Ahad, 22 Mac 2009

Post Match: Newkasut bocor dibedil meriam

10 minit 4 gol cukup untuk menyimpulkan macam mana game tadi!!Mendebarkan, menyakitkan, dan menarik! Arsenal pada suatu ketika seakan2 tak pernah belajar dari pengalaman sehinggalah Steven Taylor terhencut2 keluar dari padang dan mulai dari situ , tiada lagi tolehan ke belakang dan peluang digunakan sebaik mungkin.Cayalah, 3 mata berharga tatkala Scholes bermain bola tampar dan Chelsea kecundang seperti yang dijangka.Aku perlu mengakui, pada awalnya terutama 1st half aku agak panas dan menyumpah2 melihat aksi Double D Denilson dan Diaby yang meraban entah ape2.RVP jugak mengejutkan seperti hilang sentuhan magicnya, hampir 3 4 peluang die boleh score tapi ape2 pun 2 assist yang membuka ruang kepada jaringan amat dihargai.

Dengan 1st half, segalanya seakan2 milik newkasut,Turun dengan kesebelasan yang aku predict, Arsenal yang diberi tekanan awal oleh tuai rumah. Almunia dipersalahkan atas kesalahan yang boleh didebatkan.Namun keadilan terbalas saat tu jugak , apabila Almunia terus menangkap kemas sepakan penalti Obafemi Martin yang diragui umurnya, tak padan dengan muka tua.Walaupun Newkasut yang mnguasai bola tetapi Arsenal sebenarnya yang mempunyai beberapa peluang keemasan, Tendangan padu Arshavin mencium dahi palang gol, RVP ade 2 peluang keemasan yang boleh masuk 'Ripley's u belive it or not' apabila die gagal menyumbat satu pun malam ini.Steven Taylor menjadi tembok kebal Newkasut malam ni apabila berjaya mem'block' Arshavin dan RVP.Sebenarnya Arsenal mampu menang besar kerana dari mula dilihat Harper ni memang entah hape-hape, nampak gugup semacam.1st half berakhir dengan 0-0 yang mana dilihat dari perspektif penyokong Newkasut, satu penalti yang begitu dibazirkan sepanjang musim.

2nd half, Arsenal dah mula main macam Arsenal.Bola digerakkan dengan lebih kemas, ruang dibuka dengan lebih luas, passing pun makin berani, push forward.Dan melalui 2 back to back foul ke atas clichy, pengadil tak teragak2 untuk memberikan free kick dari sebelah kiri.Arshavin yang mantop malam tadi mengumpan bola cantik untuk Bendi menanduk masuk, yeaaaahhh!!! ops, silap.. jeritannya berbunyi pendek jek, 'yeh!' Ini kerana tak sampai seminit dari kickoff semula penyerang Nigeria yang semakin malap, Martin menebus kesilapan dengan jaringan penyamaan.Pasti aweknya, martina hingus agak melompat2 keriangan. di minit ke 60 an, Newkasut tersentak apabila man of the match mereka Steven Taylor mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di luar padang, nampak seperti tidak dapat mnyambung game.Memang tamparan dari segi psikologi dan fizikal buat Newkasut yang sudah kehilangan Sebastien Bassong seorang lagi CB pada 1st half.Jadi, ruang agak terbuka, Diaby bersatu dua dengan RVP sebelum pemain berkaki panjang itu mengular ke dalam kotak penalti dengan slumber ala2 Viera sebelum merembat kencang.Sempoi..kurang balik tekanan.Walaupun bengap kadang2 ade jugak gunanye player2 macam nih.

Michael Owen dimasukkan ganti Taylor, tak sampai seminit pun, Sekali lagi RVP melorongkan bola yang baik punya kepada Nasri yang membuat larian mengelirukan sebelum menyelit ke dalam kotak penalti memilih penjuru gawang yang tak dikawal Harper entah hape2.Wooo sekali lagi, Wenger tersenyum.Baki game , Arsenal memasukkan Song menggantikan Arshavin kerana merasakan perlunya protection untuk 2 bijik gol, mase nie lah teringat match lawan SPurs dan Villa sebagaimana player begitu overkonfiden.Tapi Newkasut dah sememangnya lumpuh sejak awal lagi, Owen jugak tak wujud.Arsenal sepatutnya boleh tambah 1 2 bijik lagi, RVP gagalmengelecek Harper manakala Diaby pulak saje main tiang.

Ape pun, aku taknak spoil kan malam ni, tahniah kepada semua player yang bermain termasuk Eboue anak emas yang tetap akan dimasukkan walau jam di tangan referee menunjukkan 93:59 sekalipun.Mereka berhak atas hasil usaha keras mereka.Cuma yang aku takutkan dan betul2 risau..momentum2 macam ni memang hadir tapi bile tibe international break, takut dengan momentum2 ni sekali pun ter'break' gak.Sayang sekali, aku memang tak suka internationaleleh..

PS: Khabar gembira, kecederaan Walcott takdelah seteruk yang disangka.Sebelum ni target kepulangannya seawal bulan May tapi dalam sidang media tadi , Walcott mungkin dapat beraksi lebih awal dari tu.Lega..





0 ulasan: