Sabtu, 10 November 2012

Post Schalke + perihal Englishmen



Ada ketikanya kita king of comeback, ada ketikanya kita king of bottler. Leading beberapa bijik tak menjamin team tersebut untuk menang, kia pernah menghukum lawan , tapi hidup dan nasib ni roller coaster bila2 boleh naik dan turun- kita pulak dihukum lawan dalam Match bertemu Schalke awal Rabu lepas. Leading 2-0 tapi akhirnya akur sekadar seri 2-2 di tempat lawan akibat beberapa kesilapan individu. Jangan jadikan padang yang licin untuk tergelincir sebagai alasan menutup kesalahan, itu sememangnya lumrah tapi lihat balik peluang2 yang kita hadapai tapi gagal manfaatkan peluang terutama di minit2 akhir Lagi satu gol pembolosan yang hadir pada timing2 yang tak patut. Kalau team itu sedang ketinggalan dan boleh score sebijik betul2 sebelum tamat separuh masa, anda boleh tahu team mana yang tengah up mental mereka..Dengan result tadi, Arsenal melengahkan sedikit kemaraan ke pusingan berikutnya. Tapi persaingan kumpulan B masih dilihat terbuka, Arsenal masih tak selamat. Beza satu mata dengan top gorup Schalke skrg diapit oleh tempat ketiga jugak dgn beza satu mata Olympiacos, Perlawanan bertemu Montpellier di Emirates 21 November ini adalah perlawanan wajib menang.

Bagusla dapat melihat Theo dan Giroud meneruskan form jaringan masing2. Theo yang kelapan musim ini manakala Giroud keempat. Masalah bila bermain dekat tempat lawan ni, press Jerman mestilah memberi tumpuan pada pemain kebangsaan mereka yakni Podolski. Maka tak hairanlah timbul pulak desas desus Podolski unsettled di Arsenal, lagi2 kurang menonjol dalam game2 terbaru.Masalahnya dia bukan unhappy, cuma dia tak biasa lagi dengan role baru. Di Arsenal selepas Wenger mentelaah 4-3-3 ni ramai yang menjadi mangasa, malah central role position menjadi rebutan.Mana taknya, satu seat ni ramai tengah duk beratuq in line, Giroud, Theo, Gervinho,Podolski, Chamakh. Oleh itu haruslah Wenger mengconvert player2 ini out of position. Itulah kita lihat sekarang player2 ni dah macam takde idea bila main wide position. Nak cut in kantoi, cross kadang2 merapu.Bila dah pakai formasi ni, jaranglah Wenger nak convert winger kepada Stiker, kes Henry tu sekadar mitos sebagai harapan palsu.Itulah sebab kita tengok Theo tunggu bagai musang berjanggut- mungkin antara salah satu sebab dia tangguh sign kontrak. Gua harap Wenger betul2 consider peranan Theo. Nak taknak, Dia kini umpama main man dalam attacking kita. Nak sign ke nak jual ke, sort it out cepat. Gua harapa Theo stay la. Untukc ari replacement bulan Januari bukannya senang.Harga player pun melambung.

Cerita pasal seorang lagi Englishman rakan senegara Theo. Roy Hodgson sengaja bermain apai dengan Wenger. Dah orang tua Perancis tu cakap Jack kalau nak betul2 kembali kena tumpu pada peringkat kelab dulu. Budak ni baru jek tak sampai sebulanberaksi tiba2 alih2 dapat call up untuk meaningless friendly lawan Sweden minggu depan.Gua pun bila dapat tau berita ni berbulu. Untuk tidak menuang minyak pada api, Wenger kasi cool down konon dah ada 'kompromi' dengan Roy padahal satu dunia tahu Wenger bukan amek pot malah tak setuju dengan perlawanan persahabatan2 yang boleh meruntuhkan persahabatan antara manger sebenarnya. Kalau tiba2 budak ni injured balik, siapa mau jawab?! Bagi Roy "ohh..kesian2, takpe kita hantar kat klinik Arsenal dulu, karang dah ok kita guna balik.Apa? Bil Hospital? ala boleh claim itu Arsenal" Ak ada cadangan untuk Roy, Call up semua player Liverpool!-itu hobinya.

Malam ni bertemu Fulham. Szczesny dah kembali.Dia dah pun beraksi dengan reserve team backdoor, lawan West Ham.Tak berat sangat rasanya Wenger untuk drop Mannone. Kita perlukan konfiden kita balik. Game Derby kat tempat sendiri peluang baik.

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 6 November 2012

Post Match : Gloating

Mengecewakan lantas memalukan.Bukan dimarahkan tentang result tapi jelas persembahan yang begitu flat dan hambar yang harus dipersalahkan. Lupekanlah score, tak mencerminkan langsung. Tak ada langsung nilai Arsenal vs Manchester United seperti old days dulu yang selalunya sengit sehingga menggigit jari kaki, malah Ferguson sendiri melabelkannya, not even close. Siap cakap patut boleh menang lebih dari 2 bijik . Itu kongajaq tapi realiti. Memang kita dioutplayed, takde hala tuju dan tak create peluang langsung. Banyak bebenor penumpang berbayar dalam pasukan.Macam Wenger cakap tak penting pun siapa yg score, begitu jugak gua, tidak memberi najis pun siapa yang membolosi gol Arsenal.Cuma tak payahlah nak poyo sangat konon2 xnak celebrate la apa.Ape nak respek? kalo betul respek dari awal die tak ada dalam jersey tersebut malam tu. Kalo celebrate bogel keliling padang atau macam adebayor pun gua pedulik hape, he had already made the worst. Lepas tu buat2 poyo tak nak amek penalti, tackle sagna berani, baru kene tampar dengan Arteta meroyan.cait.(ok gua mengaku sedikit gloated)

Tapi ternyata gol awal tersebutlah yang mematikan game sebaik ia bermula.Dengan kapten kita bagi assist dalam antara game terburuknya.Gua rasa Mael punya performance makin drop sejak kebelakangan ini. Apabila ada yang memuji Mertesacker sebagai defender paling on form untuk kita musim ini, itu masalah pada CB2 lain.Kos dan mael harus pick up balik game berikutnya. Santos pulak entah apa yang difikirkan.Banyak kritikan pedas terhadapnya yang gua tak sanggup nak repeat. Kalau nak mintak baju ke peluk cium ke ko nak buat ape ke lantaklah, buatlah dalam tunnel. dia dah pun mintak maaf sebenarnya. Gua secara peribadi rasa takde masalah tapi memikirkan persepsi , satu dunia tengah tonton live ni.Mana rivalry spirit dan heat game yang patut ditonjolkan. Even Vieira pun tak pernah mintak stokin Roy Keane. Ray Parlor legend Arsenal sendiri cakap ia memalukan, lebih2 lagi Santos patut fokus pada game yg baru half time, dengan persembahannya pulak berterabur.

Arsenal kena resturcture balik defend. Ketiadaan Gibbs amat dirasai. Santos harus didrop supaya muhasabah diri. Ignasi Miquel gua rasa patut diberi peluang step up kalau keadaan berterusan begini tanpa peningkatan.Takpun kembali dengan Mael main kiri, Kos dan Per bergandingan, kanan Sagna.Itu part defend. Tapi kita jugak tewas malam tu sebab taktikal dan line up. Kalau fan macam gua pun dah boleh predict lineup, teknik dan taktik untuk counter dalam poket Fergie. Gua tak ingin memuji tapi dia buat tindakan yang berani dan betul mengeluarkan Cleverly ketika Wenger terus gamble dengan Wilshere.Tapi itu nasib2, dalam bola sepak, tak siapa yang boleh ramal masa depan. Kad merah pun, second yellownya agak harsh. Gua tak nak start dengan argument pengadil, anda boleh nilaikan sendiri. Pemain, taktikal dan pihak pengurusan lebih harus mengakui kelemahan diri. Berbalik pada line up tadi. Beza antara United dan Arsenal, Young dan Valencia adalah winger dan wide player maka gaya permainan sebati dengan natural position. Rambo dan Podolski bukan wide player dan tak sesuai langsung. Nak tunggu berapa game baru Wenger nak sedar akan kegoblokan ini. Mereka lebih kepada central position. Boleh maaflah kalau tak turun Theo sebab pancit awal rabu dulu, tapi atleast gunakanlah pendekatan berbeza sikit. Game yang kita menang selama ni pun bukan dalam corak konfiden dan memberangsangkan. Passing ratio antara Podolski da n Giroud serta passing antara Cazorla dan Podolski sangat mengejutkan!

Walaubagaimanapun, ada suatu yang boleh dipuji, iaitu away fan yang hadir. Sama seperti musim lalu, mereka tidak segan silu melontarkan kudrat suara mereka memberi sokongan walaupun team beraksi sedemkian rupa. Nasib baiklah, gol cantik dari cazorla menjadi saguhati untuk tontonan serta menafikan clean sheet buat united.

Oklah, cukup meroyan untuk game tersebut.Cuba kita cari sinar di dalam kegelapan terowong walapun pintu keluarnya agak jauh lagi dijejaki. Dari sepuluh game, kita dah menang 4, dan kalah 3 slebihnya seri. Tarik nafas dalam, dengar macam bangang, tapi dah jadi macam ni cukuplah sekadar kita pejam mata bayangkan kalah kepada United dan Chelsea dah macam deposit yg kita dah kira awal2. Seri dengan Sunderland di tempat sendiri dan kalah kepada Norwich adalah kejutan.18 game lagi, jauh, macam2 boleh berlaku.Sama ada keputusan menyebelahi kita atau tidak selepas ini. Kita jugak dah hadapi game2 sukar(bukan bermakna yang lain tak susah) 1st orund ni, cuma tinggal NLD yang masih menanti.

Malam ni bertemu Schalke. Ini pun satu cerita. Macam mana boleh kalah kat tempat sendiri, Arsenal memang sengaja cari pasal.Dengar cite rambo injured, Theo sakit perut. Wilshere mungkin akan diturunkan balik dalam UCL.Time darah muda ni kene control emo, jangan cepat panas. Arsenal dikatakan sedia buat perubahan macam line up yang gua cadangkan tadi.kita tunggu dan lihat. Dengan Schalke pun baru kalah dalam game Bundesliga minggu sudah, ini kesempatan terbaik untuk dua2 team fire up, memastikan game malam ni penuh aksi. Kalah sekali lagi atau seri, kita punya position untuk layak mampu sedikit tergugat. Target kita adalah nak champ group. Tapi sekarang bukan boleh kira, season lepas champ group pun jumpa Milan terkeluar jugak. Apa yang boleh elak , kita elak.Minimakan possible damage yang boleh menghalang kita mara.

Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 3 November 2012

Pre Match : Selepas semusim, kembali untuk menebus maruah.



Apa yang penting ia pasti tak akan berulang lagi 8-2 seperti tahun sudah. Tahun lepas kita dalam mess, serabut kerana diganggu transfer period.Game Udinese benar2 buatkan palyer kita all out, tiba hujung minggu kita benar2 kering. Musim ini ceritanya berbeza, kita sudah lebih bersedia.Daripada kesebelasan yang terlibat tahun lalu, hanya beberapa player sahaja yang available itupun none starter, mungkin sekadar di bench hari ini. Theo, Arshavin,Rambo,Koscielny, Jenkinson, Coquelin semuanya pernah diberi azab di Old Trafford tapi dengan ada pembelian borong sebaik tamat antara hari paling menyedihkan dalam sejarah kelab,diikuti dengan penambahan untuk musim ini situasi kali ini pasti berbeza. Pemain2 seperti Arteta, Mertesacker, Santos, Giroud, Podolski , Cazorla akan mendapat peluang kali pertama beraksi di OT dalam jersey Arsenal. Walaupun ada hype2 lain yang banyak digembar gemburkan saja kasi bakar line, namun perlawanan Mancester United vs Arsenal tidak harus bertemakan tentang seseorang individu tertentu. Ada perkara yang lebih besar dan penting. Manchester United VS Arsenal adalah perlawanan penuh rivalry dari legacy yang mana aksi yang akan dipersembahkan harus menjadi perbualan. Walaupun cerita2 sisipan ini sekadar menambah asam garam drama, Arsenal fan must let go of it. Orang itu bergelumang dgn Manchester United kini dan tiada kaitan untuk Arsenal amek pot .Gua tidak memberi najis. 3 mata dan penebusan maruah lebih munasabah untuk dipikirkan malam ini. Walaupun Wenger menyeru segala rakyat yang datang dari North London supaya terus kekal 'respect' , realitinya dia tak mampu mengawal emosi crowd.So get on with it.Apa yang bakal berlaku , ia tetap akan berlaku cuma kita harap it just not beyond the limit. Itu satu persepsi semangat (bukan dari segi kesukanan, maksud gua, naik sheikh) dari sudut lain dalam bola sepak. Lumrah.

Tugas besar menanti kita di stadium lawan kerana rekod kita di sana kurang memberangsangkan. Arsenal cuma mampu seri sekali manakala tewas 7 daripada lapan kunjungan terakhir ke OT dalam kesemua kejohanan. Dalam setiap game kebanyakannya kita hanya mampu score sebijik, yang 2 bijik tahun lepas adalah paling banyak kita score dalam 20 game?! Kurang memberangsangkan bukan. Tapi berdasarkan form semasa, Arsenal dan United dah score 12 bijik gol antara mereka dalam game terbaru, tengah minggu sudah walaupun lineup boleh dipersoalkan. United dah bolos 13 gol sekali ganda daripada Arsenal yang kini baru bolos 6 bijik, rekod paling rendah dalam Premier League setakat ini. Siapa kata defend kita teruk sangat? hahah.Bezanya kita cuma mungkin tumpul sedikit di barisan hadapan , perbezaan 10 gol. Pasti ramai yang mudah buat kesimpulan sebab apa. Bagi gua kita belum click together kerana ramai newcomer dari liga2 asing, itu sebab kita cuba berikan tumpuan pada asas fundamental iaitu defending.Kita mula dari bawah. Ia dipotrait daripada gameplay kita.Even keeper kita release bola pun selalu pilih short pass berbanding sepakan2 tinggi tak tentu hala. Arsenal just suka passing dan passing.

Untuk game malam ini kita mungkin ada chance, mereka juga mungkin ada.50-50. Tiada lagi Park Ji Sung yang merupakan 'Drogba' United ketika bertemu Arsenal. Seorang lagi pemain Asia, Kagawa turut terlepas aksi. Gua jangkakan akan ada lambakan seperti biasa oleh Fergie di bahagian midfield, taktik typical untuk halang Arsenal punya game. Dan ancaman yang akan mereka salurkan adalah melalui wing. Target mereka adalah weakest link Arsenal, Andre Santos. Valencia dan Rafael akan menjadi cabaran, Arsenal perlu memastikan bahagian kiri kita full cover. Podolski akan kena banyak buat trackback. Arteta akan memastikan kita tak hilang possession di kawasan sendiri. Ia akan jadi 4-1-4-1 atau 4-5-1 bagi kedua2 pasukan. Giroud yang masuk sebagai sub tempoh hari masih ada minyak untuk start game ni , lead attacking line.Tanpa Gervino itulah pilihan yang kita ada. Theo dan Arshavin gua bajet kompom hanya selaku super sub sebab 120 minit itu hari dah cukup demanding. Rooney akan main deep mungkin sebaris dengan Cleverley depan kepada Carrick, battle dengan Cazorla dan jugak orang harapan kita malam ini, Jack Wilshere. Untuk kembali dalam perlawanan yag penuh tekanan malam ini akan menguji karektar Jack dalam big game. Kita pernah lihat bagaimana influential nya dia ketika menentang barcelona 2 musim lalu, kita harap dia boleh repeat balik persembahan cemerlang sebegitu. Winning balls,breaking all the opposition, goes through.

Belah kanan kita sedikit lega dengan kembalinya Sagna. Andaikata kita start dengan Rambo, kita bakal berdepan masalah kerana United meletakkan Young di sebelah kiri, salah seorang lagi performer untuk game tahun sudah. Pendek kata nak bunuh game United tutup flank mereka. Mertesacker dan Mael punya tugas adalah jaga orang itu yakni RVP. Masing2 kenal antara satu sama lain, dalam game ini siapa dapat baca siapa, adalah kunci. A milisecond timing akan menjadi perbedaan. Di belah United, ketiadaan Vidic sehingga akhir tahun adalah satu blow sesudah kehilangan Smalling dan Jones. Gandingan Rio dan Evans belum cukup meyakinkan dan di sinilah Arsenal perlu ambil peluang. Perlu diingat, walaupun mereka score goals, tapi United musim ini tetap bolos goals. Arsenal harus gunakan peluang sebaik mungkin.

Tiada lagi Szczesny, Gibbs, Diaby, Rosicky, Gervinho, Chamberlain yang kesemuanya masih kekal di wad pesakit.

----------------Mannone--------------
Sagna------Per--------Mael-----Santos
------------Arteta---Jack---------
---Rambo------Cazorla--------Podolski
---------------Giroud-----------------

Gua tak mintak banyak. Cukup sekadar tunjukkan satu display performance yang padu dan meletop all out. At least kita hadir dan balik dengan bermaruah. 3 mata sahaja yang akan meletakkan kita kembali pada landasan untuk merapatkan jurang dengan pasukan2 di atas table. Selain dari itu pada kedudukan ini ia bakal menyukarkan. Arsenal dah alami yang paling teruk, yang paling hina, nothing to loose for i untuk kita malam ini kasi Gung Ho! Cuma jangan hampakan penyokong. We love you Arsenal, we do..

 Astro 845PM Manchester United 1- Arsenal 2.

Agi idup agi mengGunners!!