Ahad, 23 September 2012

Pre Match : Manchester City vs Arsenal.

Bertandang ke bandar Manchester tidak asing buat Arsenal, tapi satu senario baru apabila melihat kali ini singa emas berada di bahu jersey biru berbanding merah sebelum2 ini. Tapi itu bukan concern utama ketika ini untuk menyampuk hal perselisihan antara JKK setempat, kita ada perkara yang lebih penting lagi untuk diselesaikan di Stadium Etihad. Baru2 ini di Stade de La Mosson kita kick off Champions League kita dengan positif walau corak aksinya agak negatif terutama di separuh masa kedua. Ini buat pertama kali musim ini dalam 5 game yang telah berlangsung, Arsenal nampak di overplayed dan didominasi pasukan lawan. Selain itu faktor keletihan dan fitness turut menjadi isu apabila Wenger memilih untuk tidak melakukan rotation dengan menyenaraikan barisan kesebelasan terbaik sebagai menghormati pembukaan UCL. Nasib baik ia berbalas, walaupun kita terpaksa bermula dengan jalan sukar, kejar dari ketinggalan 1 gol sebelum Podolski dan Gervinho meneruskan goal scoring form mereka. Ramai yang kata kita menang nasib, menang ugly, gua tak menafi tapi menyangkal kritikan2 dan keluhan tak membina.Untuk bertandang ke tempat lawan yang merupakan juara liga Perancis dan membawa pulang tiga mata tak ada apa yang boleh dikomplen lagi. Bagi yang rasa boleh senang2 belasah, itu silap.Montpellier jadi juara liga Perancis mesti ada sebab, begitu juga pembelian Giroud, pasti ada faktor nya.Mungkin masa yang menentukan. Sedikit sebanyak , Montpellier memberi pengajaran dan pengalaman berguna kepada kita untuk beraksi bawah tekanan dan kekal liat bertahan.


Adakah Giroud akan memecahkan kebuntuan malam ini?

Malam ini misi untuk meneruskan rekod tanpa kalah yakni meyakinkan lagi para pengkritik yang meragui kemampuan kita selepas summer transfer yang dikatakan songsang. Mudah sahaja bagi media dan tabloid, menang malam ini bererti tajuk akhbar esok, Arsenal adalah title contender , kalah, anda tak perlu terkejut jika tajuknya Arsenal bakal relegated sebab lepas ni mereka akan kalah kepada Chelsea. Itu modus operandi yang telah lali kita layani. Antara ramai2 pemerhati, hanya kita sebagai penyokong, pengurus, dan pemain kelab sendiri yang yakin akan kemampuan sebenar untuk sampai ke tahap full potential. Gua lihat barisan midfield kita semakin seimbang dan bertambah mantap dengan kehadiran Arteta-Cazorla serta fizikal dari Diaby. Ini belum campur obility dari Rosicky mahupun Burst dari Wilshere serta robust yang dioffer oleh Coquelin dan Frimpong. Moral boost buat Arsenal apabila duo Wilshere dan Frimpong telah sah kembali ke full training tapi memerlukan lebih masa untuk match fit. Arsene Wenger begitu yakin Wilshere akan come good seeprti mana ketika dia terpaksa berehat dulu malah dikatakan akan menjadi jauh lebih baik atas laasan kecederaan yang dialami seawal usia muda , berbanding pemain2 yang injured ketika waktu kemuncak. Mengukuhkan fakta, kes Eduardo dijadikan perbandingan.
"[For example] Eduardo had limitation of his ankle. Jack has no limitation of his ankle it was just a fracture. Eduardo had a rupture of his ligaments and in construction they had to tie his ankle up so once you lose your flexibility of your ankle you are, of course, not the same player. That is not the case for Jack.
 Kehadiran mereka2 ini hanya membawa satu isyarat iaitu positif kepada Arsenal. Sebagai juara bertahan, City mungkin menjadi pasukan target untuk dikalahkan, manakala alangkah baiknya jika kita dilabel sebagai team untuk di break down melihat kepada statistik pertahanan kita yang baru melepaskan 1 bijik gol dalam liga. Pemain baik seeperti Koscielny pun harus tunggu peluang di bangku simpanan kini menunjukkan option yang kita ada sekarang. Itu belum campur Bacary Sagna yang on the way. Dan malam ini tugas besar untuk menghalang kelibat Tevez, Dzeko, Aguero, Yaya Toure. Bagi City, mereka perlu bangkit dengan corak yang lebih serius kerana defensive mereka setakat ini nampak sambil lewa dengan bolos gol2walaupun score lebih, lagi2 kalah kepada Real Madri baru2 ini. Toure sendiri melabelkan Arsenal sebagai pesaing utama dengan respect ;


“This match is worth four points – three in the table and one extra ­because of the level of the rival.Facing Arsenal is not easy and I am convinced they will cause us more problems than Real Madrid did this week.

Icty akan mendapatkan kembali khidmat Aguero yang kembali dari kecederaan tapi bakal kehilangan $amir Na$ri. Arsenal pulak gua jangka akan menurunkan barisan terkuat dengan line up lebih kurang sama di France dulu. Manone akan kekal menjaga gawang memandangkan Sczzesny masih di bilik rawatan.

-------------Manone------------
Jenk----Per------Mael-----Gibbs
---------Diaby---Arteta---------
---Gervinho--Santi-----Podolski--
-------------Giroud-------------

Astro SuperSport3 11PM. Manchester City 0 - Arsenal 1

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: