Selasa, 25 September 2012

Post Match : Arsenal puas hati dengan 1 mata walau selayaknya dapat lebih dari Manchester.



Ketiadaan Mael bagai sudah tertulis , kesempatan yang digunakan untuk Koscielny untuk step up tepat pada masanya, menjaringkan gol penyamaan dalam baki 10 minit terakhir memadamkan kelebihan gol akhir babak pertama oleh seorang lagi CB Lescott. Rekod tanpa kalah kita terus kekal dan kita masih berada di atas City! Kita selayaknya menang, mungkin, ini kerana hasil pendominasian kita tertuama di babak pertama di mana midfield kita diterajui Cazorla slumber outnumbered barisan tengah City yang tak ada hala tuju. Kita nampak lebih fokus, leih bernafsu cuma lack of cutting edge membuatkan kita nampak tumpul di barisan depan terutama melalui Gervinho. Tapi jika ada yang masih menafikan karektar pasukan ini, sila muhasabah diri, bukan senang untuk bertandang ke Etihad kerana hanya beberapa pasukan sahaja musim lalu yang hadir ke sini mampu membawa pulang mata.Sekurang2nya dengan megoutplayed anak buah Mancini ini kita dah hantar mesej kat team2 lain kita mmg serius nak mencabar musim ini.Dan melihat kepada 5 game setakat ini, tak mustahil dan bukan omong kosong!

Kita start di separuh masa pertama dengan kebimbangan mampukah back 4 kita kekal liat tanpa Mael yang tiba2 dilanda demam.Koscielny kembali ke kesebelasan utama dan buat kerja dengan cukup baik bergandingan dengan Per Mertesacker.Itulah penting bila ada 3 kualiti CB yang boleh diharap. Jadi tak berapa rasa kehilangan. So kebimbangan tu mampu dicover ketika barisan tengah kita control the show, Arsenal nampak lebih menarik bila menyerang.Seperti biasa kita patutnya boleh score dulu dan settle down awal, tapi kita sentiasa cari jalan sukar. Satu through ball daripada Rambo yang meloloskan Gervinho patut dah boleh jadi deposit tapi 1st touch Gervinho sangat mengecewakan. Dan malam itu Gervinho beberapa kali berpeluang tapi sayang segala ideanya tak menjadi dan tak kesampaian kadang macam haloba pun ada.Cuma work rate dia boleh dianggap positif nampak mau lebih terlibat dalam game. Seorang lagi attacker Podolski, nampak senyap kerana kurang mendapat bola.Man City dah plan baik punya halang bola dari sampai ke bawah dan defend kaw2. Zabaleta Clichy Lescott Kompany semua terpaksa bekerja keras kerana mereka tahu sedikit ruang yang diberikan, Arsenal mampu menghukum.

Tapi City yang menghukum kita dulu akibat penyakit lama yang tak berubah2. Entah datang dari mana , corner yang patut boleh dielakkan jika ada komunikasi lebih baik antara Manone dan jugak Gibbs tiba2 dalam diam tak diam menghasilkan ancaman buat Arsenal. Penyakit tak boleh defend set piece nampak seperti tak ada penawar walaupun Steve Bould dah menjerit sakan di padang latihan. Tak tahu apa pasal, kita amik choice untuk defend secara zonal marking berbanding player marking. Dilihat melalui replay, selain Arteta dan seorang lagi yang ada kat goal post, ada lebih kurang 5 atau 6 orang termasuk Manone berdiri dalam kawasan D di hadapan gol, membiarkan 4 atau 5 pemain City bebas berkeliaran. Tanyalah Lescott, dia lebih suka diberi ruang supaya dia boleh buat larian sebelum attack bola atau dikawal rapi dihimpit ditarik di halang untuk melompat melakukan tindakan. Ini satu jenayah pertahanan daripada Arsenal. Kalau man marking pun, apa kejadah pemain setinggi Podolski yang ditugaskan jaga far post, kesalah bajetan Manone jugak tak membantu. Ini perkara ang perlu diambil serius oleh Wenger-Bould agar kesilapan2 seperti ini tidak berulang lagi. Gol City di minit2 terakhir separuh amsa pertama ternyata menyentap semangat pasukan ketika mana kita beraksi lebih baik dan patut dapat lebih dari apa yang sepatutnya. Tapi sayang dalam bola sepak takde kasihan, silap sikit  pasti terhukum.

Rambo yang dapat kembali ke starting lineup boleh dikatakan mempamerkanpersembahan yang baik. Larian2 forwardnya banyak membantu dan jugak hantaran2 cuba mencari target di atas jugak ada misi.Ini perkembangan sihat untuk Arsenal yang boleh memeningkan kepala Wenger. Begitu jugak Diaby, tapi nampak cepat sangat pancit terutama di 2nd half. Cazorla seperti baisa adalah master kepada seni teknikal, manakala Arteta maintain cool tenang bergaya. 100 complete passes daripada 106 adalah jumlah yang amat sempoi membuatkan Javi Garcia nampak mamcam penumpang. Yaya Toure sahaja yang nampak benar2 ancaman di barisan tengah mereka.Manakala buat Auero dan Dzeko, pasti mahu melupakan game ini kerana mereka tak senang dikawal baik oleh barisan pertahanan.

Mertesacker walaupun lembap tapi bijak membaca game. Tak boleh bilang berapa kali dia berada pada posisi yang tepat untuk buat interception menggagalkan pergerakan2 City dari Silva dan Yaya.Full back kita cemerlang.Jenkinson bagi saingan kepada Scott Sinclair sampai bekas pemain Chelsea dan Swansea tu terpaksa pindah ke sebelah kanan tapi kanan ada Gibbs pulak. Going forward, kedua2 FB kita memberi aksi menarik terutama Jenkinson yang menewaskan Lescott tapi hantarannya disepak liar Podolski. Koscielny, status sebagai regular France CB kini mampu memberi self belief kepada back 4 kita apabila dia kebali membantu pertahanan.Golnya cukup priceless dengan sambutan yang gua suka, satu team kongsi syok di hadapan away fan paling kelakar mertesacker yang gua tak pasti terjatuh ke apa tapi nampak bodoh2 alang seperti Forest gump di situ.Namun keharmonian yang ditunjukkan adalah positif. Tapi last2 minit tu jugak, Koscielny hampir menjadi penyebab kepada gol kemenangan City,nasib baik clearance liarnya gagal disudahkan oleh Aguero. Arsenal pun ada chance last2 minit untuk sambar 3 mata tapi Gervinho macam biasa tak fokus, tak tenang langsung buat keputusan. Alangkah lebih bagus dihulurkannya ke tepi buat Giroud yang nampak lebih terbuka posisinya.

Secara keseluruhannya ia adalah satu aksi yang baik dan memuaskan.Kita dah start kutip mata kat tempat2 away yang sukar, Stoke,Liverpool,Montpellier, City, sekurang2nya ia menambahkan keyakinan.Mungkin kurangnya squad rotation sebab Arsene nak pastikan anak buah kesebelasan utamanya benar2 serasi dan memantapkan persefahaman antara pemain.Ini penting bagi mengekalkan konsistensi dalam game2 mendatang. Gua percaya pemain2 skuad lain seperti Santos, Chamakh, Arshavin Johan akan diberi peluang dalam game Capital One Cup esok menentang Coventry City.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: