Ahad, 14 September 2008

Post Match : Blackburn hangus dibakar Adebayor..



Simple.. just play simple.. tengok kan dah menang bergaya, boleh jek pun, main simple jek.. tenang.. clinical.. walaupun belum pernah main dengan 1st eleven sebenar tapi Arsenal menunjukkan mereka tetap sebagai satu unit. Arsenal tak perlukan CEsc Fabregas bermain cantik dan menarik untuk menang , cukup sekadar Fabregas ada di tengah padang dan mengajak rakan2 bermain secara simple. Adebayor telah membuka akaun baru season ni dengan Harick ketiganya bersama Arsenal.RVP menemui sentuhan jaringan lagi.Walcott nampak promising lagi dengan assist yang cukup cun tapi Wenger bermain dengan lidah lagi, pada awalnya kate nak sorok2 player nih..nasib baik berbaloi. Robinson? merana badan lagi.. ke mana sahaja die pergi die tak boleh lari dari dibuli Adebayor dan rakan2.hahahaha.. Away game, clean sheet dan 4-0. 3 kemenangan sekali kalah, sekali bolos..Jalan masih terlalu panjang dan berliku. Adebayor masih banyak lagi tarian yang akan ditonjolkan, Eboue..lakonan sendiri membawa padah..Sebab die selalu berlakon jadi aku nampak tadi pun semacam berlakon cume tersalah landing.Wenger mesti menangis meratapi anak kesayangan, jangan digigit semut api, nyamuk berdesing di telinga Eboue pun Pak Wenger bakar kelambu.Jadi aku harap Eboue hentikanla berlakon lepas nie kerana Arsenal tak perlukan taktik kotor untuk menang.Jika aku tersilap andaian maafkan aku.huhu..kerana skrin di kedai agak samar2 dalam kebanjiran manusia sewaktu roti banjir ku tadi hanyut di dalam perut.Arsenal menang, hati senang, perut kenyang.. mari bersahur...zzzz


0 ulasan: