Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati
Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang
Umpama lagu jamal Abdillah, mati hidup semula.Itulah yang berlaku pada nasib Arsenal ketika ini.Saat ini di hari yang same seminggu yang lepas, Arsenal hampir seperti banduan di bilik akhir menanti hanya saat mati di tali gantung, jika kalah pada Chelsea, mungkin segalanya berakhir buat Gunners bagi cabaran liga musim ini, ketinggalan 13 mata-seuatu yang tak mustahil tapi amat sukar dikejar mengikut prestasi semasa dan prestasi rival yang konsisten.
Tapi syukur jalan ceritanya masih berpihak pada hero yang bernama Arsenal.Tak mati2 lagi, setelah ditembak bertubi2 dibom dan di c4, satu ketika nyawa2 ikan, kemudian bangkit menewaskan nafsu dan setan, kemudian rasa bongkak dan overkonfiden mendabik dada memakan diri sehingga sang arsenal ini sekali lagi dibedil dari segenap pelusuk, tak kurang dengan itu di tengah saat cemas peperangan muncul musuh dalam selimut menjadi patualang tali barut tapi Si Komander pantas sedar lagi bijak mengubah taktikal dan generalnya.Kuasa dan arahan beralih tangan, semangat kembali berapi, sumbu meriam mule terasa bahang nyalaan. Keboom!! jambatan pemisah roboh.. Askar2 kembali lega, masih ade tali untuk berpaut, mereka yang pejam sejak dari awal kerana terlalu takut dapat kembali mencelikkan mata tapi dengan perasan .."aku masih hidup!!"
Arsenal berjaya mengurangkan jarak kepada hanya 8 mata.Sesuatu yang paling melegakan buat Arsene Wenger yang tak tahu di mana puncanya setelah persembahan yang begitu cemerlang menewaskan united, mudah ditenggelam Villa dan Mancis.Sesuatu yang masih menjadi misteri bagi Wenger.Kerana setiap kali setelah team mude carling cup membelsah lawan, team utama pasti hancur, kalah.Hull city selepas sheffield united, Villas selepas Wigan.Adekah ade moral effect di situ menyebabkan Pemain2 ambil mudah dan over konfiden "jika budak mude boleh mengapa tak org tua".Jadi mungin ade tuahnye jugak kekalahan kepada Burnley selasa lalu.ah Karut, pendek kate kalau main macam hampeh memang la kalah.
Lantas die membandingkan situasi ini sama seperti dengan jalan cerita tahun 1998 tahun pertama dirinya mengambil alih kerusi panas arsenal secara penuh.Sampai pada satu tahap ade suara2 mempersoalkan siapa die mamat french yang dari jepun nih? Arsenal nie nak hala tuju ke mana,Ketika itu Arsenal 13 mata di belakang pendahulu Manchester United di waktu Krismas.Season tersebut sedikit sebanyak dijadikan panduan dan Instruction manual bagi die menyenggelarakan meriamnya musim ini.
“We came back in 1998,And I am confident we have the quality to do it again."
“I believe that because the rest of the Premier League has lifted their level much more than before and, secondly, I trust my team of being capable to achieve it.
“But to do that we know we have to beat all the big teams in all our games and deliver at a more consistent level against so-called smaller teams.”
Sembang Wenger di press conferencenya.
Tapi lihatlah team yang ade dulu(1998) macam mane dan bandingkan pula saingan liga ketika itu .Tapi tak salah untuk anda jadi optimis kerana Wenger sendiri percaya, anda percaya? aku? aku nak tengok dulu tapi aku tetap percaya.Ini kerana banyak sengat yoyo.Masalahnya team2 lain tak pulak kene badi yang sama, hanya Arsenal yang nampak begitu unpredictable jadi keseluruhan nya season ni unpredictable yang tambah menarik tiada lagi pasukan untouchable. Wenger berkata Liga semakin kompetatif tapi team2 rival yang lain setakat ini masih mampu bertahan menyerap tekanan.Jadi ak mahu team2 mid table dilihat lebih kompetatif jika ManU Chelsea dan Liverpool pun kalah banyak kali dan pada itulah Aku yakin kite memang berpeluang cerah untuk menang tapi ketika ini konsistensi mereka belum dipersoalkan seteruk arsenal.Jadi team2 lain ayuh bangkitkan mentaliti sepak dan menang bukan kepada arsenal sahaja tapi kepada team2 rival yang lain.Ini kalau setakat gores mane nak menang?!
Wigan mempunyai rekod tanpa kalah dalam 5 perlawanan berturut2 dalam liga tetap adalah satu ancaman.Terutama pastinya pemerhati ingin melihat bagaimana Arsenal bertindak setelah kemengan ke atas chelsea minggu lepas.Adakah tiade urgency seperti mana selepas menentang man U. Atau mereka mula membuktikan mereka serius hendak mencabar.Walaupun menang besar namun Wenger tidak akan mengamble meletakan sekali lagi skuad carling cup untuk melayan kunjungan pakcik Heskey bermuka tua lagi.Wenger serius dan meletakkan skuad utama, sesuatu yang dijajikan juga dalam piala FA- mungkin Wenger dah terlalu lama kempunan piala.Bagus, macam itulah baru serius! BUat ape perlu bebrbelanja besar, Wigan hanya pinjam seorang striker yang ntah dari mane die datang tibe2 mule diintai oleh kelab2 eropah kini.Amr Zaki, harap2 tiada lagi cemuhan dan cacian terhadap Islam sama seperti mana yang diterima Mido di Newcastle.Perbuatan itu jijik dan keji sekali dan langsung tak boleh diterima.Aku sedih! Tapi selama aku menyokong Arsenal tak pernah aku dengar penyokong mereka mencampurkan isu perkauman dan agama dan hanya menumpu pade isu bola, jadi aku rase diorang dah cukup matang untuk menilai.
Malam ni aku predict lline up yang sama kecuali Gallas diganti dengan Topure.Eboue anak emas yang sudah pulih mungkin akan masuk sebagai sub dengan Denilson meneruskan ketidak efisyenanannye di bahagian kanan.Mm... mungkin jika kes2 kecederaan makin berterusan , selain DM, mungkin tak salah wenger membawak masuk seorang lagi RM kerana option2 yang tinggal tidaklah memberangsangkan.Nak harapkan Mark Randall? Huh, Mark Anthony mungkin lebih pandai menggelecek dengan tarian latino jika die diletakkan.
1055 astro channel Star Sports 813.Arsenal 3 Wigan 0.
Sabtu, 6 Disember 2008
Pre match : Mati hidup semula
2:52 PTG
Gunners & Roses
1 ulasan:
saat menjulang piala carling.. anelka masih ade di arsenal...
Catat Ulasan