Arsene Wenger menyeru anak buahnya supaya fokus 200% hanya pada Arsenal dan tidak perlu ambil pusing dengan ape yang terjadi pada Aston Villa.Arsenal kini mendahului 3 mata dengan Aston Villa kekurangan satu perlawanan sehingga posting ini ditulis.Jika Arsenal dapat mengekalkan momentum ni selepas internationaleleh , Arsenal tiada masalah untuk mengesahkan tempat selaku top 4 sekaligus layak ke UCL seperti biasa.Walaupun kekalahan Man U dan Chelsea malam tadi tapi Wenger tetap berpijak di bumi nyata, peluang untuk bersaing dalam kejuaraan adalah "one in a billion" bukan pasaraya billion.Tapi 2 lagi kejohanan menyediakan prospek yang lebih optimistik untuk Arsenal menamatkan kemarau piala semenjak 2005.
"Satu mende yang dah berubah berbanding 2 minggu lepas ialah mase depan Arsenal terletak kat tangan sendiri, tak payah sibuk2 dah nak amek hal atau jaga tepi kain orang.Biarkan jek Villa nak merapu meraban menggelupur pun.Kalau leka siket habislah, pantang, sekejap jek akan dihukum- kita mungkin boleh jadi 8 mata belakang Aston Villa 2 minggu lepas.Itu pasal kite kene fokus dan teruskan persembahan pada tahap yang tertinggi."
Wenger dalam post conference menceritakan bagaimana situasi penalti Rome sedikit sebanyak membantu Almunia dalam menyelamatkan penalti Martin Guntali.
"Bila diorang dapat penalti, aku dapat tengok muke die ala2 konfiden jek dapat sep penalti tuh, mungkin Roma dah bagi pengajaran sket."
Marley & Almunia dalam filem baru mereka
Die jugak tak lupe memuji player2 mudanya,
"Budak2 ni gila-gila remaja lagi.Semangat tengah bagus dan aku rase kite makin maju dari game ke game.Orang macam dah tak sedar dah terlupa berapa mudanya team nie dalam BPL dan ape yang kitorang dah buat.Hari ni jek, ade lebih kurang 6 atau 7 player yang rata2 umur 20-22 tahun berjuang atas padang."
Ahad, 22 Mac 2009
Jaga tepi kain sendiri
11:58 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan