Rabu, 20 Mac 2013

Still keep on Fighting!



2 Kemenangan away berturut2 ,dengan 2 gol setiap satu,serta 2 clean sheet dalam defend yang dah di restructure -menyaksikan kapten Mael dan keeper Szczesny direhatkan- sedikit sebanyak mengubat hati para Gooners. Tapi sayangnya internationaleleh datang memotong mood kerana baki 9 game hanya akan bersambung 30 Mac ini melayan kunjungan Reading. Sayang kita tengah on form, manakala jiran poyo kita tengah elok2 dirundung malang. Pastinya makin resah gelisah hampir setiap musim dejavu, semakin hampir mereka rasa mereka mampu memintas Arsenal, semakin jauh angan2. Dari 7 point kini tinggal 4 dan Arsenal boleh memotongkannya kepada satu mata jika menang baki beza 1 match tersebut.Itulah ketika kita tewas kepada Spuds tempoh hari bagi gua, janggan gelisah kerana Spuds terkenal dengan gelaran the bottlers , seringkali mempersiakan peluang terhidang.


Setelah dimalukan di White Hart Lane, gua menuntut respond dan ternyata ia berbalas . Walaupun kita tidak bernasib balik untuk layak ke pusingan suku akhir apabila dihukum melalui hukum gol di tempat lawan walaupun agregat terikat 3-3, tapi satu semangat dan persembahan yang sempoi ditunjukkan. Orang putih kata Glorious failure atau Heroic failure,  tapi sekurang2nya malam2 Eropah yang indah itu hadir kerana kita langsung tak diberi harapan sebenarnya, namun kita terus memberikan fight sehingga mereka rasa terancam, sama seperti musim lepas kita buat pada AC Milan, kita sedikit sahaja lagi , semakin hampir. Untuk menang di Allianz Arena bukan tugas mudah lagi2 itu hanyalah kekalahan ketiga Bayern musim ini.Dan pula kita tanpa pemain2 utama seperti Jack Wilshere, Podolski, Sagna. Gua tertarik dengan gamble berani Wenger mendropkan 2 player out of form, Mael serta Szczesny. Dengan Monreal Cup tied, Wenger gamble bagi Gibbs start, tidak mengulangi kesilapan meletakkan Mael di LB, dan Jenkinson nampak solid di RB.Fabianski konfiden dan vikla dalam game ini. Walaupun gua kurang kepercayaan terhadapnya tapi keputusan Wenger untuk merehatkan Szczesny ternyata tepat.Koscielny dan Mertesacker bergandingan di CB tidak melakuakan aksi2 longlai tanpa memberi ruang kepada Bayern, malah Koscielny merekodkan satu jaringan untuk dirinya. Cuma sayang ia datang terlalu lewat walaupun Giroud dah score gol terlalu awal. Ternyata gol minit ketiga tu membuat Bayern tersentak dan tak boleh bermain, mereka terlalu berhati, nak attack takut kene counter, nak defend takut buat silap, Arsenal bermain tanpa sebarang keraguan dan benda yang nak dipikirkan, Nothing to lose, dan bila situasi macam gini, segalanya dalam kawalan dan kita boleh main ikut flow yang sepatutnya. Cuma sayang ada beberapa performer yang tak step up seperti Walcott yang diharap dapat cipta sesusatu namun tak boleh dipersalahkan apabila dia dan Giroud bertukar2 shift , isolated di atas. Lepas dia sign kontrak baru dia punya form ada sedikit turun, lack motivation? Gua tak apsti. Tapi yang gua pasti Walcott dedahkan saat2 perbincangan kontraknya tergantung tu, rakan2 ada sahaja yang akan membahan dirinya terutama Podolski yang tak habis2 menyanyikan lagu 'sign da thing'. Walaupun sekadar gurauan, sedikit sebanyak gua rasa memainkan peranan kerana ia membuatkan player chill2 sesama meraka dan rasa bagai satu keluarga maka Theo tak sukar buat keputusan untuk terus kekal di Arsenal. Apapun kemenangan ke atas bayern Munich dah jadi sejarah dan harap dapat mengembalikan maruah serta menyuntik semangat untuk kita terus berjuang mendapatkan tempat untuk bersaing musim depan.


Berita gembira Arsenal tidak terhenti di situ. Kita bertandang ke Wales, bertemu sebuah pasukan yang dah kompom akan beraksi di Eropah season depan dengan kejayaan dalam League cup, mereka menewaskan kita di Emirates dan dendam akhirnya terbalas. Gua ingat lagi ketika kita kalah kepada Swansea 1st round, memang Wenger under pressure, riot di sekitar Emirates dengan Black Scarf Movement meneruskan gerakan anti Board, tapi kini umpama sudah lali, sepi seketika. Mungkin jugak kebiasaan sepertimana musim2 lepas, kita terumbang ambing Ogos hingga November kemudian Disember sampai Februari adalah malang tidak berbau, dan Mac hingga May barulah nak redeem balik. Kalau perasan , itulah pattern kita dalam beberapa musim trophyless ni. Berbalik kepada game menentang Swansea. Wenger terus memberi kepercayaan kepada Fabianski, sampaikan bapak Szczesny naik meroyan melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa, dibangkusimpanankan. Kalau semua bapak nak campur tangan urusan footballer, memang gua yakin bapak Arshavin bapak Chamakah dan ramai lagi persatuan bapak2 akan datang menyerang Wenger. Rileks laa pak cik, pakcik dulu pun player, keeper jugak, jadi sekali sekala dapat cuti, apa salahnya, biar muhasabah diri dan fokus. Kapten Verminator tak main lagi, tenang jek , profesional takde nak menggelabah. Game yang agak tight dengan masing2 pasukan cuba meminimakan kesilapan. The Macho man, gelarannya, Nacho MOnreal , menjaringkan gol pertama dalam liga semenjak perpindahannya Januari lepas. Sekali lagi talihayat kita diselamatkan oleh defender. Tapi Game yang banyak menunjukkan gerakan dari the main man, Santi Cazorla. Dia antara player yang stand out malam tu, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jack Wilshere. Dan Wenger pasti boleh berbangga apabila subnya Rambo-Gervinho yg selalu mengundang kritikan , dilihat sebagai perubahan taktikal la sangat dan gandingan kedua2 super sub ini menghasilkan gol melalui counter attack di minit2 terakhir.

Ok, masa untuk jadi Nostradamus. Jom kita tengok pesaing2 realistik untuk tempat UCL. Selain Arsenal, Chelsea, Spuds dan Everton sedang mengintai tempat ke UCL. Mancity gua tinggalkan . Walaupun City hanya berbeza 9 mata ketika ini gua rasa dalam situasi sekarang agak sukar untuk mengejar,namun dalam bola sepak seagalanya mungkin. Mana Liverpool? Jangan bimbang, they never walk alone, ada Swansea West Brom Fulham tengah seiring dan sejalan dalam class mereka.

Jadi bagaimana baki-baki game pasukan masing2 menentukannya? Baki game musim ini bagi the contenders  :

Arsenal :
 

Chelsea :
 

Spuds :


Everton :
 


Atas kertas, nampak macam Arsenal paling senang bukan? Ditambah pula kerana ketiga2 yang lain perlu bertemu sesama mereka, akan memberi kelebihan pada Arsenal bila ada pasukan yang drop points.Manakala Arsenal hanya belum bertemu Everton, game yang ditangguhkan sebab kempen Everton dalam FA cup dulu. Atas kertas jugak bagi Arsenal, United merupakan cabaran terbesar itu pun di home.Home game, away game sekarang bagi Arsenal lebih kurang.Bukan boleh dikira sangat. Namun Aksi away menentang West Brom, Fulham dan Newcastle perlu diambil secara serius kerana, pasukan2 ini bukan calang2. Team2 lain jugak boleh cipta kejutan jika Arsenal tak berhati2, Reading, QPR, Norwich Wigan yang semua dikategorikan sebagai wajib menang. Gua risau last day of the season di St James Park tapi pertemuan Chelsea lwn Everton pada hari yang sama boleh mendatangkan sesuatu. Dan secara peribadi gua rasa Europa Cup ada watak penting dalam game ini ketika Chelsea dan Spuds masing2 tengah struggle berjuang dalam suku akhir. Kita boleh lihat bagaimana ter effectnya spuds lepas tewas kepada Liverpool, mereka dibelasah teruk Inter Milan, layak nasib2 sebab 1 gol away.Kemudian dalam game menentang Fulham, mereka nampak keletihan dan sayor macam biasa.

Inilah yang syok tentang BPL. Walaupun tak sempat menang piala, tapi masih ada benda yang hendak di fight. Bukan macam tempat 1st tu yang dah kompom2 menang diorang kata, tapi kan dah bosan, tengok bola pun takde passion. Menang pun sebab Arsenal dah bagi pakej masa summer dulu, bagi sekor plus dengan piala. Berbeza dengan situasi team2 lain yang tak bernasib baik nak merebut seketul piala tu, fighting for pride pun berbaloi jugak. Lagi2 bila kita ada rekod yang harus dipertahankan, malah tak rela sesekali membiarkan jiran tetangga rival memintas, apatah lagi bagi menang liga?euwww..tidak  sesekali. bukan dalam zaman kita..never. COYG!!

Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 13 Mac 2013

Mengharapkan keajaiban


Gua sengaja peram lama siket bagi cool setelah kekalahan minggu lepas . Bagi para spuds syok terlebih dengan kemenangan 'piala Dunia' mereka. Mereka ingat mereka dah menang satu NLD dan beza 7 points dah habis power?! jangan berharap, sejarah dah membuktikan maka tidak pelik apabila Hujung minggu lepas, ketika game kita bertemu Everton tertunda akibat FA Cup, Spuds sekali lagi mempersia2kan peluang untuk menjarakkan diri kepada 10 mata. Keputusan di Anfield pastinya satu tamparan buat peminat2 Spuds apabila Liverpool menyepikan seketika lagak sombong angkuh dan bongkak jiran perasan bagus.Kebadutan Lloris dan Defoue telah memberi peluang untuk Arsenal merapatkan jurang. Buat para Gooners, jangan syok sangat walaupun berbeza 1 perlawanan selagi belum 3 mata, ia bukan 3 mata. Tapi ia pastinya satu tonik dan lifeline bagi Arsenal, yang seharusnya kini fokus game by game. Atas kertas kita nampak ada chance dengan Spuds perlu lawan Everton, Swansea, Chelsea dan City. Kita jugak apa kurangnya jangan pandang ringan, kita masiha da Swansea hujung minggu ini, Everton dan juga United. Chelsea masih lagi dalam zon boleh kejar , begitu jugak diam2 ubi Liverpool yang kini hanya 2 mata di bawah, bersama2 Everton. Jadi saingan untuk tempat ke UCL masih luas terbuka rakan2, jangan berhenti berharap!

Seperkara lagi yang 'membanggakan' buat Arsenal kini adalah Arsenal satu2nya wakil England yang diharap untuk ke saingan UCL ke peringkat suku akhir.-Walaupun realitinya sukar tapi faktanya hanya kita yang tinggal- Jadi awal pagi nanti Arsenal akan bertandang ke Jerman, Allianz Arena bagi mencipta historic comeback. Nampak sukar tapi tiada yang mustahil. Kekalahan 1-3 di Emirates seumpama menutup peluang di mata pemerhati2 tapi sebagai penyokong, gua dan anda berhak berasa yakin miracle mungkin boleh terjadi sehingga wisel penamat ditiupkan. Mungkin bunyi terlalu optimis tapi itulah tugas kita sebagai penyokong walaupun Wenger sendiri dah macam concede kan UCL season ni dengan line up yang bakal diturunkan. Dia lebih prefer untuk cuba UCL tahun depan, itupun jika layak. Maka dengan itu Game bertemu Swansea dilihat lebih penting baginya. Dengan Wilshere injured ankle tiga minggu out, Podolski juga injured ankle, malam ni kompom dah out, Szczesny 'direhatkan'. Mengapa direhatkan ketika kita dah 10 hari tak tendang bola? Gua rasa ini memang plan Wenger yang dari satu sudut, nak menghukum kedaifan Szczesny dalam 1st leg walaupun bukan totally salahnya( tapi untuk start Fabianski tak banyak beza pun) atau dari view yang kedua, memang Wenger pun nampak macam tak ada harapan jadi dia bagi laa player2 yang jarang dapat peluang untuk beraksi.


Itu sebab Arshavin, Diaby jugak telah dipanggil ke dalam skuad malam ni. May be dengan mimpi Arshavin boleh menjenamakan dirinya semula dengan mengulangi 4 gol satu game. Tapi pada gua ini bagus, bagi changes, kasi segar. Player2 macam Rosicky, Arshavin dan Cazorla kalau bergabung mungkin boleh lah bagi sesuatu.Kerana 2 nama awal yang disebut tadi pernah menjadi 'game changer' ketika waktu prime mereka, yang boleh mencipta sesuatu dari kebuntuan.Apapun itu cuma assumption dan harapan. Kita cuma harap mereka main dengan terbaik, menang tak layak pun takpe, maknanya menang tapi agregat tak cukup, asalkan main dengan penuh bermaruah. Tapi bila tengok lineup yang disediakan dan player2 yang available,hanya ada 2 kemungkinan nampaknya sama ada kita dibelasah teruk atau kita mencipta kejutan sebagai underdog. Yang kedua better.



Masalah barah di bahagian pertahanan bakal berlanjutan lagi2 game malam ni untuk mengekang keperwiraan tentera2 Jerman yang pantas dan tajam.Riberry dan schweinsteiger tak main sebab injured dan kena gantung.Tapi finalis 2 musim beruturut2 tu masih ada banyak lagi askar2 simpanan yang mantap2 berbeza dengan kita dari segi quality depth, yang hanya sekadar nombor itupun cukup2. Gibbs dah boleh turut serta dalam skuad tapi sama ada start atau tidak belum pasti. Untuk letak Mael LB buat kali kedua bukan satu tindakan yang bijak. Lebih2 lagi dia tak on form musim ni dan dah terbukti satu disaster waktu 1st leg.Untuk bertemu Bayern kita kene ada fullback yang ada pace.Jadi kita gamble dengan Gibbs dan Carl ketika Sagna jugak out injured.Untuk midfield Rosicky Arteta Cazorla, itu dah cukup nama2 yang berpengalaman tapi tak berapa nak balance untuk cover defense . Gua menjangkakan Theo Giroud dan Gervinho akan start di atas dan Arshavin seeprti biasa dibangku simpanankan. Yang merisaukan adalah sejauh mana so called winger transformer ni boleh cover fullback melakukan track back.Bolos adalah perkara yang sangat2 perlu dielak dalam game yang kita tengah kejar macam ni.Tapi mengenali Arsenal, mari mengharapkan result 4-2.COYG!!

--------------------Fabianski-----------------
Carl----------Mertesacker---Mael----Gibbs
-----------------Arteta---Rosciky-----------
--------------------Cazorla-------------------
-----Theo---------Giroud------Gervinho----

Walaupun tak de siapa meletakkan harapan untuk Arsenal melangkah ke pusingan berikutnya pada situasi ini. Gua rasa masih ada sesuatu yang perlu diperjudikan, pride. Dan Arsenal bermain tanpa tekanan, nothing to lose.Gua rasa dengan mengabaikan result 1st leg, sebagai pasukan underdog, kita mungkin boleh bagi kejutan kepada Bayern Munich sepertimana kita hampir2 mengejutkan AC Milan musim lalu. Segalanya mungkin.. Harap ada lagi malam2 Eropah yang indah..

  Agi idup agi mengGunners!!



Ahad, 3 Mac 2013

NLD paling getir setakat ni?

Santi Cazorla baru2 ni pernah tweet "macam mana nak dapat 300k follower ?" .Bagi gua mudah sahaja kalau dia pamerkan persembahan heroic macam lawan Aston Villa minggu lepas secara konsisten dan terus menerus score goals untuk Arsenal, pasti kejap sahaja sasaran dia tu tercapai. Gandingan Malaga antara Monreal dan Cazorla telah 'meneyelamatkan' Arsenal daripada minggu2 dan nasib malang setelah 2 kekalahan berturut2 dalam Cup, Blackburn kemudian Bayern. Di minit2 akhir perlawanan, Monreal bijak menghantar bola ke kawasan bahaya dengan harapan ada rakan2 membuat penyudah dan ternyata Cazorla tak mempersiakan peluang untuk gol ke 11nya musim ini di mana sebelum tu, di awal minit perlawanan  jugak menambah gol peribadi ke 10nya. Walaupun Villa menyamakan kedudukan dan kita bermain agak hampeh dalam keadaan agak tertekan mencari kemenangan, result tu ternyata satu relief buat player, manager, dan penyokong Arsenal FC sebenarnya. Lagi2 menjelang pertemuan dengan musuh ketat Spuds dalan NLD malam nanti.


Spuds sekarang ni tengah syok sendiri. Tibe2 musim ni dapat rasa no 3 belakang dua kelab Manchester, dan menjadi teraju dalam perebutan 3 kelab London bersaing merebut tempat Champions league.Tadi, baru sahaja dipintas Chelsea yang berkelebihan satu perlawanan. Arsenal perlu menang game esok, salah satu sebab utama ialah sebab NLD itu sendiri tapi jugak untuk keep distance dengan Chelsea. Spuds? huh tak perlu bimbang sangat mungkin pada one man team ni. Harapkan Bale seorang,  samalah kata2 yang dilontarkan kepada Arsenal beberapa musim sebelum ini harapakan Henry seorg , harapkan Fabregas seorg, harapkan org itu seorg. Wenger kali ni siap declare Arsenal dah distribute task list tu kongsi ramai, Cazorla, Podolski,Theo, Giroud WIlshere, masing2 boleh diharap untuk score. Walaupun niat untuk tak ada special marking kepada Bale bunyi yang agak kerek dan dungu, namun ego untuk NLD mesti ada. Haha. Kasi hangat! Ini baru beza berapa mata ada hati dah nak cakap pasal shift of power in North London.puiii.. Tak ingat ka musim lepas, beza 10  mata kalau tak silap, kalau kalah, boleh jadi 13 malam tu, kena dah 2 bijik.. tapi last2 Arsenal jugak yang menang 5-2. Season ni, home game, menang lagi 5-2. Jadi tak payah nak berlagak sangatlah wahai para Spuds,Bergumbiralah dengan si Bale tu selagi ada kerana gua tak nampak dia stay lama kat pasukan2 kecik ni ketika gergasi2 Eropah datang mengetuk pintu summer nanti. Jadi gua memang tunggu Arsenal akan jadi dalang apabila meletakkan Spuds di tempat sepatutnya , menggagalkan Spuds ke Champions league musim depan , menghilangkan faktor daya tarikan kelab perasan .

Tapi secara formnya ramai yang masih ragu2 akan keupayaan Arsenal dan bagi Spuds fan mereka rasa ini kalilah mereka akan memintas jiran yang selama ini dicemburui.Suatu yang kali terakhir dilakukan adalah pada musim 1994/1995. Ketika itu Arsenal dengan Wright, Smith, Seaman, Adams,Dixon, Winterburn , Keown tapi hanya mampu menghabiskan liga di tangga ke 12 manakala Spuds di tangga ketujuh. Summer itu, Arsenal bawak masuk permata, DB10 mengubah dimensi dan membawa era baru Arsenal, semusim selepas itu Wenger masuk dan dengan rekod cantiknya 16 tahun tidak pernah berada di bawah kaki Spuds. Namun musim 2000-2007 adalah terbaik bawah Wenger menang 12 seri 7 dalam semua NLD. Mereka sangat hampir melakukannya di final day musim 05/06 tapi sebab menterkedarah lasagna sampai sakit perut lepas tu konon nak siasat2 hotel penginapan yang hidang makanan tu, kekalahan kepada West Ham 1-2 kekal sebagai announcement paling indah di hari terakhir Highbury! Dan ketika sumpahan puaka Emirates baru melanda Arsenal,bermula 2008 banyak rekod2 baik terpaksa dilepaskan dengan kedua2 belah pihak dah menang 4 kali dan selebihnya seri. Jadi Spuds, sangat2 yakin bawah manager muda yang sedang menjenamakan diri semula, Villas-Boas , bahawa musim ini adalah musim mereka. Ini tugasan yang sangat besar dan beban amanah serta maruah harus dipikul oleh Wilshere dan rakan2 lain.Kalau dulu NLD ni serius di jiwa pemain2 local, tapi ketika era globalisasi ni tak kiralah dari mana, passport apa, selagi mereka dalam jersi merah putih tu jangan sekali2 dicemari dengan kekalahan kepada Spuds.

Sagna Out, Diaby 50:50, Gibbs masih out. Jadi player2 yang tinggal ni lah harapan untuk membawa nama dan maruah Arsenal. Pandang rendah Bale yang dah score 15 bijik ni macam bunuh diri la kan, tapi kalau menumpukan pada seorang player primadona saja ketika mereka ada lagi player2 lain jugak tak masuk akal. Pendek kata, Arsenal kena berwaspada, jangan masuk perangkap. Tambah ketiadaan Sagna di sebelah kanan, memudahkan Bale untuk mencari lubuk. Gua betul2 risau dengan kedua2 bek kita yang nampak seperti bakal menjadi sasaran bertalu2.Jadi gua mahukan ada cover di fullback oleh itu Podolski yang rajin harus start game ni. Paling gua bimbang Carl jenkinson di RB tak dapat support dari Theo. Mungkin Rambo akan start game ni kalau ikut nafsu Wenger. Tapi selagi siapa pun yang diurunkan dan memberikan segalanya itu pun sudah cukup. Gua nak ada fighting spirit dan kerana kita sedang meletkkan maruah kita on the line sekarang ni.

-----------------Szczesny-----------------
Carl-----Mertesacker-----Mael-----Monreal
----------------Arteta----------------------
-----------Wilshere-----Cazorla----------
----Theo-------Giroud-------Podolski-----


1200am Spuds 2 Arsenal 4



18 years and still counting.......

Agi idup agi mengGunners!!!