Sabtu, 13 September 2008

Pre-Match : Arsenal vs HangusTerbakar

Malam nie setelah match2 antarabangsa kelayakan piala dunia EPL bakal disambung semula.Yezzaa... dah lama aku nantikan minggu nih.Arsenal menentang hitamterbakar atau nama saintifiknya Blackburn Rovers away di Taman Edwood.

Adakah Theo Walcott wira baru England bakal meneruskan rentak kecemerlangan?? mungkin tidak kerana Wenger telah awal2 menyatakan TW14 ini akan direhatkan supaya die ni tak berapa cultural shock dengan aksi2 yang padat. Arsenal selepas ini ade 3 perlawanan berderet2 dalam tempoh seminggu jadi sedikit rotation bakal berlaku. Mungkin kelibat Walcott bakal ditonjolkan ketika Eboue sudah hilang punca di 2nd half.Ape? aku sebut ebouekah tadi?? silap besar la Wenger nak keluarkan Eboue anak emas 24 karat nya itu.. RVP atau Denilson yang bakal jadi mangsa untuk memberi laluan kepada mana2 sub.huhu. Nasri pula yang dilaporkan mengalami kecederaan minor mungkin tidak diturunkan jadi siapakah yang bakal di terbangkan ke sayap kiri? MUngkin kite akan dapat org yang sepatutnya berada di tempat yang sepatutnya kali ini iaitu Song bergandingan dengan Fabregas di tengah2 alam padang sementara Denilson di tarik ke tepi kiri dan kanan seperti biasa hak milik kekal Eboue. Asalkan ade ape2 posisi, panggil lah Eboue kerana die bakal menyahut cabaran bapak angkatnya.haha. Pembelian paling hebat abad ini masih tidak dapat diturunkan seperti dalam jadual, MIkel Silvestre nyata lebih suke memakan gaji buta seperti Bischoff dan RoSICKy. Abou juga masih tidak kelihatan.


------------Almunia-----------
Sagna---Toure---Gallas-------Clichy
Eboue---Song----Fabregas---Denilson
-----------Ade----RVP------------

Hangusterbakar pula bakal menyaksikan Paul Ince bekas player Man U dan Liverpool mencongak strategi ape yang hendak dipakai bagi mengekan barisan yang tidak sempurna. Aku takut jika tersilap langkah, Arsenal mungkin hanya mampu seri atau tewas tersungkur di Edwood Park namunrekod RVP memang gemar score ke gawang Blackburn dan Adebayor memang suke bertemu Robinson dan memalukannya. Player yang perlu diberi perhatian ialah Abang Roque Santa Clause yang selalu dikaitkan dengan pemindahan ke Emirates. Pedersen takpe, Song boleh 'gam' die.

Jadi jangan lupe saksikan Arsenal live di ESPN 812 kul 955 pm.streaming online klik SINI.GNR's prediction : Blackburn 0 - Arsenal 1


0 ulasan: