Sabtu, 21 Mac 2009

Pre Match: Gilapkan boot sebelum ke Newkasut


Newcastle United, sebuah team yang boleh dianggap antara yang mempunyai sejarah tersendiri, beberapa kali pernah terlibat dalam kejohanan Eropah, berapa kali merupakan pencabar kejuaraan di akhir 90 an tapi kini mnyedari diri mereka tengah berhempas pulas menyelamatkan nasib dari tersingkir ke Championship season depan.Hanya bergantung tali pada perbezaan jaringan yang memisahkan mereka dari zon tercorot.Tak mustahil setiap peluang untuk bermain di gelanggang sendiri pastinya digunakan sebaik mungkin bagai oleh mereka.Jadi awal pagi nanti Arsenal tak boleh mengharapkan satu tiket 3 mata yang mudah.Kali terakhir Arsenal menang adalah dalam tempoh 4 tahun yang lalu, dec 2004, jaringan Viera seingat aku.

Team mereka adalah team yang boleh dikatakan ok laa jugak, takde la teruk sangat kalau dengar name2 player dan manager yang pernah selama ni membimbing mereka tapi ape punca mereka jadi seteruk situasi sekarang pastinya sesuatu yang pelik.Ini menyebabkan name2 besar seperti Shay Given sedia meninggalkan kapal yang bakal karam.Given adalah penjaga gol berkelas dunia, ketika di Emirates awal musim lalu, Arsenal seharusnya menang lebih besar dari 3 bijik jika tidak kerana kecekapan Given yang kini telah pun berpindah ke Mancis.Jadi advantage buat Arsenal.Mungkin nasib mereka lebih teruk dari Arsenal kerana mempunyai ramai player yang injury prone termasuklah Michael Owen yang bagaimanapun tak mengakui dirinya sebegitu dan menyatakan kekesalan menyertai Piala Dunia 2006 di mana kecederaan lutut ketika bertemu Sweden hampir menamatkan kariernya.

Arsenal juga tidak kurang mempunyai masalah yang sama, Thomas Rosicky entah bile boleh bermain sempat ke tidak menyarung jersi baru Arsenal.Kini Theo Walcott mula perlahan2 memasuki list tersebut dan harap2 RVP tidak kembali ke dalam senarai.Arsenal akan merindui kepantasan Walcott paling kurang sehingga May.Memang satu tamparan besar di saat2 jadual yang tengah menuju klimaks macam nih.Eduardo pula dilihat makin on off fittness nya , seuatu yang diakui Wenger bagi player yang dah setahun tak menyepak bola.Namun malam ini Dudu tetap disenaraikan.

Arsenal tak boleh lagi kehilangan player lepas nih.Kemasukan Arshavin january lalu sememangnya memberi impak kepada pasukan.Pengalamannya di peringkat antarabangsa dan pemenang piala UEFA season lepas, Pemain katik ini benar2 memberi suatu nafas baru dari segi kekreatifan mencipta gerakan dan peluang dan hanya satu2nya player tengah yang available, dilihat mampu mencipta ruang untuk diri sendiri selain Nasri.Walaupun kaki yang penuh berjahit, malam ini Arshavin tetap akan diturunkan sebagi misi meneruskan rekod tanpa kalah domestik dalam 20 perlawanan.

Adakah Arsenal tengah on form? aku rase belum lagi.Cume tanda2 itu dah mule kelihatan jika player2 utama mencapai tahap permaianan sebenar.Kite agak struggle bertemu Hull City dan satu2nya cabaran besar yang kite hadapi adalah ketika bertemu Roma di Rome dan kite agak ketumpulan idea.Ini pastinya sesuatu yang sedang dipikirkan oleh Wenger.Setiap perlawanan adalah penting mulai dari sekarang.Wenger tetap yakin akan kemampuan untuk finish top 4 dan berasa Newcastle tak akan relegate season nih.Sedang Aston Villa esok malam bertemu Liverpool yang sedang menggila dibuai kemenangan , tiada peluang lain yang lebih baik diharapkan selain menjarakkan mata dari pasukan Martin O'Neil dan memindahkan tekanan ke pihak mereka.Selepas international break, Aston Villa akan ke Man U pula dan Arsenal melayan kerenah satu lagi pasukan dari Manchester, harap2 ketika itu Cesc Fabregas telah kembali.Jangan dilupa satu lagi team yang tengah mencucuk rapat, Everton.

Jadi bukan mudah awal pagi nanti.Arsenal wajib menang! Arsene Wenger akan menurunkan barisan terbaiknya kerana pastinya tiada ape yang perlu disimpan, all oput habis, lepas nie pun dah international break.Wenger jugak sempat berharap dan percaya pada rakannya Guss Hiddink supaya pandai2 la menggunakan Arshavin ketika bersama Russia tanpa ade perasaan dengki dan sabotaj sebagai juga pengurus Chelsea.Jadi malam ni aku predict line up seperti berikut:

--------------Almunia--------------
Sagna------Toure----Gallas------Clichy
Arshavin----Denilson--Diaby-----Nasri
----------Bendi-----RVP------------

Fabianski
Song
Eduardo
Jozan
Ramsey
Vela
Eboue

Match ni tak mudah,mungkin Arsenal kalau menang pun tipis jek.1:25 AM Astro Star Sports.Newkasut 0 - Arsenal 1.



He came to us when Henry went, Eddie Eddie.
And scored more goals than Darren Bent, Eddie Eddie.
He broke his leg NOW he is back,
And Darren Bent will still be crap.
Eduardo Da Silva Arsenal number 9


0 ulasan: