Selasa, 24 Mac 2009

Ape2 aje.

Ye..Tiada minggu yang lebih membosankan selain dari internationaleleh..Walaupun ianya adalah kelayakan piala dunia tapi match2 yang terlibat, phew..atas kertas dah boleh agak.Ape2 pun bola tu sfera, jangan underestimate mane2 team yang penting, England wajib layak kali ni.Heheh.Kamon 3 Lions.Walcott takde, mungkin satu hikmah bagi player ni, at least boleh duduk berehat tanpa perlu bersungguh2 bermain dalam England U-21, atau ia hanyalah ceita dongeng Wenger yang memang taknak pun Walcott dipanggil internationaleleh.. siapa tahu, sekadar spekulasi jek. Berita baiknya, Walcott hanya diketepikan 12 hari bukan sampai bulan 5.

Memandangkan banyak ceita2 yang tersebar, spekulasi2 transfer rumors terutama yang membabitkan kapten kite Cessc Fabregas, Arsenalaysia di sini dengan beraninya ingin memberi jaminan bahawa Fabregas tak akan berpindah summer ni.Kesetiaanya pada kelab tercinta tidak perlu dipersoalkan.Selagi Wenger ade, selagi itulah yang paling lame die mampu bertahan di sini.Ini hanyalah khabar2 kosong bagi melakukan tabloid2 media di sane, selepas berita memfitnah Fabregas 'malouda', timbul desas desus Fabregas dah kecewa dengan media England dan berasa diri dihentam dengan tidak mendapat keadilan sepatutnya.Ahhh.. itu hanya laporan2 yang sengaja direka2 , takkan diorang nak buat cerita Scholes main bola tampar mahupun Rooney main bola baling, pastinya mereka menjaga nama baik rakan sepassport antarabangsa mereka.Arsenal pulak takkan nak menggantung tabloid2 nie,nanti ape pula kate tauke2 suratkhabar.Peminat pun sekarang dah pandai menilai.

Menariknya RVP season ni yang agak konsisten dari segi aksi dan kemunculan,( ye la.kite sedia maklum bukan , rekod kecergasan player yang injury prone ni) turut menganggap Arsenal semakin dah nak ke penghujung baru semakin panas.Berbeza dengan situasi season lepas di mana Arsenal tak dapat mengawal momentum lalu tersadai di penghujung, kini walaupun 10 mata belakang pendahulu serta 6 mata belakang Chelsea, segalanya masih mungkin buat Arsenal.Tapi RVP tidaklah segila professor yang optimis melampau, (bukan salah die, memang manager, itulah tugas die..bukan pergi ke press conference dan mengakui pasukannya takkan menang 5 piala..sampai sekarang moral player jatuh merudum), RVP masih menganggap Arsenal seperti tak dapat ditewaskan dalam baki season ni dan berharap dapat mengekalkan kedudukan ini bagi menjamin tempat ke UCl season depan.Ini ditambah juga dengan kepulangan player2 di mase yang cukup tepat.

Selain Rosciky, Walcott, Ade dan Fabregas, seorang lagi player yang telah kembali adalah tak lain dan tak bukan penganjur perlawanan amal nanti, Mikael Silvestre.Silvestre terlibat dalam reserve match bertemu Chelsea reserve di mana Flora Fauna Meludah turut beraksi dengan pasukan lawan.Walaupun seri 0-0 dan diasak di tempat lawan, tapi defensive player2 muda nie nampak kebal dan antara player yang menyinar pastinya penjaga gol Wojciech Szczesny , susah gile mau eja daa..Ape2 pun merkalah aset nanti.Walaupun dah 2 hari berlangsung, sini ade sedikit sedutan aksi2 menarik untuk tatapan kita bersama.enjoy...


0 ulasan: