Isnin, 18 Mei 2009

Semusim bersama Arsenalaysia

Musim dah tibe ke penghujung dengan juara EPL, La Liga ,Seria A sudah ditentukan.Kedudukan table liga adalah lebih kepada satu ganjaran bagi pasukan yang konsisten berbanding dari segi kekuatan.Jadi Arsenal di tangga keempat terpaksa membyarar dengan harga yang tinggi sekali lagi terlepas peluang merangkul walau satu piala dalam 4 musim.Bukan kita tak hebat malah kita menunjukkan kita mampu bersaing,tapi masalah persembahan yoyo adalah garisan yang memisahkan kita pada sebarang kejuaraan. Tinggal satu perlawanan lagi buat Arsenal menamatkan baki saingan musim ini dengan kemenangan moral sebelum tirai EPL dilabuh untuk ditangguhkan.Perlawanan menentang Stokes bukan sahaja menebus maruah yang tercalar tewas mengejut dulu, malah untuk menjadi medan player menunjukkan betapa mengapa mereka perlu dikekalkan oleh Wenger musim depan..survival masing2.

Perlawanan menentang united tempoh hari boleh dijadikan kayu pengukur kepada Wenger walaupun United hanya bermain untuk tidak kalah dan tidak bernafsu melontarkan serangan.Ini membuktikan apabila player2 ini bermain tanpa tekanan mereka mampu mengawal dan mendominasi game dengan baik walaupun takde killer instinct.Apekah faktor penting untuk menyerap tekanan? Pengalaman!Wenger patutnya meminum kopi jantan supaya berani melakukan taktikal yang berisiko apabila mengetahui lawan hanya bertahan dan menunggu serang balas, main jek 2 striker lain kali, Arsenal tak ade ape yang hendak dirugikan.RVP nampak keseoragan di atas, RVP tak boleh dan tak sesuai jadi target man, Wenger kene ingat tu.Die tak dikurniakan fizikal untuk mengetuai serangan di atas sorang2, berbeza seperti Bendi Dan Adebayor.Aku harap season depan Wenger dapat carikan pasangan sehati berdansa yang serasai untuk RVP.

Adebayor dah main last game? mungkin ya mungkin tidak.Walapun Wenger memberi alasan kecederaan apabila diajukan soalan tentang kehilangan adebayor,rata2 mebuat spekulasi Adebayor mungkin dah dibekukan Wenger akibat persembahan nak taknak, dan takde hatinya musim ini.Beberapa kenyataan2 Adebayor seperti gila duit dan berahinya pada Milan Beyonce menguatkan tanggapan hanya jasadnya sahaja di Arsenal.Malah Adebayor diperkambinghitamkan atas kekelahan semi UCL apabila diboo ketika masuk sebagai pemain gantian menentang Chelsea-bakal kelab barunya?-sesuatu yang Arsene tak pernah kata mustahil untuk berlaku, jadi , boleh belaku. Sorry kepada Adebayor tapi cukup2 lah tu.Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari Arsenal.Jika ini yang terbaik, tiba masanya ntuk bercerai dan memikirkan haluan masing2.Win2 situation.Akibat BOD yang 'berlagak kaya' walhal tak ade duit, kalau sediakan transfer kitty sebanyak 13M sekalipun jika Adebayor dijual katakan dengan harga 25M.38M adalah jumlah yang cukup untuk membawa masuk sekurang2nya 3 muka baru berpengalaman.Jadi ambil peluang ini sementara permata hitam ni masih bernilai.

Dengarnya ura2 Wenger berbesar hati dengan tawaran Real Madrid dan projek mega Perez.Aku percaya Wenger seorang individu yang patuh kontraknya sehingga 2011.Ini tak lain dan tak bukan hanya mainan media.Sedikitpun tak perlu risau.Wenger tak akan dipecat, serius.Hanya satu sahaja cara untuk Arsenal dan Wenger berpisah iaitu dengan cara Arsene tidak menyambung kontrak di hujung musim depan.Ini bermakna Arsene Wenger sendiri tahu die ade satu season lagi untuk membuktikan die masih ade naluri champion dalam dirinya.Aku taknak tengok die blah dalam keadaan macam ni dan sebolehnya2 tingglkan legasi yang boleh dibanggakan.Sementara die masih bersama kita, gunakan sebaik yang mungkin, perah kudratnya sehingga kering cuma buang degil dan ego sahaja.

Siapa lagi yang nak keluar, ade orang kate RVP, RVP tak perlu dijual.Walaupun sumbangan nya terhad ketika musim menuju penghujung tapi dia penting sebagai factor X malah boleh jadi daya penarik untuk nama2 besar lain hadir.Gallas? Toure? selepas Sanderos kelihatan bakal pasti permanent dengan Milan, aku tak dapat lihat kedua2 player ni dapat beraksi dengan serasi kerana peluang dah berlambak tapi mereka gagal buktikan.Untuk membuat post mortem , Wenger perlu berani merombak defend terutama bahagian CB, jadi sorry jika salah seorang daripada Willy atau Kolo terpaksa dikorankan atau kedua2nya sekali mungkin.Kolo dah declare cinta dan nampak bagai tak ke mana2 tapi Willy G selepas dipecat terus diam seribu bahasa menyimpan perasaan di dada.Aku secara peribadi berharap Gallas akan stay kerana takde gunanya kite menjual pemain terbaik walau diganti dengan yang terbaik kerana ape yang Arsenal kurang sekarang ini adalah squad depth.

Menyaksikan Song bemain tempoh hari aku agak takut.Takut bukan ape, bukannya Song bermain dengan buruk, bukan2..tapi itulah masalahnya apabila Song nampak promising, adekah ini akan membuatkawn Wenger mengubah keputusan untuk tidak membawa masuk muka2 yang lebih berpengalaman.Song, pemain versatile yg boleh main di tgh dan cb adalah antara player yang meningkat musim ini tapi tidaklah mendadak seperti flamini.Namun perlunya orang2 seperti Gilberto atau Viera di sekelilingnya adalah suatu yang wajib.Rambo,Gibbs, Vela, Wilshere, Bendi,Walcott Song perlukan mentor.

Silvestre, Diaby..enough is enough..antara player yang sering menjengkelkan sepanjang season.Memang ade ruang untuk diperbaiki tapi bukan di Arsenal..Denilson, aku sebenarnya suka personaliti sorang nih, tenang, tak banyak cakap dan buat kerja.Walaupun statistik mendapat backup Wenger, memang benar statistik tak menipu tapi Denilson, anda tak cukup layak untuk menjadi 1st team player mungkin sebagai skuad player boleh..banyak lagi yang perlu dipelajari.Tapi terpulang pada Wenger bagaiamana corak pengajaran yang hendak disampaikan.

Almunia, Sagna, Clichy, Nasri, Fabregas, RVP Arshavin adalah tulang belakang kepada batch ini(walaupun Al boleh dipertikaikan tapi siapa lagi kita ada, Wenger takkan beli keeper baru dalam tempoh 6 tahun lagi kalau ikut umur Al skrg!)Adalah penting untuk mereka terus kekal bersama.Dengan sekembalinya Eduardo dan Rosicky musim depan, Wengerball takkan mati dengan adanya player2 seperti ini.

Teringat posting pertama sekali aku di Arsenalaysia, juga selepas match bertemu United musim lalu.Pertama kali membuka blog.Berapa kali agaknya aku hendak menulis arikel seperti ini di setiap hujung musim, aku harap hujung season depan lain pulak ceritanya, lebih manis dari pahit, tapi aku menjangkakan sebelum tu, tengah2nya agak pedas,kelat tapi jangan sekali tawar..

Jangan sesekali tawar hati.Peminat2 Arsenal sepatutnya boleh belajar dari fan2 West Brom malam tadi yang tak henti2 terus memberi sokongan walaupun dah disahkan relegate, stadium mereka masih penuh,tiada boo kedengaran,mereka tetap di belakang pemain.Itulah fungsi pemain ke 12!Dan Arsenalaysia berbesar hati menjadi padang untuk pemain ke-12 Gooner Malaysia!Terima kasih atas sokongan anda selama ini!


1 ulasan:

THEo WALLcott berkata...

Thank u bro and the gang..blog kau memang sempoi terhibur aku baca ayat-ayat dalam cerita yg kau buat..aku sebenarnya start ikut blog kau ni pun season ni lah lepas adik aku promote blog kau nih.mula-mula baca fuyoo best nye start lepas itulah boleh dikatakan hari-hari aku buka sbb nak tau cerita baru team arsenal..lagi satu sebab kekerapan kau post crita yg baru lah yang buat aku ketagih nak buka blog ni.Apapun thanks sbb share cerita arsenal dengan kitaorang bukan setakat di malaysia tapi kat luar negara pun ada yang ikut..harap blog ni diteruskan selagi team Arsenal tak terkubur selagi tulah aku nak blog ni sentiasa aktif.Dari 5 bintang aku bagi kau 5 bintang penuh utk cerita menarik kau.cayalah.