Selasa, 20 Januari 2009

Terkini : arshavin-arsenal 50-50


Sedang anda membaca blog ini, delegasi wakil2 arsenal sedang berunding dengan mafia2 russia hendak membawa pulang Arshavin dengan bayaran yang pada pandangan kite berbaloi, pada pandangan mereka sangat siket dan pada pandangan arshavin, "Accept je la aku nak berambus cepat!" Sememangnye begini.. Transfer rumors arsenal memang begini terutama melibatkan kes profil2 tinggi, er.. siapa lagi profil tinggi selain nasri..last sekali kite sign star davor suker itu pun kariernye dah dihujung tanduk.Media pun tak amek pot.Jadi Arshavin saga dah nak berderetan bagai nasri saga.Ade ura2 berita yang menyatakan Arshavin akan sign dalam mase tempoh 48 jam,ade yang kate deal nye tersangkut di tengah jalan kerana Zenit mintak bidaan tersebut dinaikkan lagi.12M tak mencukupi bagi mereka yang mahukan 20M.17M mungkin dapat memuaskan nafsu.

Ape2 pun jika dalam tempoh 48 jam ianya berlaku, sudah pasti Gazidis telah menemui kate sepakat dengan zenit dan arshavin akan mengikut rombongna pulang ke london kerana terpaksa melalui medical dahulu.Jadi sabar rakan2, pastinya mereka tak dapat lari dari paparazi kerana media di sane pasti terhidu bau arshavin sebaik tibe saje di lapangan terbang.Peranan Usmanov adalah penting ketika ini untuk mendapatkan harge kawan2.Sekarang masih belum kedengaran secara rasmi baik yang positif mahupun yang negatif..

Namun Arsenal dilihat nak tak nak perlu menaikkan bidaan sedikit menurut jurucakap Zenit,Andrei Petrov,

“We don’t think £12 million is enough for this player,We are not giving figures, but a sum of more like £20 million would be good for Zenit.”

Die juga menafikan adenye kelab lain cube campur tangan, mm boleh caye ke? Khabar angin bertiup kencang Mancis sedang terkial2 bagai orang gila akibat pinangan terhadap kaka ditolak.Mungkin dalam pada keadaan huyung hayang mane tau mereka singgah di russia untuk 'melabur' sedikit.Tapi ini yang disahkan oleh Petrov,

"I do not know, I can only say that I have had no contact with the directors of Manchester City. I do not know if Zenit has been contacted."


Bagi rumors2 yang mengatakan arsenal ade target lain iaitu Stephen Ireland, agak sukar untuk dipercayai.Wenger takkan sanggup menjual kapten Kolo demi pertukaran tersebut begitu juga menjual Bendi yang dilihatnye mempunyai mase depan di arsenal.Dengan Kaka kekal di Milan, Ireland merupakan antara nadi penting survival mancis season ni tatkala Robinho mule menunjukkan tanda2 kebosanan dan penyesalan.

Berita yang baru diterima, Arshavin telah ditemuramah di UAE bertempat di kem latihan Zenit.Ditanya tentang kemungkinan perpindahannye ke arsenal , jawapan yang agak panjang diberikan."No comment."

Tik tok tik tok kite menunggu.Bukanlah lebih bagus signing ini dilakukan seperti Eduardo,senyap, penuh kejutan dan tanda tanya tetapi memang teruja.

P/S : team kite paling fit dalam EPL buktinya...gol last minit.hahah.


3 ulasan:

Hafez Rachwan berkata...

sekarang ni arsenal-zenit masih main tarik tali [nak xnak]..
harap2 lepas ni bkn kalis rindu [melepas] lak la yer..
klu dapat, ada la lagu untukmu [arshavin] kt emirates..hahahaha

Gunners & Roses berkata...

ahahaha..ko naktau satu mende, kalao tak dapat arshavin nie..2 3 musim akan datang..wenger akan cakap ...'Yang Pernah' nak disign..

Hafez Rachwan berkata...

mungkin2..haha