott diakui Wenger bukan midfield dan lebih kepada winger , takpe, sediakan backup untuk Sagna lebih diberi possession dan push forward jadi gap antara mereka tak berjauhan.Sagna di first leg seperti hilang nafsu untuk membuat overlapping, pastinya ada tangan2 ghaib (padahal Wenger) memberi arahan jadi aku mahu tengok Sagna yang dulu awal pagi Rabu. Inilah gunanya Song untuk duduk di hadapan back 4 dan mengawal setiap tingkah laku dan pergerakan yang mencurigakan dari barisan tengah United, matikan awal langkah mereka.Jika Arsenal memilih untuk bermain dengan high lines defense, kelajuan amat penting agar tidak terperangkap dengan kelajuan mahupun kelicikan (baca kegelabahan) pihak lawan.Jadi Jozan lebih sesuai memandangkan Silvestre baru sahaja baik.Biarpun baru ade 2 match setelah kecederaan lutut, Jozan adalah option yang optimistik kerana jika letak pengalaman Silvestre sekalipun ape ke jadah sampai boleh lepas 4 bijik di Anfield? Toure pun ade speed jugak.
Ade sesiapa terfikir untuk meletakkan Eboue di bek kiri? Persembahannya di Fratton Park boleh dibanggakan , tapi iye la, orang akan cakap setakat lawan Pompey memang takde ancaman.Eboue lebih direct cuma aku gusar die baru ade satu rekod jek musim ni bermain di belah kiri dan jika letak player out of position boleh mengundang padah terutama dalam game2 besar.Clichy tiada, harap bukan saje2 sakit sebab dok pikir nak pergi Real Madrid, tapi Gibbs nyata sedang menurun mentela'ah ilmu yang diwarisi dari Clichy.Tapi aku tak terkejut kalau Eboue yang start esok, biasalah Wenger.
Midfield selain Song, Nasri dan Fabregas adalah wajib.Jangan pulak Wenger buat2 perangai seperti mana semi final FA cup bulan lepas, elok2 boleh menang pergi taruk double dungu ganti Arshavin dengan Nasri, pelik dan menjengkelkan, tak ajaib langsung, budak ajaib macam arshavin ko boleh simpan buat pekasam.Jadi jika ko berjaya mara ke final dan menjulang piala bertelinga besar wahai Wenger, barulah ko dimaafkan.Walcott start atau dari bench? bila dipikirkan ruang yang langsung tak diberi semasa 1st leg? atau mungkin Eboue yang start di right flank, memberi imbangan antara serangan dan pertahanan.Jika Wenger pernah terpikir begitu , pertukaran mestilah seawal 2nd half takpun 55-60 jika keputusan pada ketika itu agak kritikal.Tak ade gunenye menunggu sehingga 70-80 minit.Tekanan dah memuncak mase tu.
Suatu yang membimbangkan dan perlu dikhuatiri ialah Diaby direhatkan tempoh hari, adakah ini memberi gambaran bayangan bahawa Diaby akan start esok? oh tidak, jauhkan makhluk tersebut, tapi aku rase taktikal tersebut dibuat sebelum tahu RVP boleh main dan hanya sebagai backup plan, harap2 begitulah.Fabregas boleh diletakkan di posisi yang sepatutnya, asalnya dan kegemarannya, central role, CM.Dari situlah enjinnya berjalan.
Agak pelik kalau hari tu Walcott tak menjadi di kanan mengapa tak swap saja posisi ketika game dengan Nasri.Aku yakin Walcott pastinya memberi hari yang sukar kepada O'Shame dan Nasri pulak memang dah biasa main kanan jadi takde masalah.Ramsey yang main hari tu cukup promising, bile2 boleh potong atau ganti Denilson suatu hari nanti.
Minta maaf kepada peminat Adebayor, aku rase kali ini Wenger kene lebih berani memilih pemain mengikut prestasi semasa.Walaupun aku bukan peminat setia Bendi pastinya ramai terkejut apabila aku memilih Bendi untuk start berbanding Ade untuk match sepenting ini.Dah berapa match dah, aku tengok Ade ni main untuk Adebayor, mana hatinya untuk Arsenal aku pun tak tau, macam seorang yang sesat, memanglah boleh bagi alasan isolated kat atas, tapi die punya pemalas tahap gaban tu boleh menimbulkan amarah.Aku pun taknak tunggu pergerakan2 menarik Arsenal hanya sia2 di akhirnya apabila mendapat tahu Ade berada dalam posisi offside.Harap ade alat censor bagi penyerang yang berbunyi apabila die melebih last man pihak lawan.Kah kah kah.Harap dengan kemunculannya dari bangku simpanan memberi nafas segar dan menyedarkannya dengan nafsu yang membuak2 nak buktikan die tak sepatutnya duduk di sebelah Silvestre.heheh.Untuk membayangkan yang terburuk, anggaplah Wenger akan menurunkan Adebayor dan Bendi dan RVP hanya sebagai sub dimasukkan ketika minit ke 70.Grrr...
Jadi dengan team macam ni, aku rase Arsenal mampu tewaskan ape2 team sekalipun termasuk Man U.
-----------Almunia-----------
Sagna----Toure---Jozan---Gibbs
Walcott---Song---Fabregas--Nasri
---------Bendi----RVP---------
Fabianski
Silvestre
Adebayor
Diaby
Denilson
Ramsey
Vela
Aku rase United boleh score, Arsenal score dulu sebelum dapat tahu Man U bubuh gol penyamaan.Arsenal kembali di depan sebelum 2nd half.Tingggal 10 minit terakhir Adebayor dimasukan dan score gol ketiga hanya untuk Emirates berpesta.Keh keh, tapi gua tetap rase Ade yang start esok.Jadi siapakah super sub nanti sama2 kite tengok siapa bakal step up di hari penting dalam sejarah Arsenal.
Dan player yang peling penting sekali merupakan player ke 15 (selepas 11+3 sub) iaitu die hard fan yang membanjiri Emirates.Kami dari Malaysia mewakilkan anda semua yang membanjiri Emirates menyokong bagai menggila dan biarkan United rasa betul2 tak selesa.Ingat match bertemu Liverpool di Emirates, aku seronok gile bile tengok fan berada bersama2 player memberi sokongan tak berbelah bagi , waktu itu biarpun kite bermain dengan 10 orang, Liverpool yang tertekan dan mati akal.Ini kerana senario itu jarang berlaku di Emirates dan jika diulangi pastinya memberi kesan pada psikologi pihak lawan yang tak menjangkakan 'azab' yang bakal mereka hadapi! Arsenal.com dah menyeru peminat2 setia yang turun padang esok, bermakna sangat besar harapan yang diberikan! BERJUANG!!!
Jika ditakdirkan kalah sekalipun.. aku lebih rela kalah bermaruah dengan melihat aksi terpuji dan kesungguhan 200% yang ditunjukkan.
DARI TEGAK BERSIMPUH BAIK REBAH MEREMPUH!!
Isnin, 4 Mei 2009
Pre Match : Cirit or die....
10:44 PTG
Gunners & Roses
1 ulasan:
hidup cirit or die!!! oyeah...
Catat Ulasan